Raya muncul lagi.... tahun 2012.
Alhamdulillah, dapat berpuasa penuh bagi tahun ini... dalam larat dan tak larat, syukur dapat berpuasa.
2 minggu puasa, adik muhd kena cikenpox.
Adik muhd recover dengan cepat sebab dia kena sikit.. dan mungkin dia tak banyak merengek dan songel.... tiada mengaduh sakit mahupun gatal.
4 hari sebelum raya, aqilah pula demam.... kesian dia.. tak dapatlah berpuasa penuh tahun ini.
Hari pertama raya, badan nurin aqilah sudah muncul berbiji-biji cikenpox......kesian dia...
dalam bisa cikenpox tu, dia menghabiskan juga ikut embah marhaban satu blok....
seronok tengok dia enjoy first hari raya....
Petangnya dia dah mulai lembik.....
Aku pula, sakit semua sendi-sendi... malam tak boleh tidur, sakit kepala sakit badan....
Malam hari raya pertama, cikenpox yang pertama muncul di lenganku... huuuu... sebijik aje dah bisa, aqilah apatahlagi... banyak betol dia kena.....
Hari raya kedua, bawa aqilah ke spital... aku juga mendapatkan rawatan...
Terbang 6 ratus lebih duwet datuk bandarku membayar di putri specialist...
takpela, janji dapat ubat dan kami kembali sihat....
Hari raya kedua ini, aku terlepas event adik beradik cina emak datang berkunjung...... 4 buah kereta mereka datang....
lepas ke spital, aku balik ke seri alamku.... minta daun mambu dari jiran india...
Sepanjang 5 hari beraya di eto5... penat.. yang sebenarnya kak ton yang penat sangat-sangat... syukur anak dia dua orang dah boleh harap.... masak tak sudah-susah... cuci pinggan gelas pon tak sudah-sudah, kuih raya pon dah hujung-hujung telap, orang yang datang pon tak berhenti-henti. Average sehari 10 buah kereta yang datang... raya ke tiga tu, 14 buah kereta...
40 ekor ayam menjadi korban, tak cukup ayam, itik pon jadik korban jugak... itik nie permintaan kakak emak dari singapore... syukur ada rezeki dia, ayah beli kat kawan dia malam sebelom dorang datang...
Lembu pon sama.... ada juga ketam dan kupang yang dibawa sepupu yg nelayan pon licin juga....
Tak cukup lauk, telur dadar, sayur air dan sambal belacan pon licin juga... ada sehari tu, 3 lesung sambal belacan menjadi korban.....
Itulah patern hari raya di rumah emak.... tetamu tak pernah surut, sampai kami pon tak boleh beraya ke mana-mana sebab menyambut tetamu.....
Kesian aqilah, cikenpox dia betul-betul menyerang..... dengan usia dia, mana lah dia tertanggung kesakitan dan kegatalan yang melanda.
Nikmat makan juga hilang, semua aqilah tak boleh makan....
Dan, banyak betul request dia.... 'ibu, nanti ibu masakkan kakak sambal pengerang, udang sambal, ayam masak kicap, sambal belacan, ketam masak lemak....dan bla bla bla"
Semua yang dia tak boleh makan, semua dia pesan kat aku suh masak lepas dia sihat... kesiaaaaaaaan.
Alhamdulillah, aku punya boleh di bilang.... syukur... kalau tak, aku memang sungguh-sungguh tak larat.....
hijaaaaaaaaau.... takde penetapan warna, cuma masa beli kain, hanya warna hijau yang ada dua pasang yang lebih kurang sama utk aku dah aqilah, maka itulah warna tahun ini.
Datuk bandar terpekat kaler kerana dah takde sape nak jait lagi huuuuuu.... kalau tidak, kain dia dan muhd sekayu... maka, 4 meter kain itu masih belum berusik lagi....
jumaat tak sekolah tu, sempat juga aku menjahit manik di baju aku dan aqilah.
Dan aku, berjaya touch up muka menjadi berseri-seri heeee walau badan rasa cam nak tertanggal semua engsel penangan cikenpox!
Dah kat rumah sendiri.. merehatkan badan.. takde banyak aktiviti... enjoy relaxing...
sekian, wassalam.