Assalamualaikum...
Apa khabar sahabat2 sekalian...
Mudah2an anda semua dirahmati dan diberkati...
Saya lama menyepi... ya, saya sibuk... sibuk dengan urusan dunia yang tak pernah sudah....
Dalam mengejar urusan dunia yang tidak pernah sudah... hati ditiup hidayah....
Hidayah ibarat sesuatu yang memeluk kita....
Jadi.. pelukan hidayah itu harus dibalas dengan pelukan jua...
Peluk hidayah erat-erat agar hidayah tidak pergi meninggalkan kita.
Ya Allah, kurniakanlah ku istiqamah dalam penghijrahan ini....
Ya Allah... kurniakanlah ku hidayah yang berterusan...
Ya Allah, matikanlah ku dalam iman dan islam...kumpulkanlah ku dalam golongan orang2 yang bertakwa....
Aamiiiiin.
**********************************************************************
Ujian sekolah agama dah berlalu....
Alhamdulillah, Aqilah tidak mengecewakan.. Alhamdulillah, walau ku tak sempat walau secicip masa pun membimbing dia sewaktu musim ujian, Aqilah berjaya dapat tempat pertama... syukur ya Allah.
Mudah2an ilmu yang diperolehi menjadi penyuluh hidup untuk ke alam akhirat. Aamiiin.
Adik muhammad pula, ku tak pasti dia dapat tempat ke berapa.. ada yang tinggi markahnya, dan ada jua yang agak rendah. Walaubagaimanapun, syukur kerana tiada yang gagal.
Kesian anak ku itu... maaf ya sayang, ibu langsung tidak sempat nak membimbing kamu.
**********************************************************************
Aisyah pula, Alhamdulillah... minggu ini dia menginjak ke 7 bulan.
Walau anak ibu progress agak perlahan.. takpe, ibu sabar menanti... in shaa Allah, sooner or later anak ibu akan berkembang dengan majunya....
Walau anak ibu mengundur ke belakang, ibu pasti... anak ibu pasti akan maju ke hadapan jua...
Walau anak ibu belum merangkak... takpe, ibu pasti anak ibu pasti akan merangkak jua suatu hari nanti...
Kalau di kata anak ibu lambat berjalan... takpe, in shaa Allah... when the right time comes, anak ibu akan berjalan... Aamiiin. Allah ada perancangan yang lebih baik....
Untuk Aisyah naik walker.... no no no.. nehi nehi nehi....
Biarlah mistake dah dibuat dulu sewaktu zaman Aqilah dan Muhammad...
In shaa Allah, Aisyah kali ini ibu takkan lakukan...
unless, Aisyah dah pandai duduk.... mungkin baru ibu benarkan Aisyah masuk walker.
***********************************************************************
KL-JB & JB KL ... dah start kembali, Alhamdulillah Aisyah memberi kerjasama yang baik sewaktu dalam kereta.....
Lepas ini keadaan pasti berbeza, kebiasaan yang dah biasa dilakukan akan berubah selepas ini.
Kalau sekarang duduk di rumah sewa, akan datang akan ke hotel mahupun homestay pula.....
Moga dipermudahkan... ye la, sukar sikit bagi yang beranak pinak macam saya ini.
Mau tidak mahu kena berubah sebab tuan rumah dah jual rumah...
Berpindah kepada yang lebih menjimatkan.
Jimat perlu lebih ketat lagi kerana komitmen yang lebih besar menunggu untuk di laksanakan selepas ini.
Takpe, bersusah dulu sekarang... in shaa Allah akan lebih senang dan selesa di masa hadapan. Aamiiiin.
**********************************************************************
Hari ini....
Saya tak boleh dah nak tutup mulut saya ini....
Dulu, waktu golongan itu membicarakan dengan keras, anak2 murid tak pandai mengaji, bacaan tak bagus, hukum ke laut... orang negeri dia pandai2 belaka mengaji....duduk kat johor ni budak2 semua hampeh hampas kalau mengaji..... saya diam... ya saya diam... walau dalam hati memberontak hendak melawan..
Tetapi bila hari ini dia bersuara lagi...
Mengomel...marah2, anak murid mengaji dengan tajwid yang salah...
Menyalahkan ustaz yang mengajar di rumah....
Pung pang pung pang membebel.....
Saya bersuara... ya dengan senyuman dan tangan mengajukan kepada dia
"itu tanggung jawab ustazah la betulkan....murid tak betul, ustazah betulkan"
Saya ditempelak! "cakap senang la, kita ada target budak khatam"
"Takpela, kalau bukan tahun ini... tahun hadapan budak khatam" kata ku
Dengan muka yang tidak puas hati, dia terus membebel.....
Ya Allah, hatiku masih mahu menangis tatkala ini....air mata juga mahu tumpah....
Bukan kerana aku dimarah.... tapi kerana hati golongan pengajar agama ini, tidak mengamalkan agama dengan sebenar-benarnya....
Mengejar pengiktirafan manusia.... tanggungjawab mengajar dan membetulkan bacaan Al-Quran bukan lagi tujuan utama....
Murid membaca dengan salah, tanggungjawab ustaz ustazah betulkan....
Kalau bukan hari ini, mungkin esok, kalau bukan esok... mungkin tahun hadapan...jika bukan tahun hadapan, mungkin 3-4 tahun lagi bacaan murid betul.... jangan merungut, jangan marah-marah ustaz ustazah... depan Al-quran, tak baik begitu....
Kalau ustaz ustazah marah.... Allah lagi memandang ustaz dan ustazah dengan marah juga..
Bersabarlah... belajarlah bersabar....
Sabar itu imbalannya manis....
Bukan mengejar khatam, kejarlah membaca Al-quran sebagai sesuatu yang manis dilakukan...
Amalan sepanjang hayat.
Ingatan untuk diriku juga,,,,
Pemakaian juga harus diaudit ustazah....
Jika hari ini ustazah kencing berdiri... Anak murid akan kencing berlari...
Jika hari ini tudung ustazah pendek saiz fareeda... bagaimana pula anak murid masa akan datang jadinya??
Silap kita mendidik hari ini, hasilnya umat islam akan datang....
Begitu juga dengan ibu bapa....
Silap kita hari ini, hasilnya anak2 di masa hadapan....esok, dalam kubur kita akan disoal.
Landasan islam kita terapkan, kita amalkan.... anak2 pasti akan mengikut....
Kepimpinan melalui tauladan.
Wallahualam.
**************************************************************
Wassalam.. hingga ke lain titipan.