Showing posts with label Family Quality Time. Show all posts
Showing posts with label Family Quality Time. Show all posts

Saturday, September 28, 2013

Us in USS

Assalamualaikum...

Blog ni dah jadi macam blog jalan-jalan pulak ek...
Tapi takpe la kan, nak tunggu kita pegi cuci gambo...entah tahun bila la kan.. nak tgk gambo, korek2 la kat belog ibu nie ha....Ada la sikit2 yang ibu kongsikan....tu pun dah kerat2 jadik kecik space supaya senang nak huplod kat belog.

Kadang2 even2 yang kita entry kan, menjadi rujukan pada masa akan datang. Contohnya, ada parent tanya macammana karnival jom beli aka hari kantin.. camne nak jawab ek? sbb ceritanya panjang. Maka ku korek2 entry yang pernah buat suatu masa dulu...Klik  KAT SINI hah baca la sendiri yek. Parent skarang ni wataps aje... moden.

Anyway.. apa kaitannya dengan entry kali ini?
Emm, sebenarnya nak cerita pasal gi US$. Yang pakai SD tu... mahal weh tiket dia.
Dek ihsan Mr Ayah yang budiman, kesian tengok anak2 asyik kumpul katalog Legoland yang dijumpai di mana-mana lah... maka U$S menjadi pilihan kerana anak2 pasti gembira di sana.

Kami pegi sana pada isnin lepas, (isnin bila? 2 minggu nak siapkan entry ini..isnin hari malaysia hokeh)  sempena hari cuti umum. Ingatkan tak ramai, tetapi jangkaan meleset, jem ketika pegi di imigresen sana, balik lagiiiiiiilah terok kat imigresen sana.

Walaubagaimanapun, tabahkanlah jugak hati kerana pekerjaan mr suamiku sekarang ini betul2 susah nak cuti, tahap Mr President gamaknya. Dapat pegi ni pun dah syukur sangat-sangat. Ye la, kita kan seberang tambak ajek kan...looooom sampai2 walau selalu juga masuk sana ziarah keluarga (sebelum ini, sekarang dah sampai la kan). Orang yang seberang laut cina selatan tu pun dah sampai.

Sebelum kongsi pengalaman kat sana, saya kongsikan tips di bawah.

Tips mengurangkan perbelanjaan di sana :


 

  1. Sila beli air mineral, air apa-apa lah yang seisi keluarga anda suka. Kerana apabila di sana..nama sama iaitu 100 plus, namun harganya SD2.50. Bila ditukar ke RM? kali ajek la yek sendiri. Manakala di negara sendiri, botol yang kecik2 500ml tu boleh didapati dengan harga rm1.69 kat te$co. Oleh kerana masa F1 dulu pernah ku rasa mengeluarkan SD2.50 utk 100 plus, maka kali ini ku bekal baaaanyaaak-banyak air. Lain kali 100 plus lagi banyak2 ek, sbb tu paling sedap bila dalam keadaan penat. Daaan masa kat dalam uss tu, aku dengan eksennya tak beli air pon hehehehe...sebab aku bekal banyak yek, banyak tahap 10 botol pon hado.
  2. Bawa bekal makanan yang mudah nak di bawa dan nak di makan. Contohnya ayam goreng, nugget.. sandwich.. mee goreng ke apa2 la. Bungkus dalam keadaan proper nak dimakan terus dan selepas itu dibuang bekasnya. Kat sana ada yang halal... tapi harga??...nasi ayam satu SD15.90 belum tax belum air hehehehe. Oleh kerana kami ni bukannya kedekot, kami nie nak jimaaaaaaat.... kan nak buat rumah banglooooooooooo (uhuk uhuk!!! tersedak pulak). Duit utk makanan boleh pergi kepada survenir kan. Kan bawa anak-anak..pasti mereka nak sesuatu ataupun satu pun jadiklah... walaupun satu tuuuu bila dah tukar kepada rm, menjadilah berganda-ganda-ganda la kaaaaaaaan.... maka mahal la tu kan kan kan.
Okeh... jalan tegak kepada kat sana... tak banyak amik gambo, tapi sikit-sikit tu ada la... almaklomlah, makcik ni bawa baby...manakala di sana, banyak yang ride... maka memang takde la nak amik2 gambo setiap kali masuk ke tempat2 itu kan. Jadik kalau nak tgk ape yg ada kat sana, silalah mengugel kerana banyak images orang2 lain yang dah pegi ke situ dikongsi dah.

Masa pegi, lampu lom idop lagi kat globe tu, masa nak balik dah idop dah. Tandanya ape?
Tandanya lamaaaaaaaa sangat kami kat sana, sampai dah kepada waktu nak tutup dah..

Daaaaaaan seperti biasa, rancangan nak awal-awal seawal waktu buka kami dah sampai... belum mampu kesampaian sebab, amaaaatlah terurus pengurusan masa ku... ye la, nak bekal makanan sikit-sikit tu, nak itu la nak ini la nak apa2 la... sehinggala waktu yang sepatutnya kami sampai, adalah waktu kami baru nak gerak hehehehehe....


 Alhamdulillah, sampai juga kami di sini. Aisyah pun senyuuuum.
Lens camera ada kotooooor!!! ish-ish-ish....
 Kerana kotor nya lens itu, maka makcik nampaaaak la (nampak ajer bukan betol2 taw hahahaha) gemoook!! hahahaha padahal lens kotor kat tempat lain.

Okeh...

Antara yang boleh di shoot sebelum menjelajah kawasan.

Kat sana ada banyak manusia hidup menyerupai karaktor2 katun. Namun, sanggup dengan tak sanggup ajer la nak bergambar sebab beratur panjang. Sangat panjang ya.

Jangkaan kami yang hari cuti umum hari malaysia tu, orang tak ramai kat sana... meleset ya. 
Namun, ku tak terasa janggal di sana tidak macam masa pegi F1,yang mana ku yang pakai tudung ni macam makhluk asing.... gi uss masa cuti umum malaysia, ku rasa cam kat negara sendiri aje sebab ramai org malaysia kat sana. Alhamdulillah.. surau pun ada, walau kecil, pun ramai orang yang solat. Alhamdulillah.

Kat sana, akan ada banyak karakter2 kartun, dorang ni tak keluar serentak. Kira ada waktu2 nya jugak la (schedule).. nasib2 la kalau terserempak ya. Larat tak larat la nak beratur utk amik gambo ajek. Nak tau apa yang ada, sila la google sendiri yek.

Apa pun.. ada jugak yang pendek barisan... kami amik jugak la..

Kat bawah nie, konon2 fairy godmother. Ini kat far-far away punya castle... Kami hanya masuk yang movie dia, lg satu y ride tak masuk sebab panjang beratur.

Very talkative ini perempuan. Kebanyakan kataktor2 yang diambil, mereka2 ini rupa menyerupai kartun.
Mereka terlatih.. melayan setiap tetamu dengan bersungguh-sungguh. ending talk with 'today is your magical day' kat Aqilah.
Walaubagaimanapun, mereka2 ini tidak setiap masa keluar. Ye la penat nak melayan dan bergaya depan camera. Dan makcik terpaksa membloomkan gambar nie supaya muka makcik  licinlah jugeeek kaaaan harharhar... 

 Kami mengabadikan kenangan di sini.

har har har.... gambo masa belum masuk kat bawah skali kihkihkih.

Hokehlah... kalau korang nak tahu...
Kat sini semua tempat mesti ride.... ride tu macam pengembaraan la kan, mengikut tema masing-masing yg full of fun!. Daaaaaaaan, baby memang tak boleh masuk!.
So camne?

So macam nie la, ku tunggu la di luar bersama cik aisyah yang cumil. Sila bayangkan, ku bersabar dan mampu tersenyum, menunggu di luar transformers selama hampir 3 jam kerana kerosakan teknikal kat dalam, sampailah anak2 dpt naik..katanya terbaik dlm banyak2 tu. Ku bersabar ketika mereka bergumbira riding kat the lost world yg ride kat air sampai basah2 kuyup. Ku bersabar ketika mereka dua kali masuk kat sesame street sebagaimana kat atas nie. Ku bersabar ketika anak2 3 kali ride kat madagascar!. Fuh.... alhamdulillah, Allah kurniakan ku kesabaran yang tinggi. Sangat2 tinggi. Janji anak2 gembira. Ye tak?


Layan gambar....

Eh...eh.. kat kg pelda eto5 tak terjumpa. Kat sini terjumpa pulak. Anak wak misban hehehehe....
macam berjanji pulak kita yek hihihi

Live raptor kat belakang tu konon2nya. Daaan, sila beratur ya nak amik gambo.
Oh ya, ada yang keja tolong amik gambo kat setiap spot yang best2.


Mummy tak sempat nak masok. Ada dua mamat yg berkelakuan seperti pahlawan zaman mummy kat luar menayang otot2 lengan dgn ketinggian yg tinggi. Tapi tak selera haku nak amik gambo sbb buku keti depa banyak hahahahahaha...
Pastu, ada sorang tu renung haku dalam celak tebal dan muka masamnya.. takooot..hahahaha


Okeeeeeeeeeh, last gambo yg berjaya di edit dan hupload...
Nampak itu lion Alex tunjuk hape? cap jempoool!! sampai anak bujang ku 3 kali masuk ride kat madagascar dengan ku di luar dengan cik aisyah, sempat mandikan cik aisyah, sehingga di kencingkan oleh cik aisyah huhuhuhuuuuuu.... sabo ajer la.
Moga ada rezeki pegi lagi sbb tak dpt nak habeskan kesemua yg disediakan di sana. In shaa Allah.

Sekian... utk ke lain n3 yang tak tahu bila...
Bak kata kawan sekampung ku pn asia, susah nak jumpa hupdate baru.
Banyak sebab nak disenaraikan, kalau haku nie... antaranya line i.net lembab nak M&*^544... komputer dah tahap tukun tiruan, bayangkan ku boleh bersabar dengan laptop yg ku beli tahun 2007 yang mana batery dah kiok terus..lembab dan macam2 lagi hahahahaha (nak buat rumah bangloooo..uhuk uhuk!! tersedak lagi).. lagi satu bekas lappy kerja lama suami, asyik disk tak cukup space la, tokleh simpan la...huarghhhh!!! ini ku pinjam lappy kerja mr suami atas ihsan beliau tankiu3... daaaaaaan lain tak bukan, ku sibuk menguruskan kehidupan rutin seharian.
Ya Allah, ampunilah ku... yang kadangkala terasa tertekan dengan rutin sehari2. Hilang sabar... berfikir yang bukan-bukan... negatif memanjang. Tiada semangat ingin melakukan kerja-kerja rumah. Ampunilah ku ya Allah. Ampunilah ku ya Allah.

sekian, wassalam..wallahualam..









Monday, September 9, 2013

TaG@L Kg MoRoLi

Assalamualaikum...

Masa dalam perjalanan nak balik... Alhamdulillah diberi peluang lagi untuk singgah cuti2 malaysia..
Bermalam di Lohan Rest House...
Kemudian, dgn tidak efectivenya pengurusan masa hehehehe... almaklomlah anak kecik...
Kami ke tagal kg moroli, sewaktu dah tengahari.

Marilah tgk cerita bergambar....

Alhamdulillah sampai juga ke tempat ni.
Dok tengok gambar orang lain ajek... dapat juga merasa anugerah alam ini. 
9 km sebelum sampai ke simpang poring dari sandakan, atau 9 km selepas poring sblm sabah tea.
Hujan renyai-renyai, beli payung tu, pakai kat situ aje.. pastu rosak dah. Emm, rezeki takde.
 

Besar-besarnyaaaaaaaa ikan.... di sungai yang cetek... 
Ikan-ikan akan berebut datang ke kaki kita. 


Dua kanak-kanak riang yang menjerit-jerit ketika ikan menyedut di kaki.



Mr Ayah yang melayan anak-anak. Ibu duk tepi dukung Aisyah.


Lihatlah, besarnya ikan-ikan di situ.

Aduuuuuuuuuh... ini bukan kes terkucil dalam seluar.
Ini kes, memula eh eh terbasah sikit... pastu.. eh-eh terjatuh pulak dalam air...

Lama - lama

Yeahoooooo.. jom menyelaam!!! 
Mandi terus anak aku nie huuuu...
Dah lah baju dah sold out, ngam-ngam ajek nak balik jb. Sabar ajer la.
Menjemur baju ler gamaknya kat belakang twincab.

Naik jambatan gantung...



Tiada yang lebih bahagia dari melihat anak-anak gembira.

Okeh...
Ibu busy dengan handphone yang tak renti-renti berbunyi dan cik aisyah yang memang takmo renggang langsung dengan ibu...

Aisyah..

Kemudian kami dari situ terus ke kundasang... until next story ok...

Thursday, June 13, 2013

Mines Welnes$

As salam...

Masa penghujung cuti aritu... Sugar Daddy kami telah menaja percutian utk 3 hari 2 malam.

Ku bertolak ke KL semula lebih kurang pada kol 3 petang selepas ke farmasi beli ubat demam aisyah, gi isi minyak... beli makanan daaaaaaan patah balik semula ke rumah sebab stoller & camera tertinggal...
Emmm... masa nak gi tu, rasa cam takmo tinggalkan keenakan melepak di umah huuuu.... 
Penat balik sabah dan di kl sebelumnya lom abes... Kain baju lom abes turun dari beg dah kemas utk isian semula....
Apa pun... today is a gift... demi anak-anak dan sugar daddy kami yang bersungguh-sungguh untuk gembirakan anak-anak...

Berhenti solat asar di ayer keroh....
Sampai ke hotel kol 7.15 maghrib.

entrance, snap using hp.. kurang cantik gambar


 Kami bayar hotel utk kegembiraan anak-anak. Mahal kat sini... 
Andai menetap di jb semuanya... gi ajek balau or batu layar, free :)
Apa pun... bersyukur atas kurniaan.


Amik gambo pakai hp.. sabo ajek la yek dgn kualiti kurang cahaya..


seratus lebih kena bayo... dek dah penat tak larat nak kuar lagi lepas check in...
sabo ajek la...

 satu jari kaki pon tak jejak lagoon itu walau sepelaung sahaja... anak2 yang baik, alhamdulillah selamat tanpa di teman. ku panggil balik dengan melambai2 dan panggil nama ajek... dekatnyaa lagoon dengan umah kita yek anak2...


suatu masa dahulu kami pernah  berkampung seminggu free di hotel seberang sana... palace golden horses sewaktu sugar daddy kami kerja company lama... banyak gambar kat fb.
Dan kami pernah menaiki bot merentasi tasik itu menaiki chartered taxi boat dan merentas hotel ini untuk ke mines sopink komplek. Lihat gambar di bawah...


 Kenangan suatu masa dahulu.
 (i) Bergambar sewaktu turun bot (ii) muhd kecik lg (iii) view masa balik semula hotel


cak!! sekarang kita paling kecik... 
alaaaaaaahai kucuk kucuk cumil cumil ibuuuuu
innocen ajek muka... dengan rambut yang mahal tol nak lebat :)
 kami semua sayang Aisyah!. Luv u so much...

Sekian wassalam.



Sunday, June 9, 2013

Syok Sendiri

As salam...

Dah lama nak ke tempat nie...
Cuma belum berkesempatan... teruja sangat2 nak ke situ...

Semalam dapat ke situ... Alhamdulillah...
Desakan anak2 nak ke snow walk lagi...
dan ibu ambil kesempatan nak ke 3d art trick.

Panjang lagi cerita sebelumnya... dari duduk kat mana, dan aktiviti2 kat situ, cuma lebih teruja nak cerita tang ini...

Aku yang suka sangat syiok sendiri hahahahaha....

Layan gambar ajek la yek... one picture tells 1000 stories.... gambar2 terpaksa di kerat2 supaya senang nak download... by the way, still mengujakan utk di share...

Jom tengok....

 waaaaaah, kami ke sini... dah lama mengidam..
bersama cik aisyah, stroller kena tinggal kat luar..hampeh! 
hancus 70% harapan ibu cik aisyah nak beraksi kat situ.
Daaaan cik aisyah sangat2 beruntung sebab setiap aksi pasti dia ada.. adeeeehaiii anak ibu sayang.
3D trick art i-city


emak tak dapat, anak jadik model kat situ hahahaha.... 


uuuuuuhaaai... tolaaaak jangan tak tolak...
kerjasama yang baik.


 dengan cik aisyah skali bekerjasama... dengan effect gerakan... 
walhal...ibu yang amik tak betol hahahahaha.....
see...see... sungguh2 anak dara ku menolak....


 Aik... apasal tak sama?.. hiii, reflection ibu dan anak


 eh eh eh... nak dibawa ke mana cik aisyah ku ituuuuu?


 potong kayu..potong kayu... nak buat kayu api...hehehehe


nah nah nah... amik makan... ciaaan, sampai terobang lapo nak makan


 masyaAllah.. beratnyaaaaa ibu, whale nie.... nape la kena pikul nie?


" kak... kakak tolong ibuuuu... ibu tokleh tarik duwet 100 nie...susah dukung aisyah "
"Ya ibu... kakak tariiiiiik nie... kurita nie besar sangat la ibuuuu"


 tahan kak...tahan... air laut dah masuk umah nie....


 "peluk ibu.... best nya main air terejun...."


 adeeeeeh.... sedapnya lepak kat sini...hahahaha


uuuuuhai... sama besar molot dengan jaws hahahaha


woi woi... basah ler kamiiii.... hehehehe... comel kan!


filem seraaaaaam....


pelakon tambahan yang memang takmo beraksi hihihi


naaaah... minum susu lembu... fresh from garden

Okeh...baaaaaaaanyak lagi sebenarnya yang boleh di aksi kan... orang agak ramai... lepas tu ada pelakon tambahan yang kurang memberi kerjasama... juga kekangan cik aisyah dan masa....

walaubagaimanapun.... ibu sukaaaaaaaa kat situ...

sekian, wassalam


Sunday, June 2, 2013

Laporan Selama 10 Hari

As Salam fren....

Cuti sekolah oh cuti sekolah....

Ok, kita tebuk sana tebuk sini la ek... tak ikut sequence...
Banyak nak cerita, mana yang termampu ajek la yek....

Sebelum nak buat laporan cuti....
Nak melapor rasa sedeyyy...

Agaknya orang KL nie jalan tak bawak anak taw....
Aku jalan bawa aisyah di lengan, muhd dan aqilah....
Aku dilayan cam pelarian Myanmar... huuuu
Aku dilayan buruk cam aku nie nak mintak sedekah... terok sangat ke rupa aku? buruk sangat ke baju aku? tidak la aku pakai selipar jepon... handbag aku pon bukan cikai... jam aku pun bukan sepoloh ringgit..
Si kopet tu layan aku cam aku nie nak mintak barang pulak dgn dia, bukan nak beli...
Ish3... tak patut.... aku betol2 kecewa masa tu. Sedih betol... muka aku cam muka takde duit ke?? huu
Aku nak beli buah anggur kat penjaja pon, si penjaja buat tak nampak ajek muka aku...
Masya Allah... tak laku duit aku...

Tapi, tatkala Allah turunkan guruh dan hujan... selepas itu Allah hadirkan pelangi....
Ada hikmahnya... Alhamdulillah. Aku dapat barang dengan harga jauh lebih murah, tukaran aku juga mendapat harga paling tinggi... Alhamdulillah, barang yang aku dapat juga cantik dan puas hati.

okeh... itu bab kesian kat aku....

Okeh... aku mengambil cuti awal utk cuti persekolahan kali ini.
Ku balik kampung suami, ziarah ibu yang tak berapa sihat... kepulangan yang tidak dirancang.. namun amat bermakna kerana nawaitu utk menemui ibu.

Banyak lagi view yang menarik, namun ku semenjak dua menjak ini, tak dpt nak angkat lense dan shoot view yang menarik... in shaa Allah another time. Nie Aqilah yang snap guna hp.

Kami pergi menaiki Air Asia...

Masa pergi, kami semua tak sihat. Ku dan Muhd demam.. Aisyah selsema, kakak juga selsema. Kifarah dosa. Ku naik KL malam khamis tu.. 9 suku dari rumah, Alhamdulillah sampai KL 12.50. Dah tak boleh rempit2, bawa baby dan banyak camera... Awalnya nak gerak khamis pagi jb-kl kemudian kl-tawau. Namun merubah jadual, utk menjaga keselesaan cik Aisyah....rehat waktu pagi, sebelum flight ke tawau.
See cik Aisyah... Alhamdulillah, sangat behave sepanjang perjalanan..


Adeeeh.. lembabnya nak mengarang... syukur cik aisyah dah tido... ye la, dah kol 12 malam kan... 

Kami takde ke mana2...
Sebab nawaitu memang nak jumpa ibu... 6 hari termasuk pergi dan balik...
Kami bergerak cuma ke sepilok sahaja demi Muhd yang sangat sukakan fauna pada hari ke-3.
Namun takde rezeki nak jumpa orang utan. Orang utan keluar makan kol 10 pagi dan 3 petang. 
Sesape yang nak tengok, perlu berada di kawasan terbabit punctual sebab orang utan sangat menjaga waktu makan hihihihi....
So, penat kat kereta ajek la yang mengambil masa 4 jam nak sampai dari kg.

ini bukti kami dah sampai kat sini.. abaikan baju makcik yang ulang tayang, cuci pakai balik, jimatkan luggage...

Bercerita pasal luggage... dah bertambah anak, maka bertambah la luggage kan...
Ayah, lain kali tambah jumlah berat utk luggage yek..air asia memang suka nak amik duwet kita laju2.. huuu..

Dah habes skill masukkan barang... mengambil kira basuh kat sana, panas dan hujan. 

Takde apa yang menarik nak kongsi kat kampung... 
Sehari sebelum balik KL semula, kami duduk umah sepupu suami, kak mas... 
Nak simpan memori suasana umah dia yang berjaya menarik perhatian ku... Dah lama umah dia yang bahagian ini siap, baru ni nak snap... 

Hall yang sangat besar dan memanjang... gambaran hall ini dari 1/2 kawasan. 
Mereka sangat mengalu-alukan kedatangan kami untuk menginap di rumah mereka. Dari hari pertama kami sampai, memang kak mas dah siapkan bilik utk kami. Memang dari awal perkahwinan, kami sering menginap di rumah mereka. Namun, ku utamakan berada dengan ibu, kerana nawaitu bukan untuk berenak-enakan.. tetapi lebih kepada ziarah ibu.



Dah, tu aje kat sana....

Balik KL semula, Alhamdulillah ada rezeki tiket bisnes class naik MAS...
Layanan cam VIP oleh steward... dan bawa baby aisyah, saya dilayan cam madam.

cik aisyah tak tido sepanjang perjalanan... sabo ajek la..

Banyak makanan, minuman free flow... kalau dapat duduk bisnes klas gi paris ke london ke bestnyaaa....
En Suami dah laaaaaaaama dapat duduk kat kerusi itu pusing merata negara.


Dah sampai kat klia, sewaktu menunggu sejam, mr ayah gi amik keta kat lcct.
Syukur cik aisyah behave, sampai tertido. Sabo ajek la. 


Balik KL, kami menginap 3 malam di seri pasific hotel...

Itu katil ku adjust menjadik lebih besar dari king saiz hehehehe... 
Kesian anak2, ku tak larat nak bawa gi swimming pool.
Parkson grand kat sebelah legend hotel tu dah dijual kepada sunway putra, tutup 2 tahun. Susah bagi ku yang nak menginap lama... acsess kepada makanan dan barangan payah dah.
Cuma lrt ke jalan tar yang mudah. 


Kini kat rumah... baru sampai kol 12 lebih malam semalam, siang tadi balik ke eto5 sekejap, ziarah emak yang sesak nafas sakit pewot sampai masuk emergency room pada jumaat. Susah hati semenjak dua menjak ini, mengenangkan ibu yang semakin uzur, emak dan ayah juga yang macam2 penyakit. 

Sebusuk-busuk rumah kita, tetap heaven kaaaaaaaan....
Glad to be home.. alhamdulillah...

Nak setle kan umah... huru hara rumah ku tak terurus, dengan kain baju lebih seminggu di perjalanan... tak sempat nak mengilatkan rumah, dengan cik aisyah yang senantiasa di bawah ketiak ibu. 

Kata ustaz, hati yang bersih terpancar di wajah yang bersih, juga harus menjaga pakaian agar bersih, begitu juga dengan rumah yang bersih.
Semua itu berkait, paling penting hati.. marilah kita sama-sama menjaga hati... walau rumah bersih, tapi hati tak bersih pon tak boleh. Apatahlagi rumah yang kotor (bersepah dan kotor juga berbeza, namun kotor berkait dengan bersepah)...adakah hati si empunya rumah kotor?? wallahualam.

Next week... akan kira semula budget. 
Kesian anak2, kesian kat ku juga...
Jika diizinkan, mungkin akan ke KL lagi... kesian encik suami, minta diteman sewaktu cuti sekolah ini. 

Ku juga dah kembali menjahit tudung sendiri, gagahkan diri demi mendapatkan yang lebih besar dan labuh...mudahkanlah ku ya Allah... in shaa Allah. Tudung2 di atas adalah hasil tanganku. Namun, tiada tempahan dibuka kerana ku amatur. 

Wassalam.