Saturday, September 28, 2013

Us in USS

Assalamualaikum...

Blog ni dah jadi macam blog jalan-jalan pulak ek...
Tapi takpe la kan, nak tunggu kita pegi cuci gambo...entah tahun bila la kan.. nak tgk gambo, korek2 la kat belog ibu nie ha....Ada la sikit2 yang ibu kongsikan....tu pun dah kerat2 jadik kecik space supaya senang nak huplod kat belog.

Kadang2 even2 yang kita entry kan, menjadi rujukan pada masa akan datang. Contohnya, ada parent tanya macammana karnival jom beli aka hari kantin.. camne nak jawab ek? sbb ceritanya panjang. Maka ku korek2 entry yang pernah buat suatu masa dulu...Klik  KAT SINI hah baca la sendiri yek. Parent skarang ni wataps aje... moden.

Anyway.. apa kaitannya dengan entry kali ini?
Emm, sebenarnya nak cerita pasal gi US$. Yang pakai SD tu... mahal weh tiket dia.
Dek ihsan Mr Ayah yang budiman, kesian tengok anak2 asyik kumpul katalog Legoland yang dijumpai di mana-mana lah... maka U$S menjadi pilihan kerana anak2 pasti gembira di sana.

Kami pegi sana pada isnin lepas, (isnin bila? 2 minggu nak siapkan entry ini..isnin hari malaysia hokeh)  sempena hari cuti umum. Ingatkan tak ramai, tetapi jangkaan meleset, jem ketika pegi di imigresen sana, balik lagiiiiiiilah terok kat imigresen sana.

Walaubagaimanapun, tabahkanlah jugak hati kerana pekerjaan mr suamiku sekarang ini betul2 susah nak cuti, tahap Mr President gamaknya. Dapat pegi ni pun dah syukur sangat-sangat. Ye la, kita kan seberang tambak ajek kan...looooom sampai2 walau selalu juga masuk sana ziarah keluarga (sebelum ini, sekarang dah sampai la kan). Orang yang seberang laut cina selatan tu pun dah sampai.

Sebelum kongsi pengalaman kat sana, saya kongsikan tips di bawah.

Tips mengurangkan perbelanjaan di sana :


 

  1. Sila beli air mineral, air apa-apa lah yang seisi keluarga anda suka. Kerana apabila di sana..nama sama iaitu 100 plus, namun harganya SD2.50. Bila ditukar ke RM? kali ajek la yek sendiri. Manakala di negara sendiri, botol yang kecik2 500ml tu boleh didapati dengan harga rm1.69 kat te$co. Oleh kerana masa F1 dulu pernah ku rasa mengeluarkan SD2.50 utk 100 plus, maka kali ini ku bekal baaaanyaaak-banyak air. Lain kali 100 plus lagi banyak2 ek, sbb tu paling sedap bila dalam keadaan penat. Daaan masa kat dalam uss tu, aku dengan eksennya tak beli air pon hehehehe...sebab aku bekal banyak yek, banyak tahap 10 botol pon hado.
  2. Bawa bekal makanan yang mudah nak di bawa dan nak di makan. Contohnya ayam goreng, nugget.. sandwich.. mee goreng ke apa2 la. Bungkus dalam keadaan proper nak dimakan terus dan selepas itu dibuang bekasnya. Kat sana ada yang halal... tapi harga??...nasi ayam satu SD15.90 belum tax belum air hehehehe. Oleh kerana kami ni bukannya kedekot, kami nie nak jimaaaaaaat.... kan nak buat rumah banglooooooooooo (uhuk uhuk!!! tersedak pulak). Duit utk makanan boleh pergi kepada survenir kan. Kan bawa anak-anak..pasti mereka nak sesuatu ataupun satu pun jadiklah... walaupun satu tuuuu bila dah tukar kepada rm, menjadilah berganda-ganda-ganda la kaaaaaaaan.... maka mahal la tu kan kan kan.
Okeh... jalan tegak kepada kat sana... tak banyak amik gambo, tapi sikit-sikit tu ada la... almaklomlah, makcik ni bawa baby...manakala di sana, banyak yang ride... maka memang takde la nak amik2 gambo setiap kali masuk ke tempat2 itu kan. Jadik kalau nak tgk ape yg ada kat sana, silalah mengugel kerana banyak images orang2 lain yang dah pegi ke situ dikongsi dah.

Masa pegi, lampu lom idop lagi kat globe tu, masa nak balik dah idop dah. Tandanya ape?
Tandanya lamaaaaaaaa sangat kami kat sana, sampai dah kepada waktu nak tutup dah..

Daaaaaaan seperti biasa, rancangan nak awal-awal seawal waktu buka kami dah sampai... belum mampu kesampaian sebab, amaaaatlah terurus pengurusan masa ku... ye la, nak bekal makanan sikit-sikit tu, nak itu la nak ini la nak apa2 la... sehinggala waktu yang sepatutnya kami sampai, adalah waktu kami baru nak gerak hehehehehe....


 Alhamdulillah, sampai juga kami di sini. Aisyah pun senyuuuum.
Lens camera ada kotooooor!!! ish-ish-ish....
 Kerana kotor nya lens itu, maka makcik nampaaaak la (nampak ajer bukan betol2 taw hahahaha) gemoook!! hahahaha padahal lens kotor kat tempat lain.

Okeh...

Antara yang boleh di shoot sebelum menjelajah kawasan.

Kat sana ada banyak manusia hidup menyerupai karaktor2 katun. Namun, sanggup dengan tak sanggup ajer la nak bergambar sebab beratur panjang. Sangat panjang ya.

Jangkaan kami yang hari cuti umum hari malaysia tu, orang tak ramai kat sana... meleset ya. 
Namun, ku tak terasa janggal di sana tidak macam masa pegi F1,yang mana ku yang pakai tudung ni macam makhluk asing.... gi uss masa cuti umum malaysia, ku rasa cam kat negara sendiri aje sebab ramai org malaysia kat sana. Alhamdulillah.. surau pun ada, walau kecil, pun ramai orang yang solat. Alhamdulillah.

Kat sana, akan ada banyak karakter2 kartun, dorang ni tak keluar serentak. Kira ada waktu2 nya jugak la (schedule).. nasib2 la kalau terserempak ya. Larat tak larat la nak beratur utk amik gambo ajek. Nak tau apa yang ada, sila la google sendiri yek.

Apa pun.. ada jugak yang pendek barisan... kami amik jugak la..

Kat bawah nie, konon2 fairy godmother. Ini kat far-far away punya castle... Kami hanya masuk yang movie dia, lg satu y ride tak masuk sebab panjang beratur.

Very talkative ini perempuan. Kebanyakan kataktor2 yang diambil, mereka2 ini rupa menyerupai kartun.
Mereka terlatih.. melayan setiap tetamu dengan bersungguh-sungguh. ending talk with 'today is your magical day' kat Aqilah.
Walaubagaimanapun, mereka2 ini tidak setiap masa keluar. Ye la penat nak melayan dan bergaya depan camera. Dan makcik terpaksa membloomkan gambar nie supaya muka makcik  licinlah jugeeek kaaaan harharhar... 

 Kami mengabadikan kenangan di sini.

har har har.... gambo masa belum masuk kat bawah skali kihkihkih.

Hokehlah... kalau korang nak tahu...
Kat sini semua tempat mesti ride.... ride tu macam pengembaraan la kan, mengikut tema masing-masing yg full of fun!. Daaaaaaaan, baby memang tak boleh masuk!.
So camne?

So macam nie la, ku tunggu la di luar bersama cik aisyah yang cumil. Sila bayangkan, ku bersabar dan mampu tersenyum, menunggu di luar transformers selama hampir 3 jam kerana kerosakan teknikal kat dalam, sampailah anak2 dpt naik..katanya terbaik dlm banyak2 tu. Ku bersabar ketika mereka bergumbira riding kat the lost world yg ride kat air sampai basah2 kuyup. Ku bersabar ketika mereka dua kali masuk kat sesame street sebagaimana kat atas nie. Ku bersabar ketika anak2 3 kali ride kat madagascar!. Fuh.... alhamdulillah, Allah kurniakan ku kesabaran yang tinggi. Sangat2 tinggi. Janji anak2 gembira. Ye tak?


Layan gambar....

Eh...eh.. kat kg pelda eto5 tak terjumpa. Kat sini terjumpa pulak. Anak wak misban hehehehe....
macam berjanji pulak kita yek hihihi

Live raptor kat belakang tu konon2nya. Daaan, sila beratur ya nak amik gambo.
Oh ya, ada yang keja tolong amik gambo kat setiap spot yang best2.


Mummy tak sempat nak masok. Ada dua mamat yg berkelakuan seperti pahlawan zaman mummy kat luar menayang otot2 lengan dgn ketinggian yg tinggi. Tapi tak selera haku nak amik gambo sbb buku keti depa banyak hahahahahaha...
Pastu, ada sorang tu renung haku dalam celak tebal dan muka masamnya.. takooot..hahahaha


Okeeeeeeeeeh, last gambo yg berjaya di edit dan hupload...
Nampak itu lion Alex tunjuk hape? cap jempoool!! sampai anak bujang ku 3 kali masuk ride kat madagascar dengan ku di luar dengan cik aisyah, sempat mandikan cik aisyah, sehingga di kencingkan oleh cik aisyah huhuhuhuuuuuu.... sabo ajer la.
Moga ada rezeki pegi lagi sbb tak dpt nak habeskan kesemua yg disediakan di sana. In shaa Allah.

Sekian... utk ke lain n3 yang tak tahu bila...
Bak kata kawan sekampung ku pn asia, susah nak jumpa hupdate baru.
Banyak sebab nak disenaraikan, kalau haku nie... antaranya line i.net lembab nak M&*^544... komputer dah tahap tukun tiruan, bayangkan ku boleh bersabar dengan laptop yg ku beli tahun 2007 yang mana batery dah kiok terus..lembab dan macam2 lagi hahahahaha (nak buat rumah bangloooo..uhuk uhuk!! tersedak lagi).. lagi satu bekas lappy kerja lama suami, asyik disk tak cukup space la, tokleh simpan la...huarghhhh!!! ini ku pinjam lappy kerja mr suami atas ihsan beliau tankiu3... daaaaaaan lain tak bukan, ku sibuk menguruskan kehidupan rutin seharian.
Ya Allah, ampunilah ku... yang kadangkala terasa tertekan dengan rutin sehari2. Hilang sabar... berfikir yang bukan-bukan... negatif memanjang. Tiada semangat ingin melakukan kerja-kerja rumah. Ampunilah ku ya Allah. Ampunilah ku ya Allah.

sekian, wassalam..wallahualam..









0 comments: