Tuesday, September 3, 2013

Sarapan Aidilfitri

Assalamualaikum....

Raya menjelang lagi...
Malaysia terkenal dengan limpahan makanan yang melimpah ruah..
Alhamdulillah.

Pada asalnya ku memang tidak mahu mengadakan apa2 majlis utk Aidilfitri...teringat ada kata-kata sebegini "open house diadakan, ironi nya dilakukan untuk orang-orang yang mampu makan".
Namun, mengenangkan jiran selorongku yang sangat baik..ya sangat2 baik utk waktu ini dan semoga hingga selama-lamanya..terima kasih ya Allah.
Dek kerana jiran ku yang sangat ku kasihi, kak yah merangkap umi mengaji anak2ku talipon bertanya suamiku ada atau tidak kerana mereka nak dtg rumah pada malam selasa...namun, ku terpaksa menolak kerana suamiku tiada... maka ku betul2 berhajat nak buat sikit makan2 utk jiran selorong...dan rakan-rakan yang tak pernah lupa menjemput, umpamanya asmida sahabat yang ku kasihi...dan beberapa lagi saudara.Teringat kata-kata umi..."silaturrahim kan yana"

Maka... jeng jeng jeng....
Kecil-kecil lama-lama jadik besar juga.
Apa tandanya?...tandanya kita ramai sahabat dan saudara kan kan kan...
Silaturrahim....
Kawan-kawan di skolah ku jemput juga, jiran-jiran yang mana jumpa pada malam tu tatkala marhaban ku jemput jua... saudara mara yang ada di kawasan ini ku jemput juga... rakan2 suamiku ada juga yang dijemput.. daaaaaaan, ramai jugak yang tak terjemput!.

 saki baki kuih yang ada

31 ogos... memang ramai yang memilih tarikh ini. Ada yang dapat 5 jemputan, 13 jemputan pun ada! Macammana tu?
Maka ku memilih konsep sarapan... teringat majlis tahun lepas di rumah kawan cikgu sekolah lama.
Ku buat majlis sarapan pagi...

Panjang ceritanya, tapi ku pendekkan, sebab mesti pembaca setia tak larat nak baca korner kanan korner kiri...beli jugak barang-barang dari isnin sampailah ke jumaat, yang pasti, ku macam lipas kudung pada hari jumaat itu... merempit ambil kak ton, merempit sediakan rumah utk menerima tetamu marhaban yang pada asalnya tak buka pintu, tetapi buka last minute sebab suamiku sempat balik dan join marhaban (jadi buka pintu tu dah pukul 4.15pm ketika ku di sekolah!)... merempit menyediakan bahan dan apa yang boleh dilakukan pada malam hari utk terima tetamu marhaban dan tetamu jam 8.30 pagi. 
Ketika Menyambut tetamu marhaban... menyediakan muka yang serabai kat dapur, pegi ke rumah umi (umah last utk makan marhaban) dengan tonyek nya muka aku tebalkan jugak ke sana....kena pegi jugak sebab umah umi adalah lorong ku yang merangkap jiran depan umah ku.
Dengan cik aisyah tidur pukul 12.15 malam.... ku tidur pukul 3.30 pagi! Nak tau ku mandi pukul berapa?? lepas cik aisyah tido hahahahaha.... haruuuu bukan serabai ajek, memang kambin masa gi umah umi berkumpul.
 Dapat sediakan kopok lekor dan air teh... kak ton yang tolong heee... aisyah hanging like a batman.
Kakak yang ku kasihi, banyak membantu.

Okeh.. sarapan pagi ek...
Actually, ramai yang memuji dan suka dengan konsep sarapan pagi.
Maybe bagi yang dah takde anak kecik kot...
Bagi ku yang ada anak kecik, bila jemputan konsep sarapan pagi...kami sampai kol 10.30 pagi heee... sarapan orang bandau....bandau sangat ler... 

Aisyah tido kol 12.15 mlm...
Syukur ku dah siang dan basuh ayam siap-siap pagi jumaat tu...
Bawang ku beli bawang dah siap kopek, mahal pon mahal la... janji ku tak lari timing...

Emm, penat nak cerita... tengok gambo la... sambil-sambil gambo, ada ulasan sikit.

 warung merdeka... alkisah ku tido kol 3.30am. syukur kak ton ada, dia kejot kol 6.30. Dengan tergezutnya aku melompat bangun, dahlah janji dengan orang lemang kol 7 pagi. Agaknya kalau takde kak ton, kol 9 kot aku baru tersedar hahahaha. Mee belum celur, mee spagethi lom rebus...alas meja tu belum jahit!  hahahahaha... buat ajek la... syukur kak ton dah berusaha masak lauk pauk utk bubur. Salute kat kakak aku tu, punctual bangun pagi walau kol 2.30 am baru tido.

dalam busy, aisyah pon bangon jugak.. daan seperti biasa, hanging dengan ibu memang tak lepas.. 
Walau apa pon, perkara yang wajib dibuat ialah gosok baju sehari awal... dan sebelum apa-apa, aku kena mandi dulu kan kan kan... karang, sampai kol 12 tengahari aku tak mandi hahahaha.
Dan sepatutnya aku pakai baju lain, ini baju aku kat dapur... namun, x sempat nak salin, maklum ajek la, semuanya sendirian berhad.. no katering-katering. Elakkan pembaziran, perbanyakkan sedekah.

 Tengok tu... tengok... berbahagia dia bergayut kat ibu dia.
Dengan lom mandi... org dah datang...
Daaaaaaaan, kecomotan di tudung ibu memang dari aisyah kucuk-kucuk!.

Tetamu antarabangsa ku... jiran sebaris.
Sangat polite. As (bawah kanan) dtg minta izin dulu utk bawa sue (bawah kiri) korean yang belajar di utm, kerana masa jemput, sue takde.. cuma jemput joe & as, jeff dan isteri (alamak lupa sape nama!)


Jiran juga, connie dan tan's family. Lee's family lom dtg masa ni.
Dorang ni pembersih, habis table runner aku kena lipat, takut kena kuah kata mereka...

 Riang ria aidilfitri, yang tidak hadir cuma jiran india sahaja, anak dia kata dia mmg tak dpt dtg sebab ke kl. Emak dia mungkin tak sempat sebab emak dia buat kerja rumah sorang2.


Gambar ni ku tak tahu fokus kat mana hahahaha... ammpuuuuun!!
Dan lepas2 itu dah tak terambil gambar dah suamiku, sbb sibuk melayan tetamu.

Okeh, selesai sudah hajat ku...
Pilih punya pilih tarikh sebenarnya...
Sebab nak match dgn kelapangan jiran2 selorong especially jiran islam..
Umi yang nak naik haji awal bulan september terutamanya.
Dalam nak menjamu jiran-jiran... sedih dengan berita jiran depan umah juga...kalau kat gambar atas nie, jiran bumbung V terbalik sebelah kanan tu...3 anak mereka kena denggi, virus di bawa dari anak yang di matrikulasi kalau tak silap... sampai anak bungsu mereka kritikal di icu kerana denggi berdarah. 
Namun, ada rezeki ku, mereka dtg juga lepas ku talipon memujuk agar datang, memula kata mereka, mereka baru balik dari hospital selepas berjaga semalaman, ku bilang pada mereka "takpe la, nanti dah bangun tidur, rasa lapar, datang rumah makan ya..."... dan mereka datang juga walau dengan muka sedih.
Umi yang pada mulanya kata nak datang, mlm marhaban itu katanya rasa tak dapat datang sebab nak rushing ke kl sebab satu-satunya anak mereka kena denggi juga. Namun, ada rezeki ku sebab umi lambat bersiap (mungkin penat mengemas selepas marhaban di rumah mereka malamnya), dapat hadir juga di rumah ku pada pukul 9.00 pagi. Alhamdulillah.
Ku sangat2 berlapang dada selepas majlis berlangsung, sebab hajatku kesampaian utk jiran-jiran selorongku hadir ke rumah. Juga tetamu-tetamu yang lain. 

#############  @@@@@  ##################
Okeh,  bedah siasat selepas majlis.... memperbaiki kekurangan dan menambahbaik apa yang ok.

  1. Pertama sekali, ramai yang mengutarakan konsep baru 'sarapan pagi'. Ada beberapa yang sangat-sangat memuji. Terutamanya omputeh yang antara tetamu paling awal datang, before 9am. Namun ini bukan idea asal ku, ku  cedok dari pengalaman raya yang lepas.
  2. Namun, kesian juga kepada yang bergerabak ramai... maka next time, don't mention sampai pukul berapa, kerana ku masih terima tetamu walau sudah pukul 1 lebih. Itupun ku talipon suruh datang...dia tanya ok ke?... ok saje, selagi makanan masih ada, in shaa Allah rezeki tetamu pasti ada. 
  3. Antara mee hoon dan soto.. mee hoon mendapat tempat di hati ramai. Mee hoon licin, nasi empet banyak lagi. Ku terlupa nak letak taugeh yang dah siap siang! takde rezeki kepada penggemar-penggemar taugeh. Ayam 5 ekor utk sup  cukup. Ku yang gigil takut tak cukup. Next time 5 ekor cukup ya. Ada lebih lagi.
  4. Meja banquet itu kena beli lagi satu, sebab susunan makanan terlalu rapat antara satu sama lain. Lain kali kena jarakkan dan label. Macam kat hotel tu. So, tetamu boleh pilih, tanpa perlu mengambil masa yang lama buka setiap satu dan baru fikir. Juga rasional meja itu harus tambah, kerana tutup2 bekas makanan itu takde tempat nak letak lepas dibuka. Jika orang dewasa memang ok la. Jika kanak-kanak...berlempang lempung tutup bekas jatuh ke lantai, dah habis majlis ku dapati ada tutup yang tak sepatutnya pecah, pecah! huuuu innalillahiwainnailaihirojiuuun takde rezeki. Ku rasa bekas makanan yang bertutup lutsinar, ringan, heavy duty akan menjadi tumpuanku selepas ini.
  5. Lemang sangat2 mendapat pujian sedap. Alhamdulillah, ku tempah pada orang yang tepat. Cuma lain kali jika ada rezeki kita masak rendang ya. Ini kali kita bagi serunding daging tempatan import dari pasar payang. Ku kirim kawan cikgu dua trip, skilo bulan 6, skilo lagi masa raya. 
  6. Bubur...sedap gak. Tapi mungkin kurang komen sebab agak tak nampak bubur itu. Org dewasa sahaja yang pandai makan. Kanak-kanak ambil menu lain.
  7. Spagethi. Ingatkan tak laku pagi-pagi. Ku masak kurang dari kuantiti yang biasa ku masak. Laris habis licin. Dan yang pasti, kuah pasti licin berbanding mee yang bersisa. Walau ku dah lebihkan sukatan mee 2 kilo, kuah utk 3 kilo. Rezeki burung-burung. Licin burung makan mee itu.
  8. Nasi dagang... hehehehehe... Beras 2 kilo cukup. Ku takut tak cukup, ku kukus 3 kilo. Lauknya kadang2 sampai licin ku tak tertop up... maaf ya, tak sengaja. Ikan aye aka ikan tongkol 5 ekor, lain kali lebihkan pun lagi baik, dan dihidang dengan bekas yang lebih besar supaya tetamu boleh ambil banyak2 ikan itu. Ada lebih ikan itu, tapi dah licin dah ku bawa ke sekolah. Tukang masak ikan tu dah di arah pindah ke sekolah lain huuuuu sedih ni! lepas ni ku kena masak sendiri. In shaa Allah, banyak rempah ikan ku dah beli kirim juga di terengganu.
  9. Lagi apa ek... oh ya, kuih. Kuih lapis tak mendapat sambutan yang menggalakkan. Karipap dan popia licin.
  10. Kena beli ais banyak2, sebab tetamu yang dtg tengahari dah tak minum air panas. Jiran sebelah tolong topup ais sebab ada tamu yang last tu datang pukul 1 lebih. Kebetulan jiran sebelah masih ada. Alhamdulillah. 
  11. Kak ton sangat-sangat membantu... Allah beri ku keringanan dalam menjalankan majlis ini. Terima kasih ya Allah, terima kasih kak ton kerana byk tolong masak. Terima kasih suami ku kerana arrange meja kerusi kipas yang di luar.
  12. Ada rezeki boleh tambah beli kerusi dan meja lagi. kali ini tidak menyewa, semua sendiri punya. Cuma masalah nak menyimpannya, almaklomlah umah teres. Nanti la, ku kena buat major 5S.. in shaa Allah, tak tahu bila. Ku tak sabar nak punya rumah di tanah lot itu. In shaa Allah jika ada rezeki. Namun ada sedih juga dalam hati mengenangkan jiran-jiran yang baik-baik di sini.
  13. Beli kipas lagi heheheheeeeee... dapat kipas yang masuk ais tu lagi baik. Kan kan kan... sejuuuk ajer angin yang keluar. 
  14. Rancang awal tarikh majlis dan buat pembelian sedikit demi sedikit 5 hari awal adalah strategi yang baik. Senaraikan job list, things list... in shaa Allah, teratur semuanya. Daaaaaaan, budget awal-awal, sebagaimana dah beli serunding, mengumpul barang-barang kering esp bahan spagethi yang boleh simpan di peti ais...melainkan tomato yang boleh beli kemudian.

Lain-lain?
Well.. betullah dalam islam, jangan tidur selepas subuh.
Sebab, tetamu-tetamu yang datang awal memang beruntung sebab makanan dlm keadaan teratur, panas dan belum kucar kacir dek banyak tangan. Rezeki kepada yang datang awal selepas waktu rasmi jemputan.

Omputeh memuji sampai langit.
Dia tak pernah jumpa hidangan yang begitu ikhlas datang dari hati yang penuh oleh daku (uhuk uhuk sentap!) dia cakap omputeh la kan.. aku transelit kan yek... dari segi arrangement, presentation... sangat-sangat terbaik kata nenek As (bukan asmida okeh, austria hahahaha). Makanan sedap-sedap. Entah sedap ke entah tidak.. sebab dorang kan tekak omputeh, mana nak sama tekak belacan cam kita kan kan kan.
Cuma jeff yang dah 8 tahun di malaysia, ambil sambal kicap dua sudu penuh! sedap kata dia, very spicy.
Omputeh ni sangat berbahasa.. mesti bawa buah tangan setiap kali jumpa makcik bunga nie ha. Dengan penuh gembira dia cakap kat suamiku, dia sangat-sangat suka dekat aku sebagai jiran dia hehehehehe... kembaaaang setaman aku la kaaaan. Sebab sebelum ini dia pernah kata, aku antara yang paling manis senyuman penuh ikhlas menyambut salam mereka masa baru-baru pindah di kejiranan kami. Dia kata la... tapi dia tak tahu yang aku lah antara yang tak keluar-keluar rumah (halaman rumah) melainkan ada urusan.
Dan omputeh ini memang suka beri apa-apa la kat aku... aku amik aje, especially kuih raya yang dia beli (aku kenal kuih tu sebab tokey kuih tu jiran kami juga). Mana yang aku was wasun, faham-faham ajek la yek ke mana kukis itu pergi.

Apa pun, Alhamdulillah... ku rasa ringan sangat-sangat utk mengadakan majlis kali ini.
Mungkin sebab tahun lepas ku kan hamil dengan pelbagai kompilasi... rasa sakit yang bermacam-macam sampai ku rasa seksa sangat-sangat tahun lepas tatkala nak menjayakan satu majlis jamuan hari raya.
Dengan izin Allah, tahun ini kak ton offer diri nak tido umah dan membantu... Alhamdulillah.
Segala-galanya berjalan dengan sangat lancar, sangat ringan....
Yang berat cuma nak angkat meja banquet dan kerusi sebab aku beli di tesco dan bersama cik aisyah!. Dua kali ku ulang beli. Memula beli satu meja. Pastu ulang lagi beli lagi satu. Harga lebih murah (rm49.90) dari meja makan gerai yang segi empat itu yang ku beli di kedai perabot (rm78 dpt kurang 70). Kerusi juga murah rm10.90 berbanding di kedai perabot yang harga rm26 satu!. (tidak la ku beli di kedai perabot itu.

Baiklah.. ku rasa itu sahaja utk yang ada dalam kepala ku ketika ini....
Untuk perjalanan beraya di sabah, in shaa Allah akan ku kongsi juga, some other day jika diizinkan.

Wassalam. Sambutlah kenaikan harga minyak dengan penuh rasional bukan emotional walau memang marah. Rancang kewangan anda, bentangkan strategi utk mencukupkan keperluan hidup rumahtangga masing-masing. Mencaci, membenci bukan cara terbaik, kerana tidak akan membantu aliran kewangan anda. Yang mungkir pasti akan disoal, yang mencaci juga akan disoal di alam sana. Masing-masing ada imbalannya. Jangan lupa banyakkan bersedekah kepada orang susah yang mengira baki syiling, bukan menjadi orang yang hanya suap ke mulut sendiri. Wallahualam.

0 comments: