Showing posts with label EBM. Show all posts
Showing posts with label EBM. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Wednesday, December 12, 2012

Soalan-soalan EBM

As Salam...

Dah lama draft entry ini, arini baru post...

Dalam memberi EBM, banyak persoalan yang nak ditanya. Kat sini ada dua soalan.

PERTAMA

ku tertanya-tanya...
Boleh tak botol terus menerus dalam warmer?... 
ye la kan... takot baby nanges-nanges nak susu, pastu susu sejuk... sebelum nie dah test nak panaskan susu yang kuar dari peti sejuk... amik masa la jugak... jenuh tambah lagi air panas..tambah lagi... tak suam-suam susu itu, masih sejuk (titik kat belakang tangan)... sebab susu tu sejuk peti sejuk kan....

Then jumpa knowledge...yang cakap omputeh tu dari forum..


Believe it or not, the "current method" is a good one
Yang ini merujuk kepada masukkan ke dalam air panas anggaran 1 mug air panas dan dua mug air biasa. Tapi yang nie, saya lebih setuju warmer, sebab suhu yang kekal 40 degree.

Warmed breastmilk should only be kept at room temp for about an hour. This is why you don't want to heat it up until you are sure you need it. 

Ini jawapan yang menyenangkan hati sikit...
Really, the baby is not dying of starvation in the 10 minutes it takes to heat up the bottle. 
So tak payah la awal2 nak panaskan susu kan...

Sebab....
Sometimes baby seems hungry but isn't and then you have to dump that precious stuff.

It is a soul-destroying experience if pumping is difficult or the mom is having supply problems.
- ini betol, saya sangat setuju...'soul-destroying'. Susah taw pam susu nie, satu, masa..dua, berapa banyak boleh dapat dalam sekali pam...nak dapat 3 auns punya susah taw...dua auns ajek...tu pon, bila baby nak susu, cam dah susah nak suply susu, walau selang stgh jam-sejam. Kalau 2 jam ok.

But if baby is really desperate, have you considered giving the bottle cold? There is no health reason to heat up the bottle and after a few tries, most babies will just accept that bottle milk is cold and breast milk is warm.
- yang ini saya tak setuju..baby Aisyah saya selalu kembung perut, kesian dia...itu susu direct BF, kalau susu dari peti sejuk? haissshhh...

Bottle warmers are not necessary and can actually be detrimental. If it is too hot, it can damage the beneficial compounds in the milk and can also cause the milk to taste "off." A cup of hot water will gradually cool down, whereas the bottle warmer will maintain a hot water temp.
- Rasanya warmer yang dia maksudkan itu adalah warmer zaman dedolu kot, yang tak leh kontrol suhu constantly.
Yang ini penting ... At 40 Degree Celsius - Make the temperature close to natural breast milk.

Yang ini saya ambil dari google.

Features: Bottle Warmer
  • Efficient PTC heating technology imported from Japan.
  • Suitable for different milk bottles and bottle packed food.
  • Energy Saving.
  • Comes with feebing bowl and juicer.
  • Temperature Control :
    • Constant Temperature for liquid food ( 40c )
    • Heating liquid food ( 70c )
    • Sterilizing Milk Bottle ( 100c )

Tapi ada testimoni cenggini...

  • Compare to warming milk in hot water, the temperature stay 'constant' as it has a thermostat that can control water temperature to your selection. It means, the hot water will not turn cold, which is the case for the conventional method. This proof to be very useful when you are not using the milk immediately, but just to get it ready by the time the baby cry

Juga dia kata cenggini
  • It can be a bit slow compare to hot water, so you need to set temp selection to higher at the beginning to melt frozen milk or to fasten the heating (not too high, you'll destroy the nutrition value of the breast milk), then lower it down to desired selection. Based on my experience, the selection of milk warming at 40deg only means the bottle is hot, but not the milk, unless you wait for few cycles of heating. So it takes some getting use to, to maximise the potential of this warmer.
~ yang ini cam sama ajek dengan cara conventional aku aritu. Tapi cuma perlu tunggu la beberapa cycle pemanasan, instead of menukar-nukar air panas kan. Still amik masa.
Sabar, sabar... harap babyku penyabar dan babysitterku juga sabar...

So apa conclusion nyer? boleh ke tidak terus menerus dalam warmer?
  1. Bila baby nak susu aje baru panaskan, baby takkan 'dying of starvation' dalam masa 10-15 minit susu dipanaskan. Unless baby dibiarkan lapar dalam masa yang lama la kan... kesian baby tu masuk angin nanti perut. Hope babysitterku tak melakukan 'membiarkan' kepada babyku.  
  2. Susu boleh duk dalam warmer tu lama sikit, sebab suhu constant 40-45 degree yang mana hampir kepada suhu susu ibu semulajadi. Kalau kuarkan, susu tokleh dipanaskan lagi dah. Lebih sejam, dah kena buang... Untuk 1/2 jam ke sejam kedalam warmer tu ,  i think, no problem... ini pendapatku.
Saya dah buat eksperimen menggunakan warmer..
  • suhu constant 40 darjah (Rasa pakai jari, panas gak.. tapi bila rasa kat belakang tangan, ok!)
  • susu tidak meningkat kepanasannya..berdasarkan rasa kat jari ku.. bukan termostat.. nanti akan wat guna termostat pulak...

*******************************************************

KEDUA

Soalan bawah ini sangat berguna....


If I transfer the frozen breast milk directly into the chiller ( 2-door style ), how long it can be keep? 4-5 days? Or 24 hours?
BB: It has to be consumed within 24 hours after thawing. 

~ Ingat tu...nak cairkan, masukkan kat chiller kan, sila kira berapa jam, sebab ini termasuk dalam 24jam itu... lepas tu sampai nak bagi baby tu, mesti tokleh lebih dari 24 jam taw....


KETIGA

Bagus ke simpan susu lama2 dalam peti sejuk?

Expressed breast milk is an ideal way to feed your baby when you're apart. Still, some research suggests that the longer you store breast milk — whether in the refrigerator or in the freezer — the greater the loss of vitamin C in the milk. Other studies have shown that refrigeration beyond two days might reduce the bacteria-killing properties of breast milk and long-term freezer storage might lower the quality of fat in the breast milk

Jadik.. dua hari yang sebaik-baiknya. 

Saya ada simpan susu  4 hari, bila lepas panaskan itu, bau susu sudah tidak menyenangkan....
Jadik... jangan simpan susu lama-lama!

Tapi kena ingat, susu ibu tetap lebih baik dari susu formula. 


Okeh, until next time. 



* Saya dah cuba perah susu, paling tinggi pencapaian pon 3 auns ajer... risau runsing menyelubungi hati. Mungkin sebab saya masih di rumah dan baby menyusu. Bila baby dah susu, perahan hanya dapat satu aun sahaja.. Jika baby belum menyusu, average 2 auns, dan bila baby nak menyusu...nampaknya susah susu nak keluar dan baby terpaksa tunggu lama untuk susu lancar keluar.... Macammana saya nak kumpul 4 botol susu average 12 auns sepanjang saya bekerja?? Constant kah aku memerah susu??? sempat ke aku menyediakan susu yang diperlukan baby??? banyaknya kerisauanku.... Bantulah aku ya Allah.....
 

Saturday, December 1, 2012

Barang Feeding

Salam...

Arini ku melaksanakan misi mencari dan membeli lagi barangan untuk bagi susu ibu kepada baby Aisyah...
Dengan kerjasama suami dan anak-anak heeee...satu kereta ke jalan kuchai lama hantar duit ke kedai bb untuk membeli barangan yang diperlukan... Kebetulan Kota London nie dah menjadi rumah kedua kami hehe

Teknologi zaman sekarang, dengan bantuan google dan strategi pemasaran kedai itu, kami yang dtg dari nowhere tahu kedudukan kedai dan membeli barang di situ. Zaman sekarang ni, sape yang memanfaatkan teknologi alam maya memang boleh mendapatkan keuntungan yang lebih.



Mari kita tengok apa yang dijaring tadi...Gambar ihsan google.
Harga disertakan bagi rujukan masa akan datang atau sesiapa yang nak tau anggaran harga barang...



Pertama...ku memang aim yang ini.
Senang hatiku bila dah dapat yang ini...

 sterillizer akan ku guna di rumah... warmer akan ku letak di rumah baby sitter
senang hati dah dapat warmer itu, sekurang-kurangnya reda kerisauanku tentang babysitter susah nak panaskan susu ke...sekurang-kurangnya jika masuk dalam warmer nie, bolehlah dia panaskan awal, agak2 15 minit sebelum baby nak susu...sekarang nie baby selang 2-3 jam minta susu. Warmer nie mengekalkan suhu susu, so bolehlah terus di situ sehingga baby nak susu. Lepas diskaun rm159.90.

Kedua...
Ku juga beli warmer ini untuk di rumah sendiri.. so tak perlu la mengangkut warmer dari umah ke umah babysitter dan sebaliknya...
Kegunaan di rumah sekiranya ku keluar ke kedai dan baby di rumah, ayah baby boleh bagi susu incase baby nak susu time aku ke kedai.... 

 Boleh guna home & car.. tapi car aku lebih suka jenis beli yang lepas tu. 
rm69.90

Ketiga...
Aritu dah beli yang letrik... aku puas hati dengan jenis itu. Cuma leceh nak cucuk letrik segala kan... 
Sekiranya nak ringkas dan tak perlu cucuk letrik, ku beli yang manual ini...Aritu cuba yang chah punye...

 Mahal! harga sebelum less rm269, lepas less rm199. 
Harga sama dengan yang letrik ku beli yang lepas. 

Keempat...
Kemudian ku tambah satu lagi cooler tote.. jenama yang sama, sebab warna hehehehe... autumz takde yg best kat kedai tu...

 Kecik aje beg nie, boleh bawak gi skul utk isi susu..boleh isi 2 ice pack dan 2 botol susu...
Kalau nak beli besar2 pon, sempat ke aku nak mengepam di skolah.. dapat 2 botol pon dah cukup banyak..
Takde banyak masa sebab sessi petang ada dua kali solat iaitu zuhur dan asar, non teaching period digunakan utk solat. Rm23.92 selepas less.

Kelima....Yang ini bukan barangan feeding hehehehe
Ayah, kakak dan abang baby Aisyah belikan yang ini utk baby...

 tidak la semua nie hehehehe.... kipas cenggini little bean nyer brand
Amik yang kaler merah satu.. rm17.91 lepas less.
Boleh guna time takde letrik hikhikhik..selain sepit kat stroller.

Alhamdulillah... 
Semoga Allah membantuku dalam journey memberi susu ibu sepenuhnya kepada Aisyah
Kuatkanlah semangatku ya Allah...

Next : Botol susu dan plastik stok susu beku.

Sekian, wassalam.


Friday, November 23, 2012

Projek EBM


Salam....

Saya yang sebenarnya ada sedikit kesedaran mengenai kebaikan susu ibu....
Saya sudah mula mau mengumpul keperluan dari mengandung lagi....antara yang saya beli ialah pam susu. 

Saya agak frust dalam membeli pam susu....
Memula saya beli pureen yang letrik punya... mak aih.. sakiiiiit!! udahnya terbengkalai... saya biarkan aje cenggitu... berharga rm159 kalau tak silap....tapi cenggitu la harganya....ada pat umah jb....

Pastu saya membeli pam ok baby yang pon pon cam zaman dulu... sebab seingat saya pam pon pon yang dipinjam orang yang tak dipulang itu, dedolu saya pakai ok....
Tetapi, bila saya pakai... sungguh mengecewakan!..  paling banyak pon saya dapat kompol 2 auns tu pon dah lenguh tangan.. tak kuar-kuar...yang ini berharga rm22.90.

Arini saya beli lagi.... saya amat berharap, yang ini sangat efektif dan tahan boleh pakai bertahun....saya belum cuba lagi, malas nak didihkan utk steril.... lagi pula, peti sejuk kat sini sangat kecil dan tidak muat utk saya freez kan susu...kalau nak chill, tahan 5 ari ajek kan....rasa cam membazir pulak, perah-simpan-buang.... Tapi tadi dah tengok demo oleh tokey kedai cara pam itu beroperasi...rasa saya setuju kerana suction lebih kurang sama macam baby....

Tadi saya mengunjungi kedai baby... banyak keperluan ada di sana.... di JB saya tak pernah jumpa kedai cenggitu...

Pat bawah ini antara yang saya beli....


Pam tu harga sebelum 20% diskaun rm199,boleh letrik, boleh bateri. 
Ice pack tu saya beli 2..harga sebelum 20% diskaun rm23. .
Cooler tote tu mahal gak..rm45.90 takde diskaun.


Pastu saya beli yang kat bawah nie... utk panaskan susu.. kegunaan dalam keta.. ini utk kalau jenjalan pat sopink komplek ke... pat kedai makan ke....jadik, boleh panaskan pat dalam keta....masa pat komplek, boleh bagi baby susu pakai botol kalau baby nak menyusu....within 1 hour selepas dipanaskan.
Boleh pakai dalam keta sahaja...
 
Harga sebelum 10% diskaun rm59.90.
Gambar ihsan google sebab sendiri punya tak kuarkan dari keta.  

Saya ada beli botol utk simpan susu, 4 botol jenama ok baby berharga rm18.90. Ini untuk permulaan. Dengan tujuan, kalau pakai botol, senang nak panaskan pakai warmer.

Perasaan sekarang ini : Perasaan gusar sebab takde simpan stok susu langsung.... tapi pujuk diri sebab start keja 26 disember, ada lebih kurang sebulan lagi... kalau nak bekukan, nanti antibodi dalam susu ilang... tapi dari takde stok susu langsung??... belum try pam lagi nie, lom tau berapa auns pencapaian...banyaknya risauuuuuu.... teruk-teruk-teruk....

Semuanya kerana bayiku Aisyah....

Next step... nak beli warmer dgn sterillizer....kat kedai tadi, mahal!! berbanding harga yang saya pernah jumpa kat online sopink.... cuma online sopink nie, stok takde plak.. kena cari dan cari lagi....

Bab pam susu tu.. saya tak jumpa madela kat kedai tadi, semalam try manual yang chah punya... cam ok... tapi tadi tersangkut kat yang letrik itu... mudah2an sangat berguna...Amiin. 
Kenapa tak beli yang ribu riban?? sebab ku masih belum yakin diri.... dan harganya sangat mahal! ribu riban... aritu suami ke London, ku mau kirim...dia kata mahal. Yang sebenarnya kat malaysia lagi mahal!..so yang sebenarnya lagi ialah takde rezeki... :)


Ya Allah bantulah hambamu ini.... bantulah diriku ya Allah.....

Wednesday, November 21, 2012

Susu Ibu

Salam....

Saya yang sebenarnya....

Anak pertama - susu keluar selepas 4 hari melahirkan. Anak sudah menangis kelaparan... susu formula diberikan. Anak seawal 3 hari sudah meragam menangis dari malam ke pagi. Ibu yang baru melahirkan sudah tidak seperti dalam pantang.... mengusung anak, mendodoi... tidur di bawah buai....perut anak kembung, cirit... sampai satu ketika, susu ibu dipersalahkan kerana katanya ibu banyak angin, anak pon ikot masuk angin.. sudahnya 30 hari sahaja anak menyusu badan, juga hari ibu bentan demam menggigil...itupun bercampur baur dengan susu formula....cukup anak 5 bulan, baru tau anak tidak tahan laktose susu lembu... kini, ku rasa bersalah... betapa jahilnya aku ketika itu...

Anak kedua - masa ini tiada ilmu mengenai penyimpanan susu ibu... langsung tidak tahu.... teknologi internet waktu itu juga belum seperti kini... susu juga 4 hari baru keluar...maka ku campur susu ibu dan susu formula... time aku di rumah, susu ibu la.. time aku bekerja, susu formu la la.... masa bayi 8 bulan, aku ditawarkan kpli... cukup seminggu aku di maktab, balik umah..anak dah kurang nak susu badan... bila dua minggu di maktab... balik umah, anak langsung takmo susu badan...sedih masa nie... tapi itulah kisah perjalanan memberi susu kepada anak keduaku.

Anak ketiga - seawal sejam 2 jam pertama dilahirkan, bayi dah bersama aku... sepanjang malam, bayi menyonyot susu... letak, nangis... nyonyot lagi.. letak, nangis... sampai la ke pagi... susu masih belum ada lagi... ketika nak discharge dari hospital... bayi sudah buang air besar namun belum buang air kecil.... susu badan masih belum keluar. Tunggu punya tunggu, bayi belum kencing lagi. Akhirnya ku menyerah, bagi susu formula.... barulah bayi kencing dan ku boleh balik ke rumah....
Susu keluar hanya pada hari ke 3 melahirkan... betapa ku tahan hati tidak mahu memberi bayi susu formula... ku bagi air madu, ada juga ku bagi sekali susu formula sebab kesian si bayi... sampai si bidan yang celupar dan ganas itu pada hari ke - 3.. bayi ku di sumbat dengan susu formula supaya bayi tidur dengan lebih lama dan aku dapat diurut. Masa nie, bayiku sejam sekali minta susu...tapi bayiku tetap sama, susu formula ke susu ibu ke..tetap sejam sekali minta susu.
Bayi menyusu badan setiap kali mahu menyusu... susu formula diberikan hanya ketika keluar dari rumah.... sehingga kini, masih belum cukup sepuluh jari, bayiku menyusu susu formula.... susu formula pun dan lebih sebulan dan belum abes lagi, tin yang kecil itu...

Sekarang ini, ku sedang mencari cara bagaimana nak menyimpan susu ibu...
Mampu kah aku memerah susu secukupnya utk keperluan bayi semasa aku bekerja?? Cukupkah masa utk ku melakukan sedemikian??
Boleh ke babysitter itu mengendalikan susu ibu yang disimpan??
Bolehke dia bersabar memanaskan susu sebelum memberi kepada bayi??
Adakah bayi ku boleh bersabar ketika susu dipanaskan??
Semua ini berlegar-legar di fikiran ku...

Ini adalah untuk rujukan kepada diriku, yang ku ambil dari blog-blog mahupun laman yang kulawati. Tiada tujuan publisiti mahupun copy paste... utk diri ku yang sedang tercari-cari ilmu untuk digunakan.

BEKAS YANG BOLEH DIGUNAKAN
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril atau dididihkan dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan lebel. 
  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran. 
Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.


TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?
  • Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
  • Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol EBM  ada di dalam bilik tersebut.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKGnfpE0Bce-Vh-3RCWzam2Czfu1XPn_pYh_hxVgJmuB3_DDRJnktU7vVsJEQQ86hRq7AJvqLzMnzIvlO_zFD5i9m9BGJEbTfY9qeF3x3WDq4DD62LineWi-sjfVk2EB1B12kfyI4r66c/s1600/fridge.gif 


  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
JANGAN simpan susu di bahagian pintu mahupun depan pintu... simpan di bahagian yang paling dalam...supaya suhu dapat konsisten di situ.

Susu yang disimpan memang akan terpisah dua, atas lemak, bawah air... bukan basi.

CARA NAK PANASKAN / GUNAKAN SUSU YANG DISIMPAN

Menyahbeku Susu Ibu:
  • {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas - bukan air panas sangat dan mendidih.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.

If dari ruangan sejuk bukan beku..
  •  Apabila ingin diminum, panaskan susu menggunakan air suam-suam panas (bukan air panas sangat / mendidih) agar nutrients di dalam susu kekal. Air yang terlalu panas akan merosakkan/menganggu /menghilangkan / membunuh antibody dan nutrients yang terkandung di dalam susu. Air suam-suam panas adalah melalui nisbah 1 cawan air panas ditambah dengan 2 cawan air paip.
 Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.

 Susu ibu jugak tidak boleh digoncang dengan kuat. Boleh digoyangkan botolnya dengan lembut (gentle swirl) untuk mencampurkan / melarutkan lemak yang terpisah.

Jangan cair dan panaskan susu, kemudian isi dalam termos...kerana susu hanya boleh digunakan dalam sejam selepas dipanaskan. 

Susu yang sudah dipanaskan sekali, tidak boleh dipanaskan semula.


TIPS DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat
 
• Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi). Bila nak bawa balik, walau rumah 2 minit aje sampai..kena masukkan dalam cooler bag..suhu harus dikekalkan.

• Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais.


Di Rumah

Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku. 

• Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
• Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.


####################################################################

Hokeh... sampai sini dulu... nanti ada info... tambah lagi....