Wednesday, November 21, 2012

Susu Ibu

Salam....

Saya yang sebenarnya....

Anak pertama - susu keluar selepas 4 hari melahirkan. Anak sudah menangis kelaparan... susu formula diberikan. Anak seawal 3 hari sudah meragam menangis dari malam ke pagi. Ibu yang baru melahirkan sudah tidak seperti dalam pantang.... mengusung anak, mendodoi... tidur di bawah buai....perut anak kembung, cirit... sampai satu ketika, susu ibu dipersalahkan kerana katanya ibu banyak angin, anak pon ikot masuk angin.. sudahnya 30 hari sahaja anak menyusu badan, juga hari ibu bentan demam menggigil...itupun bercampur baur dengan susu formula....cukup anak 5 bulan, baru tau anak tidak tahan laktose susu lembu... kini, ku rasa bersalah... betapa jahilnya aku ketika itu...

Anak kedua - masa ini tiada ilmu mengenai penyimpanan susu ibu... langsung tidak tahu.... teknologi internet waktu itu juga belum seperti kini... susu juga 4 hari baru keluar...maka ku campur susu ibu dan susu formula... time aku di rumah, susu ibu la.. time aku bekerja, susu formu la la.... masa bayi 8 bulan, aku ditawarkan kpli... cukup seminggu aku di maktab, balik umah..anak dah kurang nak susu badan... bila dua minggu di maktab... balik umah, anak langsung takmo susu badan...sedih masa nie... tapi itulah kisah perjalanan memberi susu kepada anak keduaku.

Anak ketiga - seawal sejam 2 jam pertama dilahirkan, bayi dah bersama aku... sepanjang malam, bayi menyonyot susu... letak, nangis... nyonyot lagi.. letak, nangis... sampai la ke pagi... susu masih belum ada lagi... ketika nak discharge dari hospital... bayi sudah buang air besar namun belum buang air kecil.... susu badan masih belum keluar. Tunggu punya tunggu, bayi belum kencing lagi. Akhirnya ku menyerah, bagi susu formula.... barulah bayi kencing dan ku boleh balik ke rumah....
Susu keluar hanya pada hari ke 3 melahirkan... betapa ku tahan hati tidak mahu memberi bayi susu formula... ku bagi air madu, ada juga ku bagi sekali susu formula sebab kesian si bayi... sampai si bidan yang celupar dan ganas itu pada hari ke - 3.. bayi ku di sumbat dengan susu formula supaya bayi tidur dengan lebih lama dan aku dapat diurut. Masa nie, bayiku sejam sekali minta susu...tapi bayiku tetap sama, susu formula ke susu ibu ke..tetap sejam sekali minta susu.
Bayi menyusu badan setiap kali mahu menyusu... susu formula diberikan hanya ketika keluar dari rumah.... sehingga kini, masih belum cukup sepuluh jari, bayiku menyusu susu formula.... susu formula pun dan lebih sebulan dan belum abes lagi, tin yang kecil itu...

Sekarang ini, ku sedang mencari cara bagaimana nak menyimpan susu ibu...
Mampu kah aku memerah susu secukupnya utk keperluan bayi semasa aku bekerja?? Cukupkah masa utk ku melakukan sedemikian??
Boleh ke babysitter itu mengendalikan susu ibu yang disimpan??
Bolehke dia bersabar memanaskan susu sebelum memberi kepada bayi??
Adakah bayi ku boleh bersabar ketika susu dipanaskan??
Semua ini berlegar-legar di fikiran ku...

Ini adalah untuk rujukan kepada diriku, yang ku ambil dari blog-blog mahupun laman yang kulawati. Tiada tujuan publisiti mahupun copy paste... utk diri ku yang sedang tercari-cari ilmu untuk digunakan.

BEKAS YANG BOLEH DIGUNAKAN
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril atau dididihkan dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan lebel. 
  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran. 
Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.


TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?
  • Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
  • Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol EBM  ada di dalam bilik tersebut.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKGnfpE0Bce-Vh-3RCWzam2Czfu1XPn_pYh_hxVgJmuB3_DDRJnktU7vVsJEQQ86hRq7AJvqLzMnzIvlO_zFD5i9m9BGJEbTfY9qeF3x3WDq4DD62LineWi-sjfVk2EB1B12kfyI4r66c/s1600/fridge.gif 


  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
JANGAN simpan susu di bahagian pintu mahupun depan pintu... simpan di bahagian yang paling dalam...supaya suhu dapat konsisten di situ.

Susu yang disimpan memang akan terpisah dua, atas lemak, bawah air... bukan basi.

CARA NAK PANASKAN / GUNAKAN SUSU YANG DISIMPAN

Menyahbeku Susu Ibu:
  • {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas - bukan air panas sangat dan mendidih.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.

If dari ruangan sejuk bukan beku..
  •  Apabila ingin diminum, panaskan susu menggunakan air suam-suam panas (bukan air panas sangat / mendidih) agar nutrients di dalam susu kekal. Air yang terlalu panas akan merosakkan/menganggu /menghilangkan / membunuh antibody dan nutrients yang terkandung di dalam susu. Air suam-suam panas adalah melalui nisbah 1 cawan air panas ditambah dengan 2 cawan air paip.
 Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.

 Susu ibu jugak tidak boleh digoncang dengan kuat. Boleh digoyangkan botolnya dengan lembut (gentle swirl) untuk mencampurkan / melarutkan lemak yang terpisah.

Jangan cair dan panaskan susu, kemudian isi dalam termos...kerana susu hanya boleh digunakan dalam sejam selepas dipanaskan. 

Susu yang sudah dipanaskan sekali, tidak boleh dipanaskan semula.


TIPS DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat
 
• Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi). Bila nak bawa balik, walau rumah 2 minit aje sampai..kena masukkan dalam cooler bag..suhu harus dikekalkan.

• Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais.


Di Rumah

Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku. 

• Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
• Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.


####################################################################

Hokeh... sampai sini dulu... nanti ada info... tambah lagi....



4 comments:

Effi Rahmat said...

Salam,

actually, aku dapat bagi bby ketiga fully breast milk until umur dia 6 bulan.. dan campur² sampai umur 2 tahun lebih.. kaedah penyimpanan memang aku terus masuk freezer je dan guna kaedah FIFO.. labelkan.. bila nak hantar ke taska aku keluarkan dari freezer dan taska akan simpan dalam chiller.. bila nak bagi bby dia akan rendam dalam bekas berisi air panas.. dulu aku pakai botol kaca untuk susu, botol susu biasa dengan plastik khas simpan susu.. refer http://akubilerrajin.blogspot.com/2010/07/projek-simpan-susu-untuk-baby-firas.html

selamat berjaya ya... jangan sesekali putus asa.. banyakkan sayuran hijau dan carrot.. hehe.. :)

Cikgu Nana said...

Thanks mama.. Still tak kuat semangat ni... Tengah mengumpul barang utk menjayakan niat ini..

Ya Allah, bantulah diriku ini...

Cikgu Nana said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Org kata urut dgn sikat payudara masa mengandung 7bulan ke atas. Sikat ke arah puting. Insyaallah lepas melahirkan terus ada susu. Saya praktik utk anak pertama. Berjaya. Tp sayangnya anak saya dah diberi minum susu formula oleh hospital rakan bayi sbb saya operate n lambat sampai ke ward. Jd lepas sampai ward terus susukan bayi. Sayangnya bayi muntahkan semula.