Duduk kat sini... ber ekon 24 jam.. terkurung kerana takmo kuar... asyik-asyik lapoooo ajek..
Habes dah fasa kurus ku.... babat pon dah kuar balik nie...
Molot ku asyik nak mengunyaaaah ajek... dah macam ore kelate doh, hok nak make yg manih-manih je...
Tetiba tadi ku teringat bubur jagung seorang sahabat ku semasa zaman u dedolu....
Dia la yang memperkenalkan bubur nie...
Masa kat sana, sangat seronok kalau dia wat.... dan dia pula sangat seronok kalau saya masak tom yam... sangat seronok zaman itu...
Berbalik kepada makanan, saya memang suka bubur @ pengat...
Selepas layan anak2 mandi kolam.... saya turun
ke bawah sekejap beli dan belah kat pasaraya kat bawah tu.... anak-anak
begitu seronok memenuhkan bakul... dan saya berputar-putar mencari
bahan makanan yang boleh dimasak...
Kalau nak tau.... hari ini saya membeli daun pandan yang sangat mahal...rasanya kalau kat tesco tak la semahal ini....
2 helai
berharga 59sen... 60sen la tu kan... ish-ish-ish.. ini la nilai wang kat
kota metropolitan ini..dia lipat-lipat dan lekat harga ~ teringat pokok
pandan ku di rumah..in shaa Allah tak mati sebab musim ujan nie kan,
kalau musim panas kompom mati dah, lama saya meninggalkan rumah kali
ini.Saya masak bubur jagung creamy.
Oleh kerana mahal bebenar itu daun pandan... saya pakai sehelai itu saya kerat separuh! dan separuh itu saya kerat lagi jadik 4.... dan baki sehelai setengah tadi saya balut dengan kertas elok2, simpan pat peti sejuk... cam simpan berlian!... mahal hokeh....
bubur yang sangat senang dimasak dan sangat cepat siap
3 jenis sahaja diperlukan... jagung tin yang creamy... santan serbuk...daun pandan....
Bubur ini sangat-sangat creamy dan wangi... penggunaan santan serbuk sangat-sangat membantu menjadikan bubur ini sangat berkrim....
Bahan-bahan boleh la disimpan dalam stok dapur dan boleh dibuat bila-bila masa....
Cara-cara....
- sukat air 300ml...masukkan dalam periuk...
- masukkan daun pandan dan santan serbuk....
- masukkan jagung tin...
- masukkan gula, secubit garam
- didihkan....
dah siap!
kalau nak jagung banyak-banyak.... pakai la 2 tin jagung dan tambahkan sedikit air...
sepeket santan itu boleh dicairkan dalam 400-500ml air... dan bubur tidak cair dengan syarat jagung juga kena banyak heeee...
Sungguh saya menikmati bubur itu, yang rasanya bubur jagung masak cara ini, yang saya makan selepas 10 tahun meninggalkan unibersiti....anak dara saya juga memuji sedap.... ibu sahaja yang mengelak nak wat selama ini sebab takot gumuk heeee... now, napsu nak makan lagi mencanak-canak dari napsu nak berbadan kurus heeeee.
Selamat mencuba....
0 comments:
Post a Comment