Arini ku melaksanakan misi mencari dan membeli lagi barangan untuk bagi susu ibu kepada baby Aisyah...
Dengan kerjasama suami dan anak-anak heeee...satu kereta ke jalan kuchai lama hantar duit ke kedai bb untuk membeli barangan yang diperlukan... Kebetulan Kota London nie dah menjadi rumah kedua kami hehe
Teknologi zaman sekarang, dengan bantuan google dan strategi pemasaran kedai itu, kami yang dtg dari nowhere tahu kedudukan kedai dan membeli barang di situ. Zaman sekarang ni, sape yang memanfaatkan teknologi alam maya memang boleh mendapatkan keuntungan yang lebih.
Mari kita tengok apa yang dijaring tadi...Gambar ihsan google.
Harga disertakan bagi rujukan masa akan datang atau sesiapa yang nak tau anggaran harga barang...
Pertama...ku memang aim yang ini.
Senang hatiku bila dah dapat yang ini...
sterillizer akan ku guna di rumah... warmer akan ku letak di rumah baby sitter
senang hati dah dapat warmer itu, sekurang-kurangnya reda kerisauanku tentang babysitter susah nak panaskan susu ke...sekurang-kurangnya jika masuk dalam warmer nie, bolehlah dia panaskan awal, agak2 15 minit sebelum baby nak susu...sekarang nie baby selang 2-3 jam minta susu. Warmer nie mengekalkan suhu susu, so bolehlah terus di situ sehingga baby nak susu. Lepas diskaun rm159.90.
Kedua...
Ku juga beli warmer ini untuk di rumah sendiri.. so tak perlu la mengangkut warmer dari umah ke umah babysitter dan sebaliknya...
Kegunaan di rumah sekiranya ku keluar ke kedai dan baby di rumah, ayah baby boleh bagi susu incase baby nak susu time aku ke kedai....
Boleh guna home & car.. tapi car aku lebih suka jenis beli yang lepas tu.
rm69.90
Ketiga...
Aritu dah beli yang letrik... aku puas hati dengan jenis itu. Cuma leceh nak cucuk letrik segala kan...
Sekiranya nak ringkas dan tak perlu cucuk letrik, ku beli yang manual ini...Aritu cuba yang chah punye...
Mahal! harga sebelum less rm269, lepas less rm199.
Harga sama dengan yang letrik ku beli yang lepas.
Keempat...
Kemudian ku tambah satu lagi cooler tote.. jenama yang sama, sebab warna hehehehe... autumz takde yg best kat kedai tu...
Kecik aje beg nie, boleh bawak gi skul utk isi susu..boleh isi 2 ice pack dan 2 botol susu...
Kalau nak beli besar2 pon, sempat ke aku nak mengepam di skolah.. dapat 2 botol pon dah cukup banyak..
Takde banyak masa sebab sessi petang ada dua kali solat iaitu zuhur dan asar, non teaching period digunakan utk solat. Rm23.92 selepas less.
Kelima....Yang ini bukan barangan feeding hehehehe
Ayah, kakak dan abang baby Aisyah belikan yang ini utk baby...
tidak la semua nie hehehehe.... kipas cenggini little bean nyer brand
Amik yang kaler merah satu.. rm17.91 lepas less.
Boleh guna time takde letrik hikhikhik..selain sepit kat stroller.
Alhamdulillah...
Semoga Allah membantuku dalam journey memberi susu ibu sepenuhnya kepada Aisyah
Kuatkanlah semangatku ya Allah...
Next : Botol susu dan plastik stok susu beku.
Sekian, wassalam.
0 comments:
Post a Comment