Sunday, June 2, 2013

Laporan Selama 10 Hari

As Salam fren....

Cuti sekolah oh cuti sekolah....

Ok, kita tebuk sana tebuk sini la ek... tak ikut sequence...
Banyak nak cerita, mana yang termampu ajek la yek....

Sebelum nak buat laporan cuti....
Nak melapor rasa sedeyyy...

Agaknya orang KL nie jalan tak bawak anak taw....
Aku jalan bawa aisyah di lengan, muhd dan aqilah....
Aku dilayan cam pelarian Myanmar... huuuu
Aku dilayan buruk cam aku nie nak mintak sedekah... terok sangat ke rupa aku? buruk sangat ke baju aku? tidak la aku pakai selipar jepon... handbag aku pon bukan cikai... jam aku pun bukan sepoloh ringgit..
Si kopet tu layan aku cam aku nie nak mintak barang pulak dgn dia, bukan nak beli...
Ish3... tak patut.... aku betol2 kecewa masa tu. Sedih betol... muka aku cam muka takde duit ke?? huu
Aku nak beli buah anggur kat penjaja pon, si penjaja buat tak nampak ajek muka aku...
Masya Allah... tak laku duit aku...

Tapi, tatkala Allah turunkan guruh dan hujan... selepas itu Allah hadirkan pelangi....
Ada hikmahnya... Alhamdulillah. Aku dapat barang dengan harga jauh lebih murah, tukaran aku juga mendapat harga paling tinggi... Alhamdulillah, barang yang aku dapat juga cantik dan puas hati.

okeh... itu bab kesian kat aku....

Okeh... aku mengambil cuti awal utk cuti persekolahan kali ini.
Ku balik kampung suami, ziarah ibu yang tak berapa sihat... kepulangan yang tidak dirancang.. namun amat bermakna kerana nawaitu utk menemui ibu.

Banyak lagi view yang menarik, namun ku semenjak dua menjak ini, tak dpt nak angkat lense dan shoot view yang menarik... in shaa Allah another time. Nie Aqilah yang snap guna hp.

Kami pergi menaiki Air Asia...

Masa pergi, kami semua tak sihat. Ku dan Muhd demam.. Aisyah selsema, kakak juga selsema. Kifarah dosa. Ku naik KL malam khamis tu.. 9 suku dari rumah, Alhamdulillah sampai KL 12.50. Dah tak boleh rempit2, bawa baby dan banyak camera... Awalnya nak gerak khamis pagi jb-kl kemudian kl-tawau. Namun merubah jadual, utk menjaga keselesaan cik Aisyah....rehat waktu pagi, sebelum flight ke tawau.
See cik Aisyah... Alhamdulillah, sangat behave sepanjang perjalanan..


Adeeeh.. lembabnya nak mengarang... syukur cik aisyah dah tido... ye la, dah kol 12 malam kan... 

Kami takde ke mana2...
Sebab nawaitu memang nak jumpa ibu... 6 hari termasuk pergi dan balik...
Kami bergerak cuma ke sepilok sahaja demi Muhd yang sangat sukakan fauna pada hari ke-3.
Namun takde rezeki nak jumpa orang utan. Orang utan keluar makan kol 10 pagi dan 3 petang. 
Sesape yang nak tengok, perlu berada di kawasan terbabit punctual sebab orang utan sangat menjaga waktu makan hihihihi....
So, penat kat kereta ajek la yang mengambil masa 4 jam nak sampai dari kg.

ini bukti kami dah sampai kat sini.. abaikan baju makcik yang ulang tayang, cuci pakai balik, jimatkan luggage...

Bercerita pasal luggage... dah bertambah anak, maka bertambah la luggage kan...
Ayah, lain kali tambah jumlah berat utk luggage yek..air asia memang suka nak amik duwet kita laju2.. huuu..

Dah habes skill masukkan barang... mengambil kira basuh kat sana, panas dan hujan. 

Takde apa yang menarik nak kongsi kat kampung... 
Sehari sebelum balik KL semula, kami duduk umah sepupu suami, kak mas... 
Nak simpan memori suasana umah dia yang berjaya menarik perhatian ku... Dah lama umah dia yang bahagian ini siap, baru ni nak snap... 

Hall yang sangat besar dan memanjang... gambaran hall ini dari 1/2 kawasan. 
Mereka sangat mengalu-alukan kedatangan kami untuk menginap di rumah mereka. Dari hari pertama kami sampai, memang kak mas dah siapkan bilik utk kami. Memang dari awal perkahwinan, kami sering menginap di rumah mereka. Namun, ku utamakan berada dengan ibu, kerana nawaitu bukan untuk berenak-enakan.. tetapi lebih kepada ziarah ibu.



Dah, tu aje kat sana....

Balik KL semula, Alhamdulillah ada rezeki tiket bisnes class naik MAS...
Layanan cam VIP oleh steward... dan bawa baby aisyah, saya dilayan cam madam.

cik aisyah tak tido sepanjang perjalanan... sabo ajek la..

Banyak makanan, minuman free flow... kalau dapat duduk bisnes klas gi paris ke london ke bestnyaaa....
En Suami dah laaaaaaaama dapat duduk kat kerusi itu pusing merata negara.


Dah sampai kat klia, sewaktu menunggu sejam, mr ayah gi amik keta kat lcct.
Syukur cik aisyah behave, sampai tertido. Sabo ajek la. 


Balik KL, kami menginap 3 malam di seri pasific hotel...

Itu katil ku adjust menjadik lebih besar dari king saiz hehehehe... 
Kesian anak2, ku tak larat nak bawa gi swimming pool.
Parkson grand kat sebelah legend hotel tu dah dijual kepada sunway putra, tutup 2 tahun. Susah bagi ku yang nak menginap lama... acsess kepada makanan dan barangan payah dah.
Cuma lrt ke jalan tar yang mudah. 


Kini kat rumah... baru sampai kol 12 lebih malam semalam, siang tadi balik ke eto5 sekejap, ziarah emak yang sesak nafas sakit pewot sampai masuk emergency room pada jumaat. Susah hati semenjak dua menjak ini, mengenangkan ibu yang semakin uzur, emak dan ayah juga yang macam2 penyakit. 

Sebusuk-busuk rumah kita, tetap heaven kaaaaaaaan....
Glad to be home.. alhamdulillah...

Nak setle kan umah... huru hara rumah ku tak terurus, dengan kain baju lebih seminggu di perjalanan... tak sempat nak mengilatkan rumah, dengan cik aisyah yang senantiasa di bawah ketiak ibu. 

Kata ustaz, hati yang bersih terpancar di wajah yang bersih, juga harus menjaga pakaian agar bersih, begitu juga dengan rumah yang bersih.
Semua itu berkait, paling penting hati.. marilah kita sama-sama menjaga hati... walau rumah bersih, tapi hati tak bersih pon tak boleh. Apatahlagi rumah yang kotor (bersepah dan kotor juga berbeza, namun kotor berkait dengan bersepah)...adakah hati si empunya rumah kotor?? wallahualam.

Next week... akan kira semula budget. 
Kesian anak2, kesian kat ku juga...
Jika diizinkan, mungkin akan ke KL lagi... kesian encik suami, minta diteman sewaktu cuti sekolah ini. 

Ku juga dah kembali menjahit tudung sendiri, gagahkan diri demi mendapatkan yang lebih besar dan labuh...mudahkanlah ku ya Allah... in shaa Allah. Tudung2 di atas adalah hasil tanganku. Namun, tiada tempahan dibuka kerana ku amatur. 

Wassalam. 

0 comments: