Emm... sebenarnya dalam ingin menyatakan salam aidilfitri kali ini ada getar di dalam hati...
Tatkala beribu-ribu umat islam di suatu sudut dunia dibunuh beramai-ramai....
Moga mereka semua syahid ya Allah...
Ampunilah kami di sini yang seolah-olah belum sedar lagi.....
#####################################################################
Agak gigil juga nak post gambar-gambar...
Walaubagaimanapun... ku kongsikan jua wajah-wajah aidilfitri kali ini...
Alhamdulillah masih diberi peluang berada dalam syawal dalam keadaan aman dan makmur....
Keadaan aman dan makmur ini membolehkan kita semua tersenyum girang tatkala syawal menjelma.
Jangan marah ya... di bawah ini pengantin baru nak pose :)
Dengan effect bloom... pengantin baru!
Moga Allah berkati ikatan pernikahan ini...Aamiiiin.
Eh.... dah banyak gerabak rupanya, ingatkan baru kawin heeee
Alhamdulillah, terima kasih Allah atas anugerah ini.
Menginjak tahun pernikahan yang menjangkau tak lama lagi 11 tahun...
Pemilihan warna diserahkan kepada anak bujangku tahun ini...rasa mabuk dah nak pilih kaler, kerana zaman-zaman sebelumnya, pasti dua pasang yang berondon rondon....
Dia yang memilih warna dan kain utk dia dan ayah di jaykel...kemudian ku yang sederhana mungkin tiada berlabuci mahupun labu sayong...beli kain di jalan TAR ketika cuti skolah tempohari.. bukan di gul@tis mahupun retis-retis... dapatkan dengan harga serendah mungkin (acara tawar menawar)..
Tudung pon yang ada dalam simpanan, kakak pula mewarisi tudung2 yang sudah ku tinggalkan....
Ya Allah.. ampunilah kami... moga tiada unsur-unsur pembaziran mahupun apa2 penyakit hati tatkala raya menjelang...Aaamiiiin.
Kemudian... pose-pose di rumah wak asim.
Keluarga kak jar (atas) keluarga kak nim (bawah)
Keluarga kak ton.... keluarga kami...
Daaaaaaan ini... lelong lelong... sape nak pinang anak dara pingitan.. .
woooops anak bujang trang tang tang wak asim heeeeeeeeee......seksi woo baju tak butang!
Wajah-wajah Aidilfitri 2013 di eto5.
Laaaaaaa mesti ada muka ku.... tak pun waris-waris ku....
belog aku kaaaaaaaaaan...haahahahahaha...suka haku ler... peaceeee!!!
Ok ok.... kasi gambo mereka pulak. Si bam bam chumill nabilah salimah..
kak ton dan anak3 daranya...
wooooopsss si hensem suamiku yg terbaeeek dari ladang hehehehe
Amoy izzati dan abg malek...
Sebelum mengakhiri salam ini..
Hati terharu di pagi aidilfitri... buat pertama kali anak ku beri kami duit raya. Alhamdulillah, terima kasih nak... kecik2 dah pandai bagi ibu, ayah dan adik duit raya... supriseee katanya..
Berapa isi bukan ukuran... tetapi nilai ingatan itu yang paling berharga.
Syukur ya Allah.
Sekian... akan menyusul in shaa Allah utk entry yang berikutnya sekiranya dilapangkan dan dipermudahkan.
Wassalam.