بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Lama dah bersawang macam rumah tinggal.
Macam2 dah dilakukan. Tapi bila mengenangkan banyak dosa dari pahala... maka fikir banyak kali nak buat entry.
Cuma kali ini nak share... mood membuat kueh mencanak-canak.
Mungkin hasrat yg lama tertangguh dari hamil, melahirkan hinggalah cik Aisyah agak besar sikit ni.
Nak mula dari mana pon x tau..
Nak edit gambar pon x de masa yg banyak..
Masa itu banyak... cuma teringat nasihat, baca qur'an lebih baik dari mengadap komputer berejam-rejam.. Walau tidak dapat membaca berejam-rejam, sekurang-kurangnya kita tak la mengadap komputer berejam-rejam kan.
Maka... seringkas mungkin. Dengan gambar main masuk ajer tanpa edit.
Ini masa birthday Aqilah. Saya suka kan sesuatu yang menguji kesabaran. Dan Alhamdulillah saya diberi kekuatan utk menyiapkannya. Sekejapan licin. Dapat dlm dua adunan kalau tak silap. Kira2 200 biji +-.
Untuk pertama kali, selepas belajar entah tahun bila... cupcakes.. Juga ketika birthday Aqilah.
Hentam kromo aje..masih belum jumpa resipi utk icing yg hebat. Masa ini saya guna krimwell.
Juga yg edible ini... ada 6 ketol aje hihi sbb edible image dah abes.
Diletakkan bersebelahan dgn kek birthday tempah yg sgt2 chantek kejadiannya.
ciskut pon ku buat juga... waduh! betol2 tambah kilogram.
Daaannnn my feveret. tart jepon.
Namun, inti buat sendiri juga yang terbaek. Ini saya guna yg beli dalam tin kat bakery dengan harga 38 ringgit utk berapa kilo ek..tapi byk kilo la. walau dah olah masak semula ikot citarasa sendiri, tetap tak sama dengan yang parut sendiri! rasa macam tobat beli yg segera. byk lagi dlm peti sejuk tu..expired 2015.
eh apa ni? banana ball kata aqilah.
rasa cam banana pancakes katanyer.
belasah aje la naaaak. bekal utk ke sekolah.
Ku hentam sahaja resipi kek pisang bakar.. menjadi banana ball kukus.
Itu kuih saya buat? oh no no no... tak sempat. Sbb masak menu masa yassin sendirian berhad, maka kuih kena sub kan. Syukur majlis pagi. Dan tukang jual kuih setuju nak buatkan kuih utk saya. 3 jenis itu berjumlah rm30 sahaja...setiap satu rm10. Berbaloi kan.
Cuma nak kata, saya memang suka coklat. Senang nak hasilkannya bagi majlis yg ad hoc... yang kanan sekali tu saya lakukannya pada malam sebelum yassin, dengan adegan letrik mati.
Alhamdulillah dpt siapkan dlm 48 pcs.
waaaaaaaaah... 1st try. Utk majlis pertunangan anak sepupu.
Guna acuan lompang yg terbaik. cuba juga guna acuan cistat, namun x berapa molek kejadiannya.
Ovelet takde, guna sponge cake stabilizer.. susah nak cari ovelet yg ada halal malaysia, kat tesco xde, kat giant takde. Beli kat bakery..tapi yg repack. ku was2, akhirnya ke tong sampah tanpa digunakan.
Apam ini perlu menggunakan warna yang banyak supaya menarik. Ku masih berfikir berpuluh2 kali utk menghasilkan ladybird mahupon angrybird. Emmm, biarlah yg simple2 aje macam di atas kerana byk2 pewarna pon bukan bagus kan..kan kan..
Kehabisan piping bag, ku guna plastik putih yg ada dalam simpanan hehehehe...
Roti jala macam penggulung rambut kata jiran kampong ku hehehehe...
resipi baru... ku buat 1/2 adunan. Ini kategori kuih ke? hentam saja la labuuu
Resipi Roti Jala
tepung 500g
air : 800 ml atau 2 tin susu
susu manis 2 sudu (ajaran baru)
telur sebiji
sedikit garam
pewarna kuning telur secukupnya.
utk satu adunan yang dia beri...
sekilo tepung
air sebanyak 4 tin susu aka 1600ml
susu manis 4 sudu besar
sebiji telur
1 1/2 sk garam
pewarna kuning.
sgt suka dgn resipi ini
tima kasih kepada yg memberi ilmu.
Fuhh!! lama betol x buat kek choco mousse brownie
last tahun 2011.. sepupu hamil mengidam katanya.
Buat dua buku namun tak terhantar ke umah dia huhuhuuu...
Konon deco la yang pat atas nie... emmm... ke laut pitching nya..
Ini lagi sebuku... dijadikan kek birthday kak izan.
Jiran2 memuji sedap sgt katanyer...
Nak tau cerita kelakar??? rupa2nya yg tahun 2011 dulu tu ku kan pakai dairy whipping cream hahahaha sbb itu la rasa susu terlampau kihkihkih
ini dah betul dah, guna non dairy whipping cream.. sabo ajer la!
Apam aiskrim. waaaah.... entah kenapa apam ini menghantui diriku
teringat-ingat... ingin sangat nak buat. mungkin tgk di fb menjadikan ku teruja nak buat.
sebelum ini tgk kak azlita buat, macam xde perasaan Tapi minggu ini mencanak-canak keinginan.
Alhamdulillah menjadi. Menggantikan ovelet dengan susu manis. Alhamdulillah, walau x selembut kejadian menggunakan ovelet, namun saya berpuas hati. Mencari-cari resipi. Akhirnya follow kak azlita.
Next time, in shaa Allah cuba guna kertas bungkus burger pula. Teringin nak menjadikan kon ini betul2 bulat di bahagian atas seperti kak azlita buat.
Ok dah.. tu aje. rasa cukup utk membakar semangat anda yang membaca supaya buat kueh hehehehe.... resipi sama aje dgn yg lepas2. atau sila la google dan study. Ada pertanyaan? sila tinggalkan di ruangan komen ya.
Sedikit sebanyak darah yang mengalir di badan emak... tumpah juga ke darah ku. Apa punya quote la nie... pendek kata, minat mak turun jugak ke anak dia yang bernama aku nie ha... cuma mak version zaman dolu kala... ku version kuih zaman ini.
Rasanya mixer ku itu cam kecik aje kan... nak uli roti pon x kuat rasanya...
Wahai suamiku tercinta... annyversary kita dah dekat dah nie...
ehem ehem ehemmmmmmmm..... nak mixer yang sehebat kenwood mahupon kitchen aid boleeeh???? heehehehehe.... selera buaya betol! tak agak2 jenama...
Alaaa ye la kan. Alang2 membeli, biar puas ati la kan... senang nak membaking.
tengok nie...mixer hadiah kawin kita nie dah x boleh menampung kapasiti kueh yang adinda buat.
Bowl yang come together kecik la.. nak guna bowl besar.. kena gantung ler ek...see see see
(dengan nada sedeyy dan buat muka kesian hihihi)
sabo ajek la isteri2 zaman sekarang... ada ke cenggini gaya!
Sekian wassalam.