Sunday, July 17, 2011

Karnival JOM beli

jom jom jom...jom beli beli....sila baca ikut rentak lagu jom heboh....haha

ini karnival skul cik bunga anjurkan...biasanya untuk tabung skul / bakes / keperluan skul....

tahun lepas tidak dianjurkan kerana guru2 tak larat nak kerja cam bangla kihkih....itu antara kata2 otai2 skul....

pendapatan dari program ini memang amat memberangsangkan.

tahun ini kami wat lagi sempena nak kumpul dana untuk majlis persaraan guru besar.....

macam2 yang yang dianjurkan....cuma gambo tak terambil semua sebab cik bunga adalah AJK tegar kihkih....alaa macam otai cakap tu....kerja macam bangla, cuma ini tahun cik bunga ada relax sikit sebab keja kat gerai kupon dan selepas itu membantu di gerai burger yang cikgu2nya cam dah nak pengsan sebab 600 bijik burger macam pisang goreng panas.....ditambah lagi dengan jualan nugget...

untuk pn suhaila : pada aktiviti kali ini, kami sewakan tapak untuk peniaga luar.... ada lebih 10 tapak yang disewa antaranya jual kereta, jual belon gas, jual kentang twist, tudung, batik, tupperware, mindatif, br hom, kopi, brooch, mainan2...aksesori pempuan (such as getah rambut...@ cam kat pasar malam tu).....dan lain2..tak telek betol2....

antara gerai yang dianjurkan guru : gerai nasi &  gerai mee (guru2 yang masak bungkus dan jual), gerai aiskrim kon (3 tong aiskrim nestle yang macam kat kedai), gerai air, gerai burger&nugget, gerai barangan terpakai, gerai buah2an, rumah hantu....gerai runcit (ajk pibg jaga gerai yang mana barangan adalah sumbangan ibu bapa - tahun 1 bawa tepung gandum, tahun 2 bawa gula, tahun 3 bawa kicap, tahun 4 bawa sardin, tahun  5 bawa telur masin, tahun 6 bawa minyak masak. barangan ini dijual di karnival pada harga jauh lebih rendah dari pasaran....), gerai teka (teka berat kelapa, teka gula2 dan teka sumi - hadiah berupa helikopter remote dan kereta remote...)
ada juga pertandingan masakan, gubahan dan solekan utk ibu bapa
ada outdoor game....iaitu paintball....
sesiapa yang membeli 5 keping set kupon (rm15) akan berpeluang memenangi cabutan bertuah yang mana basikal le run, jam tangan, hamper2 menjadi hadiah utama.....

cik bunga baru nak sarapan..makan mee sop....anak bujang baru sampai memeriahkan majlis kul 10.30am.

ini riben cik bunga pintal sendiri...dapat ilmu masa wat praktikum dedolu

2 hamper yang cik bunga sponsor hasil sumbangan rm dari mr suami

anak bujang di tengah2 kesibukan tetamu yang hadir

suasana aktiviti, di tingkat 3 murid beratur untuk masuk rumah hantu....(cikgu2 yang set up makmal sampai jadi cam rumah antu)

ibu bapa dan murid yang memeriahkan dan menjayakan majlis

penyampaian hadiah gerai teka. basikal yang ada itu hadiah utama cabutan bertuah

hadiah teka berat kelapa

kenal tak kat hamper itu...ku sangka paling sengkek...rupa2nya paling gah

sebelah kanan, gerai jual nasi dan mee....nasi lemak 40 kilo tak cukup.....pergh!!

sebelah kanan gerai jualan barangan runcit...pat tepi surau gerai barangan terpakai

kesemua barangan jualan habis di jual dan kami umpama peniaga yang berjaya sebab semua barangan habis terjual kihkih.....syabas kepada semua guru2 dan mereka2 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

sekian laporan untuk pn suhaila..sorry karangan tunggang langgang.....gambo pon tak dan nak arrange...kihkih

END

0 comments: