Jom semak resipi.
Irish Cookies
Sumber : Noorbaya
Bahan-bahan:
A
180g butter
130g gula castor
20g shortening
1 biji kuning telur
1st nescafe
1st esen coffee (cik bunga letak coffee emulco)
B
1/2st baking powder }
200g tepung gandum } ayak
100g tepung ubi }
40g nestum (kisar kasar) - cik bunga guna cornflakes.
Hiasan : cokelat dan gula urai.
Cara:
1. Sebatikan semua Bahan A lalu masukkan Bahan B. Kalau adunan lembik lagi, tambahkan tepung sedikit demi sedikit sampai tidak melekat pada jari.
2. Canai dan terap.
3. Bakar pd suhu 170 selama lebih kurang 15min.
4. Dah sejuk, hiaskan dengan cokelat dan manik urai.
ini rupa close up
ini beramai2 sikit....
ini lagi ramai heeeeee......cik bunga wat 3 adunan.
Dulang bertangkai itu tidak digunakan utk membakar ya...
digunakan ketika menghias shj...sebab loyang seumpama yang itam tu dah takde...
tahun ini pakai bekas besar sikit...muat banyak..setelap mengandungi lebih kurang 125 biji.
satu utk cik bunga satu lagi untuk emak cik bunga.
dah ada peminat biskut ini....dia cakap "sedap la ibu!.."
presentation dari segi hiasan memang khusus untuk kanak2 heee
Membuat biskut memerlukan kesabaran yang tinggi dan mengambil masa...dari proses mengadun, menerap, membakar, menghias sehinggalah memasukkannya ke dalam telap. Setakat ini cik bunga mendidik hati supaya sabaaaaaaar....kerja yang remeh.
Emak cik bunga sudah tua dan sakit..maka cik bunga memang menjadi harapan nusa dan bangsa bagi menyumbang kuih kat rumah emak...Rumah emak pula, menerima ramai tetamu setiap kali raya....kalau setakat 50 bijik biskut tu memang tak ke mana.....
Inilah penyebab cik bunga menghasilkan sendiri biskut raya....objektif utama :
- banyak
- jimat sedikit dari segi RM.
dolu2, sebelum cik bunga ada oven...peruntukan yang besar diperlukan untuk biskut raya..
Ada juga biskut yang murah...tetapi, kualiti faham2 saja lah ya dari segi bahan dan rasa.
Okeh....selamat mencuba...
2 comments:
perrrgh... dah buat dulu biskut dari akuuu... aku nie hah masih terkial2 mencari bahan2 dan idea nak buat biskut apa... entah menjadik ke tidak.. konon2 weekend nie baru nak buat... ha hahaa... semoga usaha murniku berjaya hendaknya.....
as....aku demaaaaaam
apa ntah nak jadik...rumah nie kalau bukan aku yang jadi enjinnya...memang takde benda yang akan bergerak.....
as..moga kuih ko menjadi ya...jgn lupa upload...
kalau raya ko dtg umah aku, kalau kuih dah takde...at least ko dah nampak kuih aku secara virtual heeee.....
nampaknya....byk kerepek jek la tahun nie.....teruk betol demam kali nie....
Post a Comment