Tuesday, September 13, 2011

Sedaaaaaaaaaaaaap....

Dalam sebuah kelas di sebuah sekolah kelas B luar bandar...@ pinggir bandar.....

"cikgu...cikgu....anjing saya sudah besar..." kata murid iban kepada gurunya....

"awak bela anjing?"

"ya cikgu"

"awak makan ke anjing tu?" tanya cikgu sambil teringat ada kaum yang makan anjing..

"taklah cikgu...geli. Saya suka biawak"

"Hah??!!! biawak???? awak makan biawak ke??"

"Ya cikgu.....sedaaaaaaaaaaaaap....masak kicap. Bapa saya tangkap, besar macam ini" sambil menggambarkan betapa besarnya biawak yang bapa dia tangkap.

huh?! huuuuuuu.......cikgu sudah berkerut2 tak tau nak kata apa...

"awak ada makan apa lagi???"

"ular cikgu!....."

"hah?? ular???? masak apeeeeeeeee??" cikgu sudah terlopong dan tercengang!

"Masak kari cikgu!...kepala dia kalau takmau buang la....sedaaaaaaaaaaap"

huhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu......makin terlopong mulut cikguuu sampai boleh masuk lalat....

"habis tu awak ada makan apa lagi?"

"katak cikgu!"

"Haaa????? masak apa pula katak??"

"masak sup cikgu!...sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap"

terkebil2 mata cikgu sambil menengok anak muridnya yang muka berseri2 membayangkan makanan yang dikatanya "sedaaaaaaaaaap cikgu".....

begitulah eksotiknya makanan anak murid cikgu itu tadi....

0 comments: