Saturday, October 6, 2012

Ketika Berpantang...

Salam...

Ada dalam satu blog, mengatakan dalam pantang tidak boleh menjahit dan membaca. Akan mengakibatkan rabun sebelum tua.. Adakah ini benar????.... wallahualam....

Yang pasti, tatkala kepala pening sebab kurang tidur... mata rasa membengkak sebab tidur yang sangat-sangat tidak berkualiti... waktu siang pun tidak dapat tidur yang puas.....

Aku akan membuka fb dan blog... sambil meneman Aisyah yang tidur-tidur ayam... sekarang ini utk mendapatkan Aisyah tidur selama sejam secara berterusan amatlah payah.... nak menyusu senantiasa... walau dah menyusu, tapi tak mahu diletak... asyik mengempeng, letak aje mula la menangis semula... kadang-kadang baru lepas di salin pampers dah berak semula.....

Emmm, antara sebab anak-anak aku jarak adalah perkara sebegini.

Waktu dalam pantang adalah waktu yang amat-amat menguji.....
Anak pertama aku sampai bentan..... sebab Aqilah menangis setiap malam dari pukul 11 malam sehinggalah 5-6 pagi tanpa henti. Cukup 30 hari, aku bentan... tahap gigi menggigil sendiri.
Waktu Muhd juga anak tidak mahu tidur... asyik nak mengempeng sepanjang malam, sakitnya badan hanya Allah yang tahu. Sehingga aku menyumbat puting ke mulut Muhd ketika itu kerana dah tak tertanggung lagi dah....

Kini Aisyah... mungkin pada 5 hari pertama aku masih boleh bertahan....
Ini sudah hari ke 10 keadaan yang sama berterusan...
Aku dah mulai lemah....
Walau vitamin ada ku ambil setiap hari, mana boleh sama dengan tidur yang diperlukan untuk rehat.

Ada juga ku kirim kakak ku tadi utk membeli puting, Namun puting itu tak sesuai utk Aisyah. Aisyah menolak dan mulai menangis kembali... aduuuuuuh, susahnya nak melepasi waktu berpantang ini.

Jahitan belum pulih.... faham sahajalah... setiap malam aku akan baring, duduk, baring, duduk...sehinggalah ke pagi.... Hanya Allah yang tahu apa yang aku rasakan....
Punggung pun ikut sakit, tidur-tidur ayam dalam keadaan duduk menyusukan anak.... bengkung memang tak boleh dipakai waktu malam, dengan asyik baring duduk, bengkung itu menekan rahim.... sakit lain pula yang timbul....

Aku hanya mampu berdoa agar Aisyah lena dalam tidur malamnya.....diberi kesihatan yang baik.... begitu juga dengan diriku....

Kini, aku dah stop lempuyang, susu alpha lipid, jamu.... dengan harapan, Aisyah tidur dengan lena... insyaAllah akan mulai kembali waktu Aisyah sudah bersedia mungkin....



0 comments: