Tuesday, May 14, 2013

Anti Rascisme

As Salam....

Kadang2 hati aku masih panas....
Panas memang panas...
Panas kat orang2 yang entah hape2 entah...
nak kata banyak2...nak maki banyak2, karang berkontena, bergunung dosa....

Jangan bercakap dengan ku tentang anti rascisme....

Aku cuma nak kata cenggini...

Aku separuh cina, separuh jawa...
Suamiku separuh jawa, separuh lagi bugis+cina...

Agak2 anak aku bangsa apa ek yang terhasil??...

Cuma aku nak kata,
Mulai dari malam keputusan pilihanraya itu...(selama ini ku tak pernah menunggu sampai habis seluruh keputusan, tapi kali ini ku resah gelisah gundah gulana)
Detik hatiku mengatakan...langit tidak selalunya cerah buat orang2 kita...

Aku menanam tekad dalam hati, aku akan menyimpan bersungguh-sungguh untuk anak3 ku...
Ku sedaya upaya berjimat utk kelangsungan anak3 ku....

Qada' dan Qadar....

Kalau dulu, keputusan aku tak semenggah mana time spm, tak layak rasanya....
Aku tetap berjaya masuk universiti...
Aku diterima masuk kerana kuota bangsaku...
Aku diterima kerana kuota ku sebagai anak luar bandar....

Ibu Bapa ku terbela nasib sekarang ini pun kerana bangsa kami...

Aku mendapat pekerjaan sekarang ini pun kerana kuota bangsaku...

Pendek kata... kerana bangsaku dan kerana agamaku...

Dan kerana itu semua.... Rezeki Allah yang tentukan.... dan dengan asbab-asbab nya....

Aku sekali lagi nak ingatkan...
Jangan tepuk dada tanya ahli politik..
Sila tepuk dada tanya iman.

Jangan cakap pasal anti racisme kat aku sebab sebahagian dari aku adalah mereka....
Dan kerana sebahagian dari aku adalah mereka, aku tau cara mereka...(boleh gitu??)..
Aku bergaul banyak dengan mereka... ku tidak keluar2 uni terus kerja gomen... ku kerja dengan mereka dahulu....
Suamiku juga bukan org gomen... suamiku lebih 20 tahun bekerja dengan orang mereka....
Keliling ku bukan hanya bangsa kita... kerana ku duduk di kawasan mereka....
Ku mengundi juga bukan di kelilingi orang2 kita.... depan belakang kiri kanan ku adalah orang2 mereka....
Tatkala ku berjuang berejam berdiri beratur menunggu giliran mengundi.... ku perjuangkan juga apa yang selama ini bertahan....dan ku sudah menjangkakan keputusannya....'kita kalah'...(jangan nak kutuk, kata aku aje kalah okeh..sebab engko dengan aku sama bangsa)

Akhir kata,
Kita tak gaduh....kita tak bakar sentimen....orang2 mereka pon tak gaduh dgn kita...
Tapi kita tahu dan kita sedar...masing2 memperjuangkan nasib bangsa masing2....
Jika orang kita terus begini, tanpa bersatu....
Bersedialah menerima hasil tangan-tangan kita....
Jika bukan 5 tahun akan datang...mungkin 10 tahun...mungkin 20 tahun....
Bak kata menarik rambut dalam tepung, tepung tak berselerak...tapi rambut yang selama ini milik kita berjaya mereka keluarkan. (Boleh aku guna perumpamaan ni ke?...alah, suka haku ler...blog haku, haku nak tulis hape...tapi cenggitu la yek...)

Sekian, wassalam.


1 comments:

Unknown said...

Well done and excellent write up..