Salam.....dah lama draft entry nie....baru hari nie nak masukkan.....sebab aritu cerita2 semua yang gembira2 kan....so taknak la sedeyy2....
ini entry cik bunga nak cerita mengenai tidak ingat.....
entah kenapa....memang la kadang2 kita nie memang pelupa....
menjadi lebih lupa kalau memang tak selalu diingat....
cik bunga memang kuat ingatan....tapi tidak kuat ingatan melebihi kuat ingatan haha macammana tu.....
nombor paling senang cik bunga ingat...tapi short term....kalau long term, habis terabur semua nombor menjadi huruf haha.....
kali ini memang teruk betul ingatan cik bunga...lagi teruk kerana memang patut menjadi pengajaran kepada diri cik bunga dan sesape la yang terasa nak membuat pengajaran.....
Al-kisahnya begini....cik bunga ini begitu berani untuk ke kawasan perkuburan (sebaliknya huhu)....kalau tidak dengan emak dan ayah....amat payahlah untuk cik bunga ke sana....nak ajak Mr Suami...ada sahaja halnya sehingga memangla tidak kesampaian dan kesempatan untuk cik bunga menjenguk anak cik bunga yang dah ada kat sana.....hati memang sentiasa mengingati dia....anak kan....walau tidak dapat dijaga dan dimanja.....walau secebis cuma, masa yang dipinjamkan....anak tetap anak...naluri itu tetap tebal di hati cik bunga..Hanya sekali cik bunga menziarahinya...waktu tu seminggu lebih selepas dia disemadikan....emak dan ayah yang bawa kerana sewaktu disemadikan, cik bunga dilarang ke sana kerana baru bersalin. Masa nie, baru lagi kuburannya...senang nak cari mana satu....
Pulang dari kuburan, cik bunga bleeding lagi.....walhal sudah sehari lebih kering dah nifasnya....Mungkin cik bunga emo...walau tiada air mata yang tumpah....
Sehinggalah urusan mengganti nisan untuk arwah anak ini....
Kesian, hanya batu nombor yang menjadi tanda....juga nisan botol mineral yang dicucuk pada ketika dia disemadikan.....alang2, cik bunga minta ayah tempahkan kepuk dan nisan.
Cik bunga bukan untuk menunjuk2...tidak sama sekali....niat cik bunga, bila dah ada nama....senang waris nak pegi esok lusa....kepuk pula....tidakla terlangkah2 bila tak perasan ada kubur di situ. Ini pernah terjadi ketika cik bunga menziarahi kubur arwah nyai dan embah yang dah ada kat sana.....lagi2 kuburan budak2....dah rata...nisan pun antara nampak dengan tak nampak....terlangkah2....kesian yang kat dalam sana...
Nak dijadikan cerita.....sewaktu cik bunga di sekolah.....jam hampir menunjukkan pukul 6 petang.
Ayah call....."kepuk dan nisan dah siap...berapa no lot anak ko ya?" ayah bertanya...
"hah?...jap eh....369 kot....379 ke....eh..eh....adoooi tak hingat la ayah"...."jap2....nanti tipon Mr Suami"
Mr Suami pulak...."kompom, ini no nyer.....dot...dot...dot...." kompom ke?...."ya....kompom"
Call ayah smula....jawab ayah "mana ada no tu..." "aduuuuuuuh...jap2 tipon kak jar jap"....
tut...tut...."kak jar, ingat tak no lot arwah baby iman berapa?"...."entah ek...akak tak ingat"
Hati dah tak keruan....macammana nie......ayah pulak "ayah dah kat kubur nie, orang dah nak pasang"
"ye la ayah....hujungnya ada 9"..."yang ada sembilan nie dah ada pokok ditanam....ini mesti orang lain punya...." kata ayah......aduhhhh kecoh....sungguh kecoh....satu bilik guru dengar kekecohan cik bunga mencari nombor...macam2 nombor keluar, macam2 agak2 nyer keluar masa nie....talipon tak renti2 berdering....sehinggalah mengaitkan lepas baby iman ada lagi tak yang meninggal....sebelum baby iman siapa punya anak.....aduuuuuuuuh...pening..sungguh pening.
Oleh kerana yang hujungnya ada sembilan dah ada pokok puding....maka kepuk dan nisan di pasang pada kubur yang sebelumnya.....muktamad!
Hati cik bunga dah tak senang......masih was2...
sehinggalah keesokan harinya....ayah call semula...."ayah dah jumpa wak saleh (penggali kubur)...dia cakap lot anak ko 679, dia buka buku catitan dia.....
"la ye ke?"...."aduuuuuuh....habis siapa yang tanam pokok kat lot tu??..."
"ada yang sukarela jaga kubur....dia yang tanamkan...."
"kena tukar semula la ek.....huhu"....."takpela...nanti ayah uruskan pada budak yang pasang tu"
Macam lawak kan....betapa teruknya cik bunga nie.....cuai...perkara penting macam tu pun tak ingat...tiada di salin di mana2 tempat sebagai ingatan....Anggap enteng jek, sebab tepi jalan la konon, senang ingat....huhu
Cuba bayangkan...sekiranya si tukang penggali kubur pun tiada catitan mengenai lot2 itu macammana?....
mesti cik bunga sudah tersalah selama2nya mengenai kubur anak cik bunga....
Nampaknya, si penggali kubur lagi sistematik dari cik bunga huhu....
Percayalah...kepuk dan nisan itu penting untuk mengenalpasti kubur yang hendak dituju.....
Ada orang, langsung tidak mahu buatkan nisan yang bernama....dengan alasan tidak boleh....bila waris nak pergi tengok kubur, nak cari nama pun...tiada nama....nak tanya lot pon...entah ada entah tidak....macammana tu?. Ada kawan cik bunga pon dengan mencebik2 dia kata tak boleh pasang kepuk dan nisan. Dia pakai batu sungai je sebagai tanda...huhuuu.....keciiiik jek cik bunga tgk dia....ada gak karang!!! cepat2 cik bunga istigfar...sabar2.....
Bagi cik bunga, kita bukan pasangkan bangunan di situ.....kita tidak pasangkan tile yang berkilat2....kita tidak menghias kubur itu. Kita memasang kepuk dan nisan yang berwarna putih, lama kelamaan warna itu akan berubah menjadi kehitaman....niat bukan untuk menunjuk2....adalah untuk kemudahan waktu mendatang...sedang baru beberapa bulan sahaja sudah timbul kekeliruan yang membawa kesilapan....inikan pula untuk jangkamasa panjang.....macam2 perkara boleh berlaku.....rumput2 pula usahlah dicakap...memang bermaharajalela......
Sekiranya kepuk dan nisan itu masih berterus2an tersalah pasang ketika itu....cerita cik bunga akan seperti cerita kasim selamat tu....
Walauapapun, syukurku pada Mu ya Allah....syukur kerana dipermudahkan....semoga kisah cik bunga ini boleh menjadi iktibar. Sekiranya cik bunga salah....semoga Allah ampunkan dosa2 cik bunga.....
Di bawah ini cik bunga copy dari soal jawab agama.
Soalan
Apakah hukum memasang batu nisan dan kepok pada pusara?
Jawapan
Hukum meletakkan batu nesan di atas sesebuah kubur adalah harus.
Hal ini berikutan daripada tindakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam
yang meletakkan petanda di atas kubur saudara susuannya Othman Bin Maz'un.
Apabila Baginda ditanya mengapa berbuat demikian,
Baginda menjawab "supaya saya kenal kubur saudara saya".
Mengenai hukum memasang kepok di atas sesebuah kubur pula, jika tujuannya
untuk menahan tanah daripada menjadi rata, maka ia diharuskan kerana kubur
seseorang Muslim/Muslimah itu hendaklah ditinggikan sejengkal dari
permukaan tanah dan diratakan bahagian atasnya.
Namun, perlu dipastikan kepok tersebut tidak mengambil ruang yang
melampaui had kubur tersebut sahaja. Jika mengambil ruang yang
besar/melebihi keperluan kubur tersebut, maka hukumnya adalah haram kerana
mengambil ruang yang agak besar yang akan menyebabkan ruang tanah
perkuburan tersebut menjadi kecil (jika di tanah perkuburan Islam).
Wallahu 'alam.
0 comments:
Post a Comment