Kakak kalau makan nak suh ibu tolong sedutkan sebab dia lambat...sebenarnya dia sapu kiri kanan...yang sedut sendiri pon dia wat..yang pow ibu pon dia makan....hehe
Mr Suami pulak sedut tak tengok kiri kanan....
Bekalan siput ini sukar nak dapat sekarang nie....maka kadang2 sahaja kalau terjumpa yang besar2 sikit siputnya...barulah beli & best nak makan....Harga pon makin lama makin naik...kat pasar borong pon dah mencecah 8 ringgit... kar tesco tadi beli rm9.90 sekilo....
Fresh From Periuk hahaha..... |
Bila masak nie...teringat sepupu Mr Suami yang dok langkawi....Pernah dia dtg umah, hari2 dimintaknya cik bunga masak siput sedut nie....4 kilo skali masak.....duduk berejam kat meja makan hihihi.....
Resipi nie....utk sesape yang baru nak blajar masak ler....yang dah terror takyah....
BAHAN-BAHANNYA
1 kilo siput sedut atau beberapa kilo la korang nak masak
5 ulas bawang merah atau brape2 la korang suka
3ulas bawang putih atau seperti di atas
5 biji cili api atau nak pedas, tambahlah lagi
sedikit halia
sebatang serai / lebih pon lagi sedap
1 biji kelapa diparut / santan segera pon ok jugak
sedikit kunyit
ikan bilis segenggam....lagi banyak lagi best...agak2 ler sebagai penambah perasa....
batang keladi beberapa banyak yang nak di letak sukahati
garam secukup rasa
sedikit gula
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
1. Perah santan, dapatkan santan pekat dan cair diasingkan. Santan segera pon boleh.
2. Cuci siput sedut, gaul dengan hampas kelapa tadi dan dibiarkan beberapa jam. Ini membuatkan bau lumpur hilang dan siput sedut akan lebih sedap. Pastikan bekas ditutup. Cuci siput bersih2...sampai jernih air cucian.....Kalau pakai santan segera, tak payah gaul ler dgn hampas....apa yg ada jek la.
Bersihkan siput dan potong belakang (hujung) pastu cuci lagi sampai bersih.
3. Keladi sila siang, kalau tak reti sila belajar...kalau beli yang dah siang lagi senang haha....pastu rebus sampai lembut kira2 1/2 jam utk hilangkan getah dan mengelakkan gatal kat tekak.
4. Bawang-bawang, cili api, kunyit, ikan bilis dan halia dikisar atau ditumbuk untuk dijadikan bahan tumis. Serai kalau kisar sekali lagi sedap. Nak titik pon boleh.
5. Tumiskan segala macam yang dah diblender tadi. Taknak tumis pon takpe....lebur jek semua rencah sekejap pastu masukkan siput sedut. Pastu masukkan batang keladi.
6. Apabila masak, masukkan santan pekat dan didihkan sebentar dan kemudian matikan api.
SELAMAT MENCUBA
0 comments:
Post a Comment