sebagaimana maklum, saya memang busy... kebusy'an saya memang tokleh nak kata...
ditambah lagi dengan laptop nie, ada suku bahagian yg tokleh tekan aplikasi, termasuklah tajuk blog beserta semua yg sebaris dgnnya. Boleh imagine kan, kena guna 'tab' utk ke kwsn yg hang itu.....jadi dengan kekangan masa dan keprobleman laptop ini.. maka bersawang la belog ku ini..
walaubagaimanapun aaaaaaada banyak cerita nak cerita sebenarnya... bacalah kat bawah nie, mana yang sempat ku nak cerita ketika ini.
Cerita kurus..
1. "Akak nampak susut, ramai yang jeles.."
2. "Semenjak aku kenal ko, baru nie aku tengok ko cantik... " (apakah? ini pujian ke penghinaan huuuu...ini ayat cikgu yang ada bau2 bacang, kira ikhlas la tu) "ko dah kurus sgt2 dah macam si jem dah"
okeh, takde la kurus kering sebenarnya, mungkin masa saya mengandung, saya tak suka pakai sempit2, baju dan kain memang besar walau jenis blouse dan kain , malu kalau nampak perut terjojol..ponggong tertinggal...so bila dah deliver, kurus la kan...
dan lagi jawapan standard saya.. "penat la..busy menguruskan anak2 skolah dan baby" "kalau nak kurus macam saya, mehlah tolong saya ari2 kat rumah dari pagi sampai ke malam" hehehehehe
Cerita 'pak mertua tak jadi' singgah ke rumah
Amacam tajuk? sentap tak hiiiii....
alkisah pakcik ini dari zaman saya sekolah lagi sudah mengeluarkan kata-kata begini :-
~ sim, amoi nie aku punya taw
~ sim, aku booking amoi nie taw
~sim, amoi nie aku punya taw....
dan banyak lagilah ulang-ulangan perkataan punya dan booking ini.
sampai satu tahap ku tertanya-tanya jugak... sape yang dia nak jodohkan dgn aku? anak dia ke dgn dia? hahahaha.....
setiap perkembangan diriku pakcik nie amik tau, dari spm, masuk uni, sepanjang2 aku di uni melalui pertanyaan kepada ayahku...dan juga kata2 beliau ketika berjumpa dgn aku samada di rumah mahupun di kenduri kendara.
cuma pernyataan pakcik ini macam main-main kan... ada pernah sekali ku terserempak dgn anak pakcik ini yang handsome dan belajar pat obersea...dia tgk aku dengan pandangan yang kosong...cam tidak kenal langsung walau pernah sekelas, pernah sekumpulan....
so... aku pun tanam dalam hati.. aku takkan amik serius perkara ini sebab aku takmo ada ayat "aku bukan nak sangat kawin dgn ko, bapak aku dengan bapak engko yang nak sangat"
masa nie aku tak pasti lagi dengan siapa anak pakcik nie sibuk2 kan nak kawinkan dgn aku....
saaaaaaaaampailah suamiku merisik...kira dah nak kawin la nie kan hihihi... walau merisik dengan bertunang amik masa 3 bulan...
2 minggu selepas suamiku merisik... dan ngam-ngam aku abis praktikal seminggu, pakcik nie berkata begini:
"sim, aku nak minang amoi ko untuk anak aku yang belajar di tuuuut tuuuuuuut tuuuuuuut"
"ye dah lambat" kata bapakku
"apa pulak lambat?! aku dah cakap lama dah"
punya marah pakcik ini bila kata dia dah lambat... merajuk dia! ada la beberapa contoh kemerajukan dia, tapi itu cerita lama....
Berbalik kepada dia singgah ke rumahku adalah kerana dia nak berbekam sama-sama dgn ayahku di seri alam nie... maka waktu maghrib tu dorang singgah utk tumpang solat.
Sila imagine.. mereka datang tanpa notis!
Ngam-ngam aku masuk rumah, kunci semua pintu dan segala.... mereka pon sampai.... aku hanya mampu menyeringai ajek la hahahahahaha.....rumah tahap terkawal ketika itu.. walau bilik air bawah disepah-sepah dek anak2 ku....
cuma aku dapat simpulkan... nak cerita panjang tak larat la....
- masa baru datang, pakcik tu teeeeeeeeeeengooooook muka aku..... (seb baik aku slim ramping skarang nie hahahahahaha....dan baju kerja serta tudung kerja ku aritu memang lawa kihkihkih) mungkin dalam ati dia, "ini la amoi aku dulu....". memang semenjak aku kawin, pakcik nie memang takde nampak aku...
- pastu masa balik tu, muka pakcik itu ceria.....dan nampak gembira dengan kehidupan aku.... (mungkin, takla ada perkataan begini "tu la, dulu aku nak kawinkan dgn anak aku, ko taknak" ) kaaaaaaaaan.....
okeh, tutup cerita. saje je nak cerita kihkihkih... jangan sentap.. cuma rumahku ini selalu tetamu dtg tanpa notis!...
Rezeki terpijak Allah beri
Selalu kami mengamalkan kata-kata "sedekah memanjangkan umur, memurahkan rezeki"... dan kami praktikkan sedekah itu terutama kepada ibu bapa kami....mahupun siapa-siapa la yang kami rasa berhak untuk menerimanya...
Hari ini, dengan izin Allah, ku dibukakan pintu rezeki In Shaa Allah untuk memiliki tanah lot di atas bukit yang sekarang ini di bukit itu terletaknya rumah-rumah banglo sebuah-sebuah. Subhanallah.... In Shaa Allah...
Ceritanya begini...
Kami terutama diriku memang naaaaak sangat memiliki rumah yang ada tanah... tak dapat banglo, semi D pun jadik lah.... dan bila dirisik-risik semi D di pasir gudang nie harganya sudah mencecah 1/2 juta ke atas.... banglo yang bakal naik di taman bukit dahlia itu mencecah 800-900 ribu!.
Maka....Lately ku sibuk dengan berusaha untuk memiliki tanah lot di kg kopok baru... ayahku asal Kg Kopok.. kiranya kopok baru ini penduduk yang dulunya tanahnya diambil, membeli pula di kg yg baru ini. Dari berbelas tahun dulu, ayahku dan ramai lagi teraniaya kerana tidak dapat membeli di kg yang baru itu.... panjang la ceritanya..pendek kata, bapakku tak dapat la bahagian di kg yang baru ini walau bapakku ada nama atas geran di kopok lama.
Keinginan yang mencanak-canak ku untuk memiliki rumah yang ada tanah serta usaha yang bersungguh-sungguh talipon ke sana dan ke mari... ku nak jugak mengambil hak kami yang suatu masa dahulu dinafikan pabila ku tengok ada banglo2 baru yang naik di hadapan rumah pakcikku, maksudnya masih ada peluang untuk dimiliki la kan.... kiranya ku nak jugak beli tanah di kg kopok baru itu. Ye la, siapa yang tak teringin nak memiliki rumah yang ada tanah, rumah sebuah yang ada parking tersusun....aku antara yang mengidamkan rumah sedemikian.
Seminggu dua ini ku sibuk menguruskan untuk memiliki tanah kopok yang kalau nak beli cam nak mintak sedekah gamak susahnya.... banyak sangat tak bolehnya... dengan waris sahaja yang boleh beli, tanah dah tak jual lagi la dan macam2 lagi la karenahnya.
Tadi... setelah kusiapkan perisai dan peluru... ku ke tengah-tengah bandaraya JB membawa surat permohonan. Kekangan masa dan macam-macam lagi la dugaan ku redah....ku tebas hutan belukar.... not an easy task.....
Sehinggalah ku sampai ke pejabat pengurusan hartanah itu.... berjumpa dan berdebat secara berhemah sambil senyum dan kadangkala ku tembak juga.. sehinggalah kata pengurus besar yang ku jumpa itu... permohonan awak akan akan didahulukan sekiranya tanah-tanah lot ini kami buka untuk dijual kepada generasi Y waris kg kopok. Tetapi bukanlah setengah ekar... dalam suku ekar sahaja kerana kami nak bagi peluang kepada lebih ramai lagi untuk memiliki tanah di sana. Ku berdebat sebab nak setengah ekar jugak hahahahahahaha......
Ketika ku dah bangun nak balik, ku terbuka mulut bertanyakan harga tanah sekaki persegi....dan bla bla bla..... sehinggaaaaaaaaalah pengurus besar ini berkata "kita ada lagi tanah lot yang belum dibeli di bukit tuuuuuuuut". Maka ku kata "tunjuklah pada saya".
Ku duduk kembali setelah layout dibawakan kepadaku....
Berbunga-bunga hatiku....kerana siapa sangka ada lagi tanah di situ yang belum dimiliki. Kerana di fikiran, tentu dah takde lagi dah sebab ini zaman dulu punya lot.. pastu rumah gedabak-gedabak kat atas bukit itu....nak masuk bukit itu pun tak pernah terfikir dan terlintas pon...
Harga memang mahal... tetapi dengan alasan alamatku nanti bukan Kampung tetapi Bukit hehehehehe.... maka ku menukar fikiran.. dari kg kopok ke bukit.
Ada 3 sahaja lagi yang belum dibeli... satu lot dah ada orang tengok.... maka ku hormati orang itu walau dia belum hantar surat permohonan.... maka ku fokus kepada dua tapak lagi...
Tadi ku melawat tapak itu....
Lagi mengujakan aku, satu tapak itu adalah tapak yang akan berjiran kepada Doktor Bersalin the best in Town. Maka ku yakin dan pasti....setelah berulang-ulang kali membezakan antara dua tapak itu (berulang-ulang kali berputar-putar melalui dua tapak itu)... ku pancang yang berjiran dengan Doktor itu tadi.... bukan 1/2 ekar... tetapi 1141 meter persegi. Tapi memang berbaloi kerana kedudukannya itu...
Esok in shaa Allah ku akan siapkan surat permohonan, Jumaat ku akan hantar. Tadi ku dah talipon secretary pengurus besar itu tadi menyatakan ku yakin dan pasti book tapak yang itu.
Sistem dorang nie, sapa yang tengok tapak dan mengatakan keinginan akan didahulukan...
Walau tempoh 99 tahun dah berjalan selama 10 tahun... ku masih punya 89 tahun lagi.... campur tolak darab bahagi....masih ada untung...
Dia bagi tempoh 2 tahun untuk dirikan rumah.. tetapi kata pengurus besar itu tadi, selagi kita bayar cukai tanah...tanah itu takkan dirampas....
Tempoh dari mohon ke selesai pembayaran adalah 3 ke 4 bulan.. mudahkanlah urusanku ya Allah.
Nilai tanah memang mahal, tetapi campur tolak darab bahagi.. dengan lot tanah dan rumah sebuah yang in shaa allah dimiliki adalah sama harganya dengan semi D berkeluasan 43 x 81 kaki persegi di taman perumahan yang bersebelahan. Maka banyak lagi untungnya.....rumah boleh buat kecik dahulu...tambahan boleh dibina kemudian....cam rumah mak ayah kita tuuu....
Doakan saya ya kawan-kawan.. mudah2an Allah permudahkan urusan kami dan Allah memberi rezeki yang baik-baik kepada kami... in shaa Allah jika tiada aral, di situlah rumah saya nanti. Mungkin 3-4 tahun akan datang in shaa Allah.
* esok cuti maulidurrasul...penat sungguh rasa badan ini.... walau esok cuti namun ada undangan majlis pertunangan anak sepupu... takpe la... janji cuti... sabtu itu kena kerja.....kerja dan kerja.... kena kerja sungguh-sungguh, nak dirikan rumah nie... nak hutang dengan kerajaan pula kali ini :)
Sekian, wassalam.
1 comments:
busy dan fenatt kanns..,uhHUu
Post a Comment