Friday, January 4, 2013

Mereka Kata Aku Kurus

As salam...

Now Jumaat mlm Sabtu ... Alhamdulillah.....

Lepas sudah 3 hari persekolahan 2013.

Mereka kata aku kurus... siapa kata?

- Suamiku kata ku 'straight cut'

- Rakan sejawatku kata :
  1. 'kak rod makin kurus la, cantik'
  2. 'Akak makin kurus la lepas bersalin nie'
  3. 'Awak kurus la.. akak nie bilaa la nak kurus'
  4. 'A'ah la kak... ko makin kurus la'
  5. 'waaaaah... kurus laaa'
  6. 'ko kurus la, jeles aku'
Okeh, itu semua membuktikan saya kurus... tiada keraguan lagi.

Semenjak cuti aritu, saya dah penat sebenarnya, berulang alik kl-jb. Sebelum tinggalkan rumah kl, kena kasi bersih semua. Kemudian di rumah jb 2 hari, masak basuh kemas...dan sebelum tinggal rumah jb, kena bersihkan semuanya... bunyi macam senang kan.. cuba bayangkan, saya kena buat semua dalam keadaan yang laju-laju dan kena pastikan semuanya berada dalam keadaan yang terkawal sebab nak tinggalkan rumah. Tiada satu pun makanan ada di dapur sebelum meninggalkan rumah. Segala periuk belanga kena clear. Kain baju terurus. Berhangkut barang sana dan sini. Memang terasa ketika itu penatnya. Walau di KL saya asyik mengunyah sahaja....

Bekerja pada 26 hb...
Seminggu bekerja pagi sebelum sekolah buka...
Saya kan ada kelas sendiri... 3 bulan saya tinggalkan, berlapuk...bersawang... bila naik skolah, mana2 yang punya masa dan kelapangan dah upgrade kelas mereka... saya terasa sangat, dengan fail-fail kelas berkecamuk, dengan dinding yang dah kotor... dengan lantai dah hitam.
Saya lakukan sedikit perubahan kedudukan perabot, cikgu yang lagi seorang mengecat, saya touch up mural di luar kelas, saya kemas fail-fail dan sampah sarap yang ada di kelas...bayangkan, saya lakukan dengan kadar kelajuan yang laju-laju... mengemop pun sambil berlari-lari anak. Kerja start pukul 8-12.30. Mana saya nak kejar meeting awal tahun, majlis perpisahan, nak siapkan buku rekod, dan ada hari yang saya kena bawa aisyah skali kerana babysitter kena daftar anak skolah. Mana nak settlekan kerja rumah dan settlekan barang yang nak dibawa ke rumah babysitter juga bekejar ke skolah dan bekejar balik nak ambil baby sebab babysitter ari2 tanya balik kol berapa?...penat..sangat penat.. dua hari saya demam...cuma kita nie orang perempuan, demam selsema dan batuk cam nak rak pon..telan ubat laju-laju kasi tak rasa demam tu sebab banyak kerja kena settle dan takut anak berjangkit, apatahlagi aisyah menyusu badan. Dan tiada amik mc sebab awal tahun kan..

Bila skolah nak start... tau aje la kan, masa yang ada itu digunakan untuk menyiapkan keperluan anak..jait lencana, jait tudung, potong seluar skolah anak yang 6 helai itu...dan macam2 lagi la... macam sikit, tapi yang saya tahu saya tiada rehat langsung sepanjang sehari sebelum 26hb itu.

Bila skolah dah start pula... kalau cerita drama tu nama dia ribut sakinah kan... nie ribut yana.

Dari pukul 5-5.30 hingga 11.30... saya merempit buat kerja. Saya lakukan kerja dalam keadaan jalan laju-laju dan lakukan dari satu kerja ke satu kerja tanpa henti. Memang non stop..memang tak boleh perlahan, tak terkejar. Aqilah skolah sebelum pukul 7 perlu dihantar. Muhd skolah agama pukul 9.45 van ambil. Aisyah perlu disusukan dan dimandikan sebelum ke rumah babysitter. Barangan mengepam perlu bersih dan kering utk dibawa ke skolah (hari pertama saya tertinggal satu part yang penting dan saya sedih sepanjang petang sebab tak dapat nak mengepam!). Pukul 11.30 perlu start enjin dan hantar Aisyah kemudian merempit ke skolah sebelum kul 12.

Ini adalah senarai barang yang perlu disiapkan dan dihangkut masuk dalam kereta setiap hari.
Baju sekolah kebangsaan muhd, baju skolah agama kakak, beg skolah agama kakak, beg skolah keb adik, beg keperluan baby dan kakak transit di rumah babysitter, beg peralatan mengepam skali dengan bekal makan tengahari dan bekal rehat muhd, beg barang keja, handbag. Jangan lupa puting baby!.

Banyaaaaaaaaaknya barang... ini kerana muhd balik skolah agama terus ke skolah kebangsaan sebab tak sempat balik rumah, dia salin baju dan makan tengahari di skolah.
Aqilah balik skolah naik van terus ke rumah babysitter sebelum ke skolah agama pada pukul 3.45.

Balik skolah ambil anak, sampai rumah dah kul 7.. bekejar kerah anak2 mandi solat sebab nak gi ngaji pula. Balik dari mengaji Aqilah terus nak makan sebab lapar.... kain baju di ampaian perlu diangkat, adakala angkat siang esoknya sebab dah tak larat!. Baby Aisyah tidur average kul 10-11 mlm... sebelum tidur kena pastikan pam susu kering dan ready utk perahan pagi esoknya.

Di skolah pula, tiada istilah rehat... sampai2 aje tunggu muhd turun van dan masuk skolah utk disiapkan..kesian dia, berbaju melayu di skolah rendah tatkala ramai dah murid datang skolah berbaju sek rendah. Siapkan muhd dan bagi dia makan tengahari. Kemudian bekejar bertugas pula. Bila dah time mengajar, mengajar pula turun dan naik bangunan mengambil murid. Waktu senggang yang sedikit itu digunakan untuk solat zuhur & asar. Waktu rehat bekejar ke bilik kaunseling menyorok utk mengepam susu. Kemudian bekejar semula ke kelas untuk mengajar. Sehingga kini, banyak kerja skolah yang belum saya settle kan... Fail muhammad darjah satu juga masih banyak yang belum lengkap...

Kesimpulannya, saya penat dan mungkin kerana penat itu saya kurus.

Perihal mengepam, nanti la ada masa akan diceritakan kemudian.

Ini anak2 ku yang semakin membesar...

 Siapa yang boleh bawa ibu hari-hari ke sekolah? Jawapannya 'Anak cikgu'.

Sekian,  wassalam.


0 comments: