Salam fren....
Penghujung cuti sekolah 2011 ini kami isi dengan percutian ke Pulau Langkawi Pulau Mahsuri. Sebelum cuti melabuhkan tirai, merangkap 2011 akan sampai ke penghujungnya.....
Jenjalan utk seisi keluarga dan merangkap sopink time utk ibu hehe.
Walau tiap taun ke sana, namun ada tarikan tersendiri utk kami datang dan datang lagi.
lihatlah kanak2 riang nie... begitu excited kalau berjalan!
Adeeeeh.... komputer nie begitu lembab sekali...cam sipot! rasa nak kerat2 masuk dalam kuali masak kari....
Ok2.... teruskan bersabar dengan kelembapan ini.
Alkisah kami duduk di one hotel E@gle.....
Cari punya cari secara online...ini saje hotel yang available dan agak mahal a.k.a mahal.... my sugar daddy setuju, maka kami amik la hotel nie. Kalau ikutkan dia, nak amik yang lagi satu tu..lagi gaban punya mahal!. Aku tak setuju sebab membazir betol, baik la i yang sopink hehehehe.....
bila keluarga makin bertambah... maka kena la tambah katil agar selesa
Bagi aku nie ha... harga utk hotel nie, boleh dapat yang hebat di KL. Cam aritu, duduk di swiss pon lagi murah 100 dari yang ini. Mungkin peak season aku amik bilik nie mempengaruhi harga. Kedudukan hotel yg betul2 bersebelahan airport dan exhibition centre juga mempengaruhi. Aku tak dapat bayangkan harga hotel nie time LIMA. Mesti cecah seribu!
Utk kualiti hotel nie, aku bagi 2 setengah jek haha suke ati aku jek nak bagi cenggitu. Dengan enterior design yang hancus, ala kadar jek.. mungkin masa tu takde designer yang hebat. Dengan lantai yang macam tepi kolam. Aku rasa, masa hotel nie dibina, tukang yang bekerja adalah yang langsung tidak mahir. Utk bilik air, agak besar. Ada bathtub dan separate shower space. Gambo tak amik sebab biasa aje takde yang mengujakan. Swimming pool pon biasa jek, takde yang special utk kanak2.
* Langkawi 2011*
Cool huh selipar jepun ibu!.. dah dekat 2 tahun menggunakannya.
Beli kat sakan masa ke cameron tahun lepas.
Sangat selesa....dan ada aku kesah hihi... janji selesa berjalan dan tidak penat sgt.
Sangat sesuai utk menaiki feri dan jungle tracking di gunung mat cincang utk ke sky bridge.
Okeh, kenapa aku hangin sangat dengan hotel nie?? sebab kaki aku nie sensitif, sangat2 sensitif, akan pecah dan luka2 bila pijak lantai yang macam kat gambo slipar tu. Gambo tu dalam bilik ya....bukan kat tepi swimming pool. Patut ke??????? Dahlah pecah2 yang ada nie lom baik2.
Nak taknak kena la sarung sliper yang diberikan 24 jam, dan tak sesuai utk aku yang bergerak laju.
Cuba korang tengok kualiti pembuatan lantai tu, dahlah pakai tiles yang utk garrage/pool....
Jarak antara satu sama lain besar2 jari telunjuk aku nie ha...dahla tu tajam plak tiles tu sebab susun jarak2 dan bertekstur... huh! sungguh menjengkelkan!
By the way... ada pro & contra...
Bila bersebelahan dengan airport langkawi.... maka dapatla kami tengok kapal terbang duk kuar masuk airport.....tapi tak bising sebab run away kat bahagian lain.
view dari bahagian lift tingkat 5 yang kami duduk.
Pasti seronok kalau time LIMA.
Tapi sanggup ke nak bayar seribu semalam??? emmmmm
Bebel punya bebel pasal hotel, lupa plak nak state tarikh kami ke sana.
Kami bertolak pada jam 11.30mlm pada 22 haribulan menaiki keta dan tiba di pulau langkawi lebih kurang kul 12tgh pada 23hb nya....setelah menaiki feri selama 1 jam setengah dari kuala kedah.
Perjalanan kali ini agak slow sebab mr suami penat kerana bekerja pada 22 hb tu..dia cuba bertahan drive dan banyak kali berhenti sebab mengantuk. Bila dah tak boleh tahan, dia menyerahkan stereng dan pedal kepada aku.... Aku selaku co-pilot mengambil alih.
Now dah kat rumah dengan penuh kelembapan sebab nak relax haha penat berjalan!
Sambil mengambil masa yang lama utk menaip n3 dgn memasukkan gambo2 yang perlu di edit dahulu.
Kalau space besar sangat, lagi lembab nak download!..jadi edit dulu.
Tutup dulu pasal hotel. Meh kita jenjalan pulak!
&&&&&&&&&&&&&&&&&&%%%%%%%%%%%%%%%&&&&&&&&&&&&&&&&&
Langkawi Cabel Car...
Entrance.
Anak2 begitu excited nak ke sini, sebab nak feed rusa & naik cable car.
Jadi, ini destinasi pertama kami.. pada 24hb Disember 2011 (Sabtu).
ada aje yang nak menyelit....tak penah nak berpeluang gambo berdua
2 jenis jambatan....jambatan gantung dan jambatan konkrit.
Try dua2.
Feeding Time. Arnab dah takde. Tinggal rusa jer..
kasi makan sampai kenyang2 yer.
wajah keseronokan terpancar di wajah anak-anak
Lepas feeding rusa, cable car pulak...
Manusia punya ramai daaa..... beratur cam nak rak....nasib baik suami sabar. Kesabaran dia beratur membawa kami ke puncak gunung...
Hampir 2 jam beratur!. Dari bawah dah berbelit2 laluan cam ular.
Kat atas bangunan tu pon berbelit2 jugak cam ular....
Cuti umum oh cuti umum..
omputeh dgn pakwe dia skali dalam cable car kami
ini kami berempat. Again and again naik cable car ni.
Semoga setiap yang naik sky cab nie selamat. Amin.
Dah sampai atas, pasti lah nak pegi ke sky bridge kan... jom ke sana!
ada budak menyorok belakang ibu!
aksi hindustan ever!
mesti nak duduk kat sini
kami keluarga bahagia
duduk jap posing
dah jom turun....
Lom abes lagi.... seharian menghabiskan masa di sini....
Mari kita riding pula..... Horse Riding....
bersama zorro malaysia bawa kakak pusing2 kawasan
posing dulu dengan ibu
adik muhd syiok sesangat sampai mintak nak naik berkali-kali.
Tapi ibu dah takmo layan....penat wooo.
Bila dah penat, hari dah menjangkau ke petang...perot pon lapar.....
Jom makan!
ini ibu punya....masyaAllah! sedap giler time lapar2
Ikan pari asam pedas.
adik muhd punya makanan rasmi, nasi ayam. Sedap gak!
dua mee kari utk ayah dan kakak. Sedap jugak!
desert, banana split. Nyummy!
Pendek kata semua sedap!... Tambahan sebab perot lapar.... tapi memang sedap.
Kat kopitiam. Saya syor tempat ini.
Okeh..... dah panjang lebar....
Adios amigos....life goes on.....