Monday, December 19, 2011

Hujan Oh Hujan....

Salam frens.

Hujan dari semalam...namun hari ini berterusan dari pagi tanpa tanda teduh.
Kain baju sudah bersidaian belom kering2.
Bagi ibu bapa yang punya anak ramai pasti pening dengan baju yang belum kering berlambak-lambak.
Bagi yang punya Dryer pasti tiada masalah, namun pasti pening bila melihat bil letrik yg tiba.

Tak apalah...air itu kan rezeki. Berdoalah ketika hujan....insyaAllah akan diperkenankan.

Bila hujan dan terus hujan....pergerakan aku begitu lembab....
Lembab dan malas!

Bila dah malas, ditambah-tambah lagi dengan sejuk.....
Kerja-kerja menembam pon bertambah-tambah.
Tido dan terus tido.....adehhhhhh.....

Arini korek-korek lagi stok yang ada di dapur.

Ini hasilnya. Spagethi bolongnes (jawa sikit haha).


Sorry kepada asmida sebab keluarkan gambo makanan lagi...next year kita diet eh kihkihkih.... aku diet arini... ini saje yang aku masak arini. Tak makan nasi hehehe....tapi aku makan durian 4 ulas heeeee....
Spagethi ni cukup mampat..... a.k.a masakan orang malas hahahaha.....

Spagethi ini telah dimelayukan.
Tumis lada kering dulu baru masukkan daging.

Harta karun wajib banyak.
Version kali nie masukkan harta karun :-
  • Meatball
  • Sosej ayamas chicken mushroom
  • Button mushroom
  • Daging hancur Ramly.
Aku gunakan sos pregro fresh mushroom.

Cara masak spagethi stail melayu :
Tumiskan bahan tumisan sehingga garing (lada kering, bawang merah, bawang putih dan sedikit halia).
Kemudian masukkan daging hancur sehingga daging masak.
Masukkan sos spagethi.
Masukkan bawang besar dan tomato yang didadu halus.
Setelah tomato betul2 sebati, baru masukkan harta karun yang lain seperti di atas.
Garam, gula dan perasa mengikut citarasa masing2.


Apabila menggunakan tumisan lada kering, spagethi akan lebih sedap dan tidak terlalu Italy heee....
Mengikut testimoni rakan-rakan, mereka yang tak pandai makan spagethi ini akhirnya makan dengan selera apabila spagethi ini telah dimelayukan. 

*********###########**********

Kredit to My Hubby... TQ3 sebab merealisasikan hasrat saya pada hari ini.
Saya dapat barang yang semalam saya idamkan!
Seronok tahap gaban! Harga pon dari rendah dari semalam.
Syukur ya Allah.

3 comments:

Effi Rahmat said...

cuaca memang hujan sahaja di sana.. emak aku juga kata begitu.. tapi bagus juga supaya banyak habuk termendap.. dan ramai emak² rajin.. memasak dirumah... barulah banyak sikit resepi diupload.. hehehe..

Asmida said...

he he hehe... spagethi x per.... x gemuk dgn cepat jika pandai memasaknya....

Cikgu Nana said...

kihkihkih korang nie....

adehhhh mama oiiii.... itu ngko yang rajin masak...aku nie pemalas semulajadi.... cipan punya malas huuuuu.....

as....sape cakap tak gemok? kalau makan 3 pinggan camno? hahahaha....tapi tak la aku makan 3 pinggan, smalam sekali, pagi tadi lagi skali.....

Arini aku makan banyak!
Pagi spagethi, kul 3 nasi 1/2 pinggan, pastu murtabak 2 potong, pastu nasi lagi 1/2 pinggan.
Habessss la diet kita as! huuuu....