Ampunkanlah kalau saya asyik2 tayang makanan.
Especially kepada yang nak berdiet hahahahaha....asmida, camne la aku nak berdiet. Dah namanya ibu dan isteri nie, masak memang tak boleh mengelat. Mengelat banyak mana pon, akhirnya memang kena masak. Tak kira lah, seminggu sekali ke dua kali ke...banyak2 kali ke... Bila dah masak, makan la pulak kan... Karang takde pulak istilah makan berjemaah....:)
Kalau dulu aqilah masih baby, saya memang kurus. Lebih kurus dari anak dara. Slim ramping. Tak caya? berat saya masa nikah, 54-55kg. Dah beranak 1 berat saya cuma 51-52kg. Masak sehari sekali. Makan cuma waktu petang sahaja. Itu duluuuuuuuuu....Sekarang? usah ler tanya... baju2 semua banyak yang dah tak muat! Kalau nak pakai jugak? Bertepelantinglah butang2 tercabut kihkihkih. Kalau berjalan, bergegar bumi hehehehe......
Bila anak2 dah mulai mengenal erti lapar tak sudah2.... mengelat macam mana pon, tetap tak boleh jugak. Bila anak lapar....terasa aduuuuuh teruknya aku!.
Bila dah makan...aduuuuuhaiiii seleranya bukan main.
Maka.......... berat pon mencanak-canak ler naik!.
Dah, lari topik pulak. Mana resipinya????
Ini ulang tayang sebenarnya.
Duluuuuu pernah masukkan kat blog lama. Dah delete.... kenaaaa la taip semula.
Ini adalah request dari kawan kita jugak.... si N zahrom.
Masa makan kat rumah time raya aji aritu, dia kata sodap.
Dia nak resipi.. Baru nie ler tertaip resipi nie.
Gambar yang ditayang adalah gambar backdated iaitu semasa jamuan akhir tahun skolah..potluck cikgu2 petang. Ramai yang minta resipi. Memang sedap. Sebab kali pertama rasa, saya terus tanya resipi dan semenjak itu, saya pasti akan masak masakan ini tiap kali raya. Jiran yang saya bagi rasa pon memuji2 di fb kata sedap!.
Nama makanan ini ialah Sambal Pengerang. Ada yang panggil Sambal Pengantin. Ada juga yang panggil Sambal Goreng Singapore. Apa pun nama dia, bendanya adalah sama aje!.
close up sikit, biar jelas camne rupa dan gaya makanan ni.
Resipi :
-Harta karun-
Daging lembu (saya guna batang pinang) - potong kecik2, rebus sampai empuk.
Paru lembu - rebus, potong dadu
Hati lembu - rebus potong dadu
Pedal ayam (optional, kalau tak makan...toksah la masukkan) - rebus, potong dadu.
Ratio / nisbah harta karun di atas, kalau saya gunakan sekilo daging, saya gunakan sekilo paru, sekilo hati lembu dan pedal ayam skilo gak.
TETAPI... bergantunglah kepada anda nak gunakan berapa banyak...agak2 la....kalau 1/2 kilo, maka 1/2 kilo la setiap satunya.
Kalau nak tak sama nisbah pon ok saje, tetapi jgnlah terlalu berbeza nisbahnya macam bangunan daya bumi dengan bangunan pejabat pos hehehehe.... tak balance karang.
# Bahan2 di atas, dilaksanakan secara berasingan. Kemudian goreng, agak2 la kadar gorengan itu, tidak terlalu keras dan tidakla lembik lagi. Goreng pon berasingan kerana kadar kematangan tak sama.
Bahan Rencah :
Lada kering
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
~ blender bahan2 di atas. Berapa banyak bahan di atas, terpulang kepada si tukang masak utk membalancekan dengan harta karun yg nak dimasukkan. Agak2 la.... saya pon tak tau nak decsribe kan berapa banyak nak pakai sebab tak pernah timbang lada kering tu berapa gram. Pandai2la yek, macam nak masak merah.
~ dah blender, tumis bahan rencah di atas sehingga masak lada tu. Biasanya saya akan tambah sebatang dua lagi serai yg diketuk ketika menumis lada tadi.
~ Agak2, bila lada dah nak masak, masukkan pula udang kering. Udang kering pakai banyak, dalam segenggam dua. Tapi itu mengikut kadar berapa banyak harta karun. Udang kering nie seketol-seketol. Tak payah potong/blender. Masak lagi lada tadi sampai betul2 seronok kita tengok gabungan semuanya itu. Udang kering biasanya saya pakai yang gred A, import dari sabah. Kalau kat sini, carilah yang molek2 sikit udang kering tu.
~ Dah mesra semuanya, baru lah masukkan harta karun.
~ Kemudian, masukkan santan. Santan nie, macam masak rendang. Tapi saya belasah saje, yang pekat dengan yang tak pekat, kalau ratio sekilo sekilo, saya pakai 2 biji kelapa. Pakai santan kotak pon ok jugak, pakai 2 kotak. 2 biji kelapa tu betul-betul 2 biji taw. Bukan yang dah timbang tu....tu sikit. Yang real parut sebiji kelapa. Masak sampai agak2 kering kuah tadi tu...(sebijik cam masak rendang cara keringkan santan nie). Kadar kekeringan / lembab2 sambal pengerang ini tadi, suka ati anda lah nak macammana....ikut selera masing2. Saya biasanya tidak terlalu kering. Cam kat gambo atas tu ler.
~ rasa kan garam, gula, dan kalau nak letak perasa pon boleh. Tapi santan tadi dah cukup lemak.
Perhiasan :-
Guntingkan lada kering halus2. Cam bunga rampai. Cuci, toskan, goreng. Semangkuk sedang, biasanya saya wat lada rampai nie.... agak2 la yek....Penyediaan lada nie biasanya pada awal2 persediaan memasak. Sebab lada nie goreng. Jadik, sekali la goreng harta karun tu, lepas tu goreng lada nie pulak.
Bawang goreng.
Saya biasanya tak pakai pon bawang goreng tu.
Perhiasan ini dimasukkan ketika sambal tadi dah nak masak.... lebih kurang 5-10 minit la biasanya saya biarkan perhiasan itu mesra bersama sambal tadi.
**********************####################*************************
Agak menguji kesabaran dan ketekunan utk wat sambal goreng nie.
Tetapi hasilnya memang puas hati.
sedap dimakan bersama lontong atau ketupat
SELAMAT MENCUBA
3 comments:
owwhhh.. yana... kalau ko nak tahu ini feberet aku... 'Sambal Jawa...' kalau aku nak, aku mintak adik ipar aku yg dok Pengerang tu buatkan.. (tapi mak dia yg masak).... maka, sama jer lah.. coz resepi yg hampir sama.... sambal nie kalau jumpa kat keje kawin habis aku ngadap buat ratah jer.... ho hohooooo..... TQ share resepi.. nak jugak... coz x pernah buat pun...
Hehe.... Semenjak first time rasa, aku terus suka. Best!
Wat la as... Anto aku sikit hee (gurau! Karang ko pening kena anto umah aku hahaha)
aku suka wat time raya, mkn dgn lontong. Pasti rendang akan dilupakan heeeeee
Betul2... tapi menu nie belum pernah miss kalau mak mertua aku buat keje kawin... wajib ada... kami semua sangat2 suka... keluarja belah aku jer kurang pandai makan menda2 nie... he heeee
Post a Comment