Saturday, December 3, 2011

Lawatan ke i-city

Teruja nak cerita pasal i-city...

Baru 1st time sampai....berbanding petrosains dan aquaria....
Jadi entry ini masuk dulu....
Kami sampai petang, hujan lebat sepanjang jalan.....berdoa agar hujan berhenti...jarak perjalanan mengambil masa driving lebih kurang 45 minit dari hotel kediaman kami dengan mengambil kira hujan dan jem.
Sampai di sana, berpusing2 juga mencari di mana snow walk...walhal di bawah itu saje. Almaklomlah hujan, bawa dua orang kanak2 nie....pencarian itu mengambil masa....dan bermain hujan!

Layan snow walk dulu kerana sampai petang, replika2 pokok.....dan segala macam kelihatan tidak menarik langsung ketika siang....

comelnya budak nie...

al-kisah, kami cuma bertiga sahaja.....mr suami bekerja huks!

jom main gelongsor!

anak-anakku

gembira sungguh anak2

enjoying

igloo

seperti betul2 di salji haha...

Okeh....sebenarnya puas cari angle yang cantik utk amik gambar....hampeh sebenarnya tempat ni. Umpama  masuk dalam peti sejuk....pastu ada pecah2an ais yang hancur di kaki...pastu licin. Berdebek 2 kali!. Adik muhd tersungkur 2 kali. Kedudukan tempat nie kat bawah tempat parking keta. Sungguh tidak patut apabila syiling tidak di cover. Ada beberapa kawasan yg baru nak ditambah. Overall, boleh laaaaaa.....daripada takde....hukhuk....nak pegi london belom mampu..layan salji buatan pat icity pon ok la...banyak2 bersyukur.

Selesai di peti sejuk salji ~ haha poyo...hari dah malam. Lampu2 dah dihidupkan....
Timbul masalah lain pula....camera beku!...lens berkabus....sejam jugak nak kembalikan lens. Banyak habis energy kat sini berlawan dengan emosi. Banyak miss kawasan yang boleh shoot kerana anak2 dah penat...masing2 dah wat suara2 pelik yang tak kuasa nak dilayan huuuuu









Di kawasan lampu2 ini, banyak kawasan yang minta duit ....minta duit utk main-mainan kanak2....ada ketapi, ada swing boat, ada sky rail....dan beberapa lagi. Tidak syiok kerana dah penat dan hanya kami bertiga....
Penatnyaaaa....ya rabbi!. Ok..dah lepas hajat anak dara saya nak gi tempat nie....dah lama dia berhajat, banyak kali dah ke KL tetapi tidak berkesempatan nak ke sini. Syukur, kami selamat pegi dan balik....risau gak memalam hanya kami bertiga dalam keta....sampai hotel kul 10.45pm dek kerana jem melekat kat jalan.. Alhamdulillah..selamat sampai.

Adeeeeeeeh...sakit badan makcik! terpeleset cam nangka busuk dua kali!...demi anak2ku....


2 comments:

Asmida said...

Bagusnya Yana.... tabik lah kat ko leh bwk anak2 jenjalan kat KL... kalau aku mau dok otel jerk.... ko mmg kuat!... cuba juga nak jadi sekuat ko gagah dlm apa juga kerja yg dilakukan.. he hheeeee...

Cikgu Nana said...

Syukur...bolehla sikit2...
Dah terbiasa, akukan slalu ikut time suami keja.
Jadi, memang kena jln2 sendiri....Kalau tak, kesian anak2.
laki aku slalu balik dah penat, kena kuat cam rimauuuuu heeeeeee