Ini yang telah ditaip pada jumaat lepas :
Hari ini berakhirlah sessi persekolahan 2011 bagi murid-murid...
Ada perasaan gembira bercampur syahdu di hati saya sebagai seorang pendidik....
Gembira kerana tamatlah sudah tahun persekolahan bagi tahun ini.....walau harus meneruskan hari bekerja sehingga 25hb nanti....
Sayu apabila murid-murid tahun 3 saya akan melangkah ke tahun 4...
Lagi bertambah sayu pabila mengenangkan anak didik saya yang masih belum menguasai membaca dan menulis walau sudah mahu melangkah ke tahun 4 tahun hadapan....hampir menitik air mata saya ketika mereka bersalaman dengan saya.....dan hanya kata-kata nasihat yang dapat saya sampaikan agar mereka lebih berusaha untuk rajin membaca dan menulis....
Itu kisah anak didik saya....
Namun ada juga kisah yang membuatkan hati saya sebak...entah mengapa, hampir juga menitikkan air mata saya, ini pabila saya membaca ayat di bawah :-
Dah 2 tahun mama menunggu.... bila masa anak mama nak naik pentas macam anak Cik Yana... Aqillah....
Betul2 tersentuh perasaan....taktau nak gambarkan...tapi ada sayu di hati.....
Kenapa saya sayu....? Kerana tidak semua indah belaka....
Kalau dulu..waktu dia tahun 1, saya adalah ibu yang bertanggungjawab.
Saya akan berusaha mengajar dia di rumah tatkala peperiksaan menjelang.
Ada ketika, waktu peperiksaan sekolah agama. Walau ketika itu, saya warded di hospital (sewaktu kompilasi mengandungkan arwah baby iman)....saya berusaha berlakon seolah-olah saya sudah sihat agar dapat discharge dari ward. Ya, Dr benarkan saya pulang, kerana lakonan saya berjaya....dengan bersiap-siap mandi dan mengenakan sedikit solekan, wajah saya nampak begitu meyakinkan bahawa saya sudah sihat!. Waktu malamnya, saya berusaha mengajar anak perempuan saya itu bab-bab yang masuk dalam peperiksaan..Walau pada ketika itu, darah yang keluar sudah tidak tertahan lagi.....Seusai saya mengajar anak perempuan saya itu, saya bersiap-siap pula untuk ke hospital kembali kerana darah yang keluar masih tidak mahu berhenti....pukul 11 malam saya warded semula :(
Sekolah kebangsaan juga sama....saya adalah ibu dan juga guru di rumah....
Sewaktu itu....bukan setakat A yang kami kejar....tetapi markah 100% yang kami kejar...
Seronok ketika itu....apabila usaha berbaloi....
TETAPI....untuk tahun ini....
Untuk saya memberi tumpuan 100% kepada anak perempuan saya itu sudah tiada lagi...
Adik muhammad sudah sekolah K1...cabaran mengadap anak berusia 5 tahun yang baru hendak belajar memegang pensel....cabaran mengadap anak yang enggan menulis.....cabaran mengadap anak yang sering kerja sekolah tidak siap....dan cabaran inilah, membuatkan tumpuan saya terpaksa dialihkan 100% ke anak yang baru mengenal erti persekolahan.....
Betapa saya mengabaikan anak perempuan saya itu....kerja sekolah sudah tidak tertengok....waktu-waktu peperiksaan juga sama....
Meletak 100% kepercayaan kepada dia, saya tewas rupanya....Jawapan yang diberi "tiada kerja sekolah" rupa-rupanya hanya sedap di bibir yang menyebut....
Tetapi, apabila sudah hampir setengah tahun berlalu....saya menyelak buku-buku latihan anak ini tadi...betapa kecewanya saya apabila tiada satu pun kerja yang usai!....ada sahaja yang tidak lengkap dan tidak dilengkapkan!....waktu ini, seolah-olah dirasuk syaitan...saya mengamuk dengan teruknya....terasa diri ditipu...jawapan 'sudah siap & tiada kerja sekolah' hanya palsu...
Sehingga menggigil tangan anak perempuan saya, pabila saya memberi habuan hanger bagi setiap kerja sekolah yang tidak siap.....habis saya lempar-lempar buku-buku tulis....
Silap saya juga....ya silap saya juga kerana mengabaikan dia.....
Waktu peperiksaan juga sudah jauh berbeza....ada ketika dia merengek minta saya mengajar seperti tahun sebelumnya...namun saya gagal....gagal memenuhi keinginan dia, kerana tumpuan lebih kepada adik muhammad yang bertimbun kerja sekolah yang perlu di siapkan!
Dengan pendapat "kakak sudah besar....kakak buka lah buku sendiri". Harapan agar si anak belajar sendiri kerana dia budak yang pintar.
Maafkan ibu nak....ibu gagal memberikan tumpuan yang sama rata...
Ibu kalah dengan perangai adik yang liat untuk menyiapkan homework, ibu kalah dengan adik yang selalu melawan apabila menyiapkan homework....ibu kalah dengan adik yang sering enggan ke sekolah apabila homework tidak siap....
Mungkin kerana tiada tumpuan inilah.....Aqilah sering enggan belajar...Aqilah sering melawan apabila diminta mengulangkaji pelajaran walau esok adalah hari peperiksaan....
Apabila enggan....apabila kurang usaha....apabila tiada keinginan untuk berusaha,
Maka jawapannya.....keputusan adalah seiring dengan usaha yang diberikan.
Sekolah agama....walau sudah berjaya merebut tempat pertama pada ujian akhir sebelum peperiksaan....Aqilah kecundang untuk merebut 3 tempat pertama sewaktu peperiksaan akhir tahun....Dia berada di tangga ke empat...tahun depan, ibu tidak la menghadiri majlis anugerah cemerlang sekolah agama kerana anak ibu tidak mendapat 3 tempat terbaik.... ada kecewa di hati ibu... kerana pada kakak lah ibu sandarkan harapan... kerana kakak adalah anak yang pintar.
Ibu harap...agar tahun hadapan, anak ibu akan lebih berusaha dan ibu akan menjadi lebih bertanggungjawab...kerana ingatlah sayang "Allah hanya akan memberi atas usaha yang dilakukan"
Juga A bagi Agama dan Arab.....
Namun, markah 100% nampaknya seakan sukar untuk di gapai.....
Peratus ada menunjukkan peningkatan yang sedikit....tidak sampai 2%.
Matapelajaran agama dan arab menunjukkan markah yang sedikit...tidak jejak 90.
Matapelajaran lain 90% ke atas.....Persaingan hebat, dari no 3 peperiksaan setengah tahun, menjadi no 9 utk akhir tahun.
Walau apa pun...tahniah untuk anak ibu Nurin Aqilah... perlu tingkatkan usaha lagi untuk mencapai kecemerlangan dunia akhirat.... Apa pun, ibu perlu bersyukur...kerana anak ibu merupakan no 9 dalam aliran...bermakna no 9 dari 372 orang murid tahun 2. Tahniah lagi sekali, ibu sepatutnya lebih banyak beri dorongan...perjuangan masih jauh....
Maafkan ibu sayang...semoga esok lebih baik dari hari ini....
3 comments:
terkadang kita terlupa.. terkadang kita terabai.. perjalanan masih jauh.. masih ada kesempatan yang diberikan-Nya.. kuatkan semangatmu wahai teman... kita baiki diri.. aku juga begitu.. dan terkadang aku menyesal.. tapi tidak mengapa.. selagi ada kesempatan, kita cuba yang terbaik.. semoga Allah permudahkan usaha kita.. Amin..
tima kasih mama....
memang banyak silap dalam mendidik anak2...
mudah2an allah membantu diri ini dalam mendidik anak2, kerana kita sendiri memang makhluk yang tidak sempurna....
syukur, sekolah kami memang memberi setiap murid 5A utk naik pentas....insyaAllah, Aqilah naik pentas tahun depan utk sek kebangsaan.....Alhamdulillah, masih ada rezeki dia. Cuma ralat utk sekolah agama...kerana itu ilmu akhirat...pasti banyak yang dia belum master, sebab tu dapat markah yang kurang...
aku selalu lalai... selalu alpa dalam mendidik anak2... padahal examnya bukan pun selalu.. entahlah, aku kena lebih kuat 'may be' dalam mendidik anak2... semalam jumpa N cerita tentang anak jiran dia.. umur 1 tahun dah mula mendidik anak2.. anak 4 tahun dah hafal sifir 12 mengalahkan anak kita yg darjah 2 tue.. perrgh teruja mendengarnya...
Post a Comment