Saturday, March 7, 2015

Kembali Dengan Meroti

Salam ukhuwah salam 1 Malaysia...

Lama betul tak bersiaran.
Hampir lupa bagaimana nak tulis post hahahahaha... syadis...

Kembali dengan MEROTI

Punya lama x update... sekarang saya cikgu roti..

Boleh ke facebook Cik BuNga

Kelas Roti
RM150 utk Kelas Roti Asas Hands On

Khusus untuk orang-orang Pasir Gudang
JB
Tiram
Kota Tinggi

In shaa Allah anda akan pulang dengan ilmu meroti dan roti2 yang dibuat. Berbaloiiii....





See you! wassap me 0197709626


Friday, February 14, 2014

Mood Membuat Kueh


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lama dah bersawang macam rumah tinggal.

Macam2 dah dilakukan. Tapi bila mengenangkan banyak dosa dari pahala... maka fikir banyak kali nak buat entry.

Cuma kali ini nak share... mood membuat kueh mencanak-canak.
Mungkin hasrat yg lama tertangguh dari hamil, melahirkan hinggalah cik Aisyah agak besar sikit ni.

Nak mula dari mana pon x tau..
Nak edit gambar pon x de masa yg banyak..
Masa itu banyak... cuma teringat nasihat, baca qur'an lebih baik dari mengadap komputer berejam-rejam.. Walau tidak dapat membaca berejam-rejam, sekurang-kurangnya kita tak la mengadap komputer berejam-rejam kan. 

Maka... seringkas mungkin. Dengan gambar main masuk ajer tanpa edit.


Ini masa birthday Aqilah. Saya suka kan sesuatu yang menguji kesabaran. Dan Alhamdulillah saya diberi kekuatan utk menyiapkannya. Sekejapan licin. Dapat dlm dua adunan kalau tak silap. Kira2 200 biji +-. 


Untuk pertama kali, selepas belajar entah tahun bila... cupcakes.. Juga ketika birthday Aqilah.
Hentam kromo aje..masih belum jumpa resipi utk icing yg hebat. Masa ini saya guna krimwell.


Juga yg edible ini... ada 6 ketol aje hihi sbb edible image dah abes.
Diletakkan bersebelahan dgn kek birthday tempah yg sgt2 chantek kejadiannya.


ciskut pon ku buat juga... waduh! betol2 tambah kilogram.


Daaannnn my feveret. tart jepon.
Namun, inti buat sendiri juga yang terbaek. Ini saya guna yg beli dalam tin kat bakery dengan harga 38 ringgit utk berapa kilo ek..tapi byk kilo la. walau dah olah masak semula ikot citarasa sendiri, tetap tak sama dengan yang parut sendiri! rasa macam tobat beli yg segera. byk lagi dlm peti sejuk tu..expired 2015.


eh apa ni? banana ball kata aqilah.
rasa cam banana pancakes katanyer.
belasah aje la naaaak. bekal utk ke sekolah.
Ku hentam sahaja resipi kek pisang bakar.. menjadi banana ball kukus. 


Itu kuih saya buat? oh no no no... tak sempat. Sbb masak menu masa yassin sendirian berhad, maka kuih kena sub kan. Syukur majlis pagi. Dan tukang jual kuih setuju nak buatkan kuih utk saya. 3 jenis itu berjumlah rm30 sahaja...setiap satu rm10. Berbaloi kan.
Cuma nak kata, saya memang suka coklat. Senang nak hasilkannya bagi majlis yg ad hoc... yang kanan sekali tu saya lakukannya pada malam sebelum yassin, dengan adegan letrik mati.
Alhamdulillah dpt siapkan dlm 48 pcs.


waaaaaaaaah... 1st try. Utk majlis pertunangan anak sepupu.
Guna acuan lompang yg terbaik. cuba juga guna acuan cistat, namun x berapa molek kejadiannya.
Ovelet takde, guna sponge cake stabilizer.. susah nak cari ovelet yg ada halal malaysia, kat tesco xde, kat giant takde. Beli kat bakery..tapi yg repack. ku was2, akhirnya ke tong sampah tanpa digunakan.
Apam ini perlu menggunakan warna yang banyak supaya menarik. Ku masih berfikir berpuluh2 kali utk menghasilkan ladybird mahupon angrybird. Emmm, biarlah yg simple2 aje macam di atas kerana byk2 pewarna pon bukan bagus kan..kan kan..
Kehabisan piping bag, ku guna plastik putih yg ada dalam simpanan hehehehe... 


Roti jala macam penggulung rambut kata jiran kampong ku hehehehe...
resipi baru... ku buat 1/2 adunan. Ini kategori kuih ke? hentam saja la labuuu

Resipi Roti Jala

tepung 500g
air : 800 ml atau 2 tin susu
susu manis 2 sudu (ajaran baru)
telur sebiji
sedikit garam
pewarna kuning telur secukupnya.

utk satu adunan yang dia beri...

sekilo tepung
air sebanyak 4 tin susu aka 1600ml
susu manis 4 sudu besar
sebiji telur
1 1/2 sk garam
pewarna kuning.

sgt suka dgn resipi ini
tima kasih kepada yg memberi ilmu.


Fuhh!! lama betol x buat kek choco mousse brownie
last tahun 2011.. sepupu hamil mengidam katanya.
Buat dua buku namun tak terhantar ke umah dia huhuhuuu...
Konon deco la yang pat atas nie... emmm... ke laut pitching nya..

Ini lagi sebuku... dijadikan kek birthday kak izan.
Jiran2 memuji sedap sgt katanyer...
Nak tau cerita kelakar??? rupa2nya yg tahun 2011 dulu tu ku kan pakai dairy whipping cream hahahaha sbb itu la rasa susu terlampau kihkihkih
ini dah betul dah, guna non dairy whipping cream.. sabo ajer la!


Apam aiskrim. waaaah.... entah kenapa apam ini menghantui diriku
teringat-ingat... ingin sangat nak buat. mungkin tgk di fb menjadikan ku teruja nak buat.
sebelum ini tgk kak azlita buat, macam xde perasaan Tapi minggu ini mencanak-canak keinginan.
Alhamdulillah menjadi. Menggantikan ovelet dengan susu manis. Alhamdulillah, walau x selembut kejadian menggunakan ovelet, namun saya berpuas hati. Mencari-cari resipi. Akhirnya follow kak azlita.
Next time, in shaa Allah cuba guna kertas bungkus burger pula. Teringin nak menjadikan kon ini betul2 bulat di bahagian atas seperti kak azlita buat. 



Ok dah.. tu aje. rasa cukup utk membakar semangat anda yang membaca supaya buat kueh hehehehe.... resipi sama aje dgn yg lepas2. atau sila la google dan study. Ada pertanyaan? sila tinggalkan di ruangan komen ya. 

Bersyukur atas bakat yang dikurniakan. Walau bukan sekreatif, se hebat otai2 kueh.. namun, jadik la utk kegunaan sendiri dan selebihnya utk di beri kepada orang lain. in shaa Allah.
Sedikit sebanyak darah yang mengalir di badan emak... tumpah juga ke darah ku. Apa punya quote la nie... pendek kata, minat mak turun jugak ke anak dia yang bernama aku nie ha... cuma mak version zaman dolu kala... ku version kuih zaman ini.

Rasanya mixer ku itu cam kecik aje kan... nak uli roti pon x kuat rasanya...
Wahai suamiku tercinta... annyversary kita dah dekat dah nie...
ehem ehem ehemmmmmmmm..... nak mixer yang sehebat kenwood mahupon kitchen aid boleeeh???? heehehehehe.... selera buaya betol! tak agak2 jenama...
Alaaa ye la kan. Alang2 membeli, biar puas ati la kan... senang nak membaking.

tengok nie...mixer hadiah kawin kita nie dah x boleh menampung kapasiti kueh yang adinda buat.
Bowl yang come together kecik la.. nak guna bowl besar.. kena gantung ler ek...see see see
(dengan nada sedeyy dan buat muka kesian hihihi)
sabo ajek la isteri2 zaman sekarang... ada ke cenggini gaya!

Sekian wassalam.




Tuesday, December 17, 2013

Musim Pertambahan Usia

Assalamualaikum.

Hujung2 tahun ni adalah musim menambah usia.
Alhamdulillah atas usia yang dikurniakan.
Kalau kita, Allah tambah usia sebagai peluang untuk bertaubat kepadaNya.

Bagi yang kecil.. Allah beri peluang untuk membesar sebelum menerima amanahNya sebagai khalifah di muka bumi ini.

Cerita2 yang dah berlalu..
Outdated.. cuma sebab masa tu lappy xde yg boleh di operate maka senyap aje la kan.

Memula birthday Aisyah..


Macammana nak celebrate birthday budak nie ek?
Usia setahun..

Ada orang buat besar2an.. tapi bagi aku, baby ni tak tau pon nak hargai majlis yang meriah itu.
Maka do our style..

Kek? Aisyah tak reti nak makan kek.
Biasa, kat umah..kek akan tak abes...selalu macam itu. Sampai 2 minggu kat peti ais..
Maka.. ku wish nak beli yang kecil dan kiut utk aisyah.

Sementara tunggu ayah balik keja..kebetulan ari jumaat balik cepat (lepas ni dah takde previllege jumaat masuk lambat balik cepat huhuhuhuuuuuuuuwaaaaaaaaaaa)

Kami (ibu, kakak, abang dan aisyah) bekejar ke jusco permas. Dlm kepala, macam ada secret recip kat situ eh.. dalam pasti tak pasti. Sampai gak kami ke sana.
Bila masuk dalam...eh, xde laaaaa. Kedai kek lain yang xde pengesahan halal.
Tetapi... jumpa kedai eskrim heehehehehe
Kedai eskrim yang ada kek eskrim.

see see special kan
kecil comel cam tuan punya birthday

masa beli kek nie, ada dua lagi yang lebih birthday..
dapat eskrim jugak!


See see... makan la naak.. zaman ibu dulu xde.
Ibu siap tanya sijil halal depa hahahaha..
dah nampak baru ibu tak was2 membeli.

birthday girl nak amek kek.. takmo kena pegang

Anak ibu dan ayah, adik kakak dan abang turns one !
moga diberkati menjadi anak yang menyenangkan hati
diberi kesihatan yang baik.. dikurniakan segala kebaikan dunia dan akhirat.
Kami semua sayang Aisyah. So much.


xde aktiviti makan-makan.
ayah balik kl dah penat.
pastu tgk ape ntah kat tivi.

malamnyer ayah layan ibu gi pasar pandan.

Hadiah?
Ibu pon x tau nak beri apa.
Rasa yg kawan2 ibu beri idea kat fb tu semua aisyah dah ibu berikan.

Ibu jalan2 dgn kakak gi tesco.. ibu jala nie utk aisyah.

rumah dalam rumah
but seems kakak lebih excited dgn rumah nie hahahaha.


see see.. dia letak kat bilik dia hehehehe


Ok.. sekian, wassalam.


Wednesday, December 11, 2013

Hupdate Hape Ek?

Assalamualaikum...

Baru lepas melawat nagoya.. muahahahaha..
Ada dua nagoya, satu nagoya textile..satu lg nagoya yang enot dan ayun pergi tu.

Masya Allah.. subhanallah... sangat shantek ciptaan Allah.
Sungguh bertuah dua sahabat ini terpilih ke sana.

Nak amik gambar atas gambar boleh? hihihiiiii... nak save tak boleh.
Sangat cantik!

Emm.. aku?
In shaa Allah jika diizinkan.

Entah ke mana ek?
Nak ke bandung pon tak ter pergi...
Air bandung.. mee bandung ada ler kan kan kan...

Bila nak berjalan nie, tokleh tinggal anak.
Nanti asyik2 sebut anak.
Tengah makan sebut anak... itu ini sebut anak..
Huuuuu tensyen!. Bukan tak sayang anak.. tapi sesekali enjoy berjalan tanpa gerabak berderet apa salahnya kan kan kan... itupon aisyah pasti wajib dibawa. Mana boleh tinggal si kucit chumil itu.

Anak2 ok ajer...
Muhd siap kata boleh3... tinggal umah nyai dengan embah.
Kakak aje yg kdg2 kata nak ikoooot. Tapi masih boleh dipujuk.
Ye la.. kalau setakat ke bandung tu... agak2 apa yg budak2 ni boleh enjoykan?..Lainlah kalau ke gold cost australia tu kan kan kan.. ataupun golkos morib puuuun hokey jugak.

Bali? Ho ci min? Bangkok? Emmm.. lain kali la.. duit nak pakai banyak.
Duk aje la diam2 pat umah. Dah, close case.


Emm..
Urusan yang dah begitu lama itu lom selesai lagi.
Aku dah seakan lelah...
Dunia oh dunia...


Wassalam.

Monday, December 9, 2013

I'M BACK!!!

Assalamualaikum...

salam..salam..salam..

testing testing testing....

hehehehehe.... setelah hampir 4 bulan offline sbb xde pc. Eh 4 bulan ke? kalau kira nama bulan kira 4 la kaaan hihihi
nak pinjam pc org tu byk sangat tapisan keselamatan : akta keselamatan dlm negara.

By the way kredit to en.suami atas hadiah birthday ini katanyer.



Terima kasih atas hadiahnya...
No buruk siku taw... ini ayang punyer harharhar...

wassalam.

Saturday, September 28, 2013

Us in USS

Assalamualaikum...

Blog ni dah jadi macam blog jalan-jalan pulak ek...
Tapi takpe la kan, nak tunggu kita pegi cuci gambo...entah tahun bila la kan.. nak tgk gambo, korek2 la kat belog ibu nie ha....Ada la sikit2 yang ibu kongsikan....tu pun dah kerat2 jadik kecik space supaya senang nak huplod kat belog.

Kadang2 even2 yang kita entry kan, menjadi rujukan pada masa akan datang. Contohnya, ada parent tanya macammana karnival jom beli aka hari kantin.. camne nak jawab ek? sbb ceritanya panjang. Maka ku korek2 entry yang pernah buat suatu masa dulu...Klik  KAT SINI hah baca la sendiri yek. Parent skarang ni wataps aje... moden.

Anyway.. apa kaitannya dengan entry kali ini?
Emm, sebenarnya nak cerita pasal gi US$. Yang pakai SD tu... mahal weh tiket dia.
Dek ihsan Mr Ayah yang budiman, kesian tengok anak2 asyik kumpul katalog Legoland yang dijumpai di mana-mana lah... maka U$S menjadi pilihan kerana anak2 pasti gembira di sana.

Kami pegi sana pada isnin lepas, (isnin bila? 2 minggu nak siapkan entry ini..isnin hari malaysia hokeh)  sempena hari cuti umum. Ingatkan tak ramai, tetapi jangkaan meleset, jem ketika pegi di imigresen sana, balik lagiiiiiiilah terok kat imigresen sana.

Walaubagaimanapun, tabahkanlah jugak hati kerana pekerjaan mr suamiku sekarang ini betul2 susah nak cuti, tahap Mr President gamaknya. Dapat pegi ni pun dah syukur sangat-sangat. Ye la, kita kan seberang tambak ajek kan...looooom sampai2 walau selalu juga masuk sana ziarah keluarga (sebelum ini, sekarang dah sampai la kan). Orang yang seberang laut cina selatan tu pun dah sampai.

Sebelum kongsi pengalaman kat sana, saya kongsikan tips di bawah.

Tips mengurangkan perbelanjaan di sana :


 

  1. Sila beli air mineral, air apa-apa lah yang seisi keluarga anda suka. Kerana apabila di sana..nama sama iaitu 100 plus, namun harganya SD2.50. Bila ditukar ke RM? kali ajek la yek sendiri. Manakala di negara sendiri, botol yang kecik2 500ml tu boleh didapati dengan harga rm1.69 kat te$co. Oleh kerana masa F1 dulu pernah ku rasa mengeluarkan SD2.50 utk 100 plus, maka kali ini ku bekal baaaanyaaak-banyak air. Lain kali 100 plus lagi banyak2 ek, sbb tu paling sedap bila dalam keadaan penat. Daaan masa kat dalam uss tu, aku dengan eksennya tak beli air pon hehehehe...sebab aku bekal banyak yek, banyak tahap 10 botol pon hado.
  2. Bawa bekal makanan yang mudah nak di bawa dan nak di makan. Contohnya ayam goreng, nugget.. sandwich.. mee goreng ke apa2 la. Bungkus dalam keadaan proper nak dimakan terus dan selepas itu dibuang bekasnya. Kat sana ada yang halal... tapi harga??...nasi ayam satu SD15.90 belum tax belum air hehehehe. Oleh kerana kami ni bukannya kedekot, kami nie nak jimaaaaaaat.... kan nak buat rumah banglooooooooooo (uhuk uhuk!!! tersedak pulak). Duit utk makanan boleh pergi kepada survenir kan. Kan bawa anak-anak..pasti mereka nak sesuatu ataupun satu pun jadiklah... walaupun satu tuuuu bila dah tukar kepada rm, menjadilah berganda-ganda-ganda la kaaaaaaaan.... maka mahal la tu kan kan kan.
Okeh... jalan tegak kepada kat sana... tak banyak amik gambo, tapi sikit-sikit tu ada la... almaklomlah, makcik ni bawa baby...manakala di sana, banyak yang ride... maka memang takde la nak amik2 gambo setiap kali masuk ke tempat2 itu kan. Jadik kalau nak tgk ape yg ada kat sana, silalah mengugel kerana banyak images orang2 lain yang dah pegi ke situ dikongsi dah.

Masa pegi, lampu lom idop lagi kat globe tu, masa nak balik dah idop dah. Tandanya ape?
Tandanya lamaaaaaaaa sangat kami kat sana, sampai dah kepada waktu nak tutup dah..

Daaaaaaan seperti biasa, rancangan nak awal-awal seawal waktu buka kami dah sampai... belum mampu kesampaian sebab, amaaaatlah terurus pengurusan masa ku... ye la, nak bekal makanan sikit-sikit tu, nak itu la nak ini la nak apa2 la... sehinggala waktu yang sepatutnya kami sampai, adalah waktu kami baru nak gerak hehehehehe....


 Alhamdulillah, sampai juga kami di sini. Aisyah pun senyuuuum.
Lens camera ada kotooooor!!! ish-ish-ish....
 Kerana kotor nya lens itu, maka makcik nampaaaak la (nampak ajer bukan betol2 taw hahahaha) gemoook!! hahahaha padahal lens kotor kat tempat lain.

Okeh...

Antara yang boleh di shoot sebelum menjelajah kawasan.

Kat sana ada banyak manusia hidup menyerupai karaktor2 katun. Namun, sanggup dengan tak sanggup ajer la nak bergambar sebab beratur panjang. Sangat panjang ya.

Jangkaan kami yang hari cuti umum hari malaysia tu, orang tak ramai kat sana... meleset ya. 
Namun, ku tak terasa janggal di sana tidak macam masa pegi F1,yang mana ku yang pakai tudung ni macam makhluk asing.... gi uss masa cuti umum malaysia, ku rasa cam kat negara sendiri aje sebab ramai org malaysia kat sana. Alhamdulillah.. surau pun ada, walau kecil, pun ramai orang yang solat. Alhamdulillah.

Kat sana, akan ada banyak karakter2 kartun, dorang ni tak keluar serentak. Kira ada waktu2 nya jugak la (schedule).. nasib2 la kalau terserempak ya. Larat tak larat la nak beratur utk amik gambo ajek. Nak tau apa yang ada, sila la google sendiri yek.

Apa pun.. ada jugak yang pendek barisan... kami amik jugak la..

Kat bawah nie, konon2 fairy godmother. Ini kat far-far away punya castle... Kami hanya masuk yang movie dia, lg satu y ride tak masuk sebab panjang beratur.

Very talkative ini perempuan. Kebanyakan kataktor2 yang diambil, mereka2 ini rupa menyerupai kartun.
Mereka terlatih.. melayan setiap tetamu dengan bersungguh-sungguh. ending talk with 'today is your magical day' kat Aqilah.
Walaubagaimanapun, mereka2 ini tidak setiap masa keluar. Ye la penat nak melayan dan bergaya depan camera. Dan makcik terpaksa membloomkan gambar nie supaya muka makcik  licinlah jugeeek kaaaan harharhar... 

 Kami mengabadikan kenangan di sini.

har har har.... gambo masa belum masuk kat bawah skali kihkihkih.

Hokehlah... kalau korang nak tahu...
Kat sini semua tempat mesti ride.... ride tu macam pengembaraan la kan, mengikut tema masing-masing yg full of fun!. Daaaaaaaan, baby memang tak boleh masuk!.
So camne?

So macam nie la, ku tunggu la di luar bersama cik aisyah yang cumil. Sila bayangkan, ku bersabar dan mampu tersenyum, menunggu di luar transformers selama hampir 3 jam kerana kerosakan teknikal kat dalam, sampailah anak2 dpt naik..katanya terbaik dlm banyak2 tu. Ku bersabar ketika mereka bergumbira riding kat the lost world yg ride kat air sampai basah2 kuyup. Ku bersabar ketika mereka dua kali masuk kat sesame street sebagaimana kat atas nie. Ku bersabar ketika anak2 3 kali ride kat madagascar!. Fuh.... alhamdulillah, Allah kurniakan ku kesabaran yang tinggi. Sangat2 tinggi. Janji anak2 gembira. Ye tak?


Layan gambar....

Eh...eh.. kat kg pelda eto5 tak terjumpa. Kat sini terjumpa pulak. Anak wak misban hehehehe....
macam berjanji pulak kita yek hihihi

Live raptor kat belakang tu konon2nya. Daaan, sila beratur ya nak amik gambo.
Oh ya, ada yang keja tolong amik gambo kat setiap spot yang best2.


Mummy tak sempat nak masok. Ada dua mamat yg berkelakuan seperti pahlawan zaman mummy kat luar menayang otot2 lengan dgn ketinggian yg tinggi. Tapi tak selera haku nak amik gambo sbb buku keti depa banyak hahahahahaha...
Pastu, ada sorang tu renung haku dalam celak tebal dan muka masamnya.. takooot..hahahaha


Okeeeeeeeeeh, last gambo yg berjaya di edit dan hupload...
Nampak itu lion Alex tunjuk hape? cap jempoool!! sampai anak bujang ku 3 kali masuk ride kat madagascar dengan ku di luar dengan cik aisyah, sempat mandikan cik aisyah, sehingga di kencingkan oleh cik aisyah huhuhuhuuuuuu.... sabo ajer la.
Moga ada rezeki pegi lagi sbb tak dpt nak habeskan kesemua yg disediakan di sana. In shaa Allah.

Sekian... utk ke lain n3 yang tak tahu bila...
Bak kata kawan sekampung ku pn asia, susah nak jumpa hupdate baru.
Banyak sebab nak disenaraikan, kalau haku nie... antaranya line i.net lembab nak M&*^544... komputer dah tahap tukun tiruan, bayangkan ku boleh bersabar dengan laptop yg ku beli tahun 2007 yang mana batery dah kiok terus..lembab dan macam2 lagi hahahahaha (nak buat rumah bangloooo..uhuk uhuk!! tersedak lagi).. lagi satu bekas lappy kerja lama suami, asyik disk tak cukup space la, tokleh simpan la...huarghhhh!!! ini ku pinjam lappy kerja mr suami atas ihsan beliau tankiu3... daaaaaaan lain tak bukan, ku sibuk menguruskan kehidupan rutin seharian.
Ya Allah, ampunilah ku... yang kadangkala terasa tertekan dengan rutin sehari2. Hilang sabar... berfikir yang bukan-bukan... negatif memanjang. Tiada semangat ingin melakukan kerja-kerja rumah. Ampunilah ku ya Allah. Ampunilah ku ya Allah.

sekian, wassalam..wallahualam..