Tuesday, October 11, 2011

asyik2 makanan jek...

Nie ha..makanan lagi..warna dia merah gak...asyik2 merah jek ek....

Asam pedas ikan sembilang nama dia....

nie dari dapur cik bunga :)

Teringat ada teman sekerja dari negeri pantai timur yang pening tak tau camne nak masak asam pedas nie. Anak dia merengek2 suh dia masak cam babysitter dia masak. . Nie cik bunga bagi resipi cik bunga yang macam emak cik bunga masak...

Resipi Asam Pedas Cik Bunga

# Ikan sembilang 2 ekor saiz sedang2 elok
# Daun Kesum segenggam...agak2 ler...bior terasa daun tu...kalau ada bunga kantan pon campur la gak   sebatang dua ke...biar terasa bau2an itu.
# serai kalau nak guna boleh gak sebatang dua saiz sedang2.
 # air asam jawa
# bendi kalau ada

Bahan Rencah
-Lada kering semangkuk, nak lagi pekat dan pedas...tambah ler lagi. Nie tau kan camne nak handle lada kering nie..(sebab ada yang tak pandai guna, seumur hidup pakai cili boh)..sape2 yg tak tau tu pi la tanya2 sape2 yang hampir dengan anda dan tau camne nak wat taw.
-Bawang merah sesuka la....5 biji ke...campurlah sebiji bawang besar saiz sederhana
-Bawang putih 4-5 biji ikut suke ati awak yek
-Halia besar ibu jari...
-Belacan 2cm

~ blender bahan di atas~

Cara-cara nak masak
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan rencah + serai sampai betul2 pecah minyak dan lada masak. Kalau tak betul2 masak, nanti tak sedap rasa lada mentah.
  2. Dah masak lada tu, letak la air paras2 kalau letak ikan tu, masukkan dedaunan kesum + bunga kantan (kalau ada). Didihkan sehingga sebati.....
  3. Masukkanlah garam, gula ckiiit, bahan perasa lagi ckiiiiiit...didihkan lagi (agak2 utk perasakan ikan)
  4. Masukkan ikan dan bendi tu yek.
  5. Bila ikan dah 1/2 masak, pastu masukkan air asam mengikut kemasaman selera masing2...
  6. Masak lah sehingga betul2 sebati semua yang di atas dan bendi itu lembut.
  7. Serasikan rasa masin dan masam ya...adjust la ek....
~ cik bunga memang suka yang pekat2. Suami cik bunga pula kalau bukan ikan sembilang dia takmo makan masakan asam pedas nie....jadik dapur cik bunga cuma masak asam pedas kalau ikan sembilang jek. Sumber ikan sembilang nie dari pasar tani. Kalau yang tak fresh pon takmo gak. Jadi tunggula abang ipar cik bunga jaring ke mancing ke kalau dapat ikan nie, kami tinggal makan jek sebab akak yang masak heeee.

dah ~selamat mencuba~

2 comments:

Asmida said...

wah... makan2 jerk ek... macam nie leh dapat cepat saiz XXXL nie... owh tidakkk...... lepas ketam... aku pun selalu gak cari ketam kat Kong Kong tue.... agak murah berbanding KIP MART... kalau ikan tu kadang2 jer dapat.. selalu tinggal tong...

Aku lagi suka kalau asam pedas ikan sembilang@mayong ditambah lagi dengan lada hitam... lagi power....

Cikgu Nana said...

mana makan2 nyer as....nie sebulan sekali jek aku masak hahahaha.....

aku tak berapa suke lada hitam tu, kecuali kalau dalam asam pedas ikan pari, tu pon laki aku tak makan pari asam pedas maka aku takyahlah masak....:)

saiz aku ko toksah ler cakap....susah ati gak nie..asyik sodok jek semua masuk....banyak pulak tu huuuu