Dari cherating kami ke KT plak....
Percutian kali nie terancang kerana pada malam ahad tu mr suami booking hotel siap2 utk jenjalan nie.
Jadi, hati agak tenang kerana sudah tau tempat penginapan mana nak dituju dan dah tak susah2 nak pegi check dari satu hotel ke satu hotel yang lain utk available room.
Di KT kami menginap di Primula. Ini satu2nya hotel yang ada beach. Pantai yang ada di situ ialah pantai batu buruk.
Seaview...hotel lama a.k.a buruk heeee
Pandangan swimming pool dari tingkat 11.
view waktu malam....amat mengasyikkan dengan deruan ombak serta angin malam yang menerpa.
Banyak2 hotel, di hotel nie baru saya rasa semua yang bekerja adalah warganegara malaysia!...selalunya nepal la, bangla la....macam dah takde orang malaysia lagi. Tapi di sini tahniah! semua anak melayu....
Buat pertama kali saya jumpa waktu bekpes antara menu yang dihidangkan adalah pulut kuning..sedap!
Menu pagi adalah mengikut makanan tradisi orang trengganu....antaranya ialah nasi dagang dan nasi kuning. Manakala makanan2 lain adalah standard seperti hotel2 lain seperti salad, buah2an, roti2an....etc.
budak nie cuma makan star jek....rugi bawak dia bekpes, untung hotel hehe
Aktiviti wajib bagi anak2 mandi manda....si ayah melayan dorang mandi 2 jam lebih! Ibu dah tak tahan panas....awal2 lagi ibu dah naik bilik...tak kose! nanti ibu itam hehehehe....
Suasana memang panas kerana kedudukan sebelah pantai dan hari itu memang cuaca panas. Anak2 menjadi itam.....begitu juga ayahnya.
ibu tolong amik gambo jek la...korang main ler puas2 sampai itam hehehe
Di kuala trgganu, ada seorang sahabat baik suami yang menetap di situ. Dulu masa pegi sana, kami tido umah dia. Kali nie dia suh kami check out, tido umah dia..Tapi kami menolak dengan baik sebab dah book hotel awal2. Dia tunjukkan kami tempat jual kopok lekor yang berhampiran umah dia. Not bad rasa kopok tu, ikannya pon banyak. Jadi kami tidak la ke losong utk membeli kopok lekor.
Tujuan utama gi KT nie bagi cik bunga ialah nak beli kain sutera batik pat situ. Pat cni (jb), dorang jual sehingga rm400! memangla bayar 10 kali....tapi tak tergamak nak membeli pat cni....mahal betol!
3 tahun dulu, masa cik bunga pegi dan beli, time tu lom ada lagi letak batu2 pat kain. Sekarang dah trend letak batu2 dan menggunakan kain kreep. Kalau dulu paling mahal pon rm170. Tetapi sekarang, nak dapat yang cantik sudah mencecah rm250...Mahal betol!..tapi alang2 dah sampai kena lah beli...biar menyesal beli jangan menyesal tak beli hehehehe.....itu pepatah pakcik dah nak pencen tuu heee
Tak taulah kalau cik bunga dapat harga mahal...tapi dah habis tawar dah tu...siap kecek ganu lagi a.k.a klate...(poyo macam betol loghatnye haha penat belajar dengan kengkawan kelate)
Nie anak2 cik bunga bergambo dengan anak no 4 dan 5 kawan dia....yang lelain semua dah besar2, paling besar pat ostrolia belajar TESL.
Malam kedua kami di sana, kami telah pergi ke medan ikan bakar pat kuala ibai....Ini gara2 search pat google la nie mana tempat makan best pat KT. Bagi cik bunga, dorang serve makanan cepat....masa cik bunga datang, tak banyak choice mayb sebab dah abes. Rasa makanan yang dimasak...emmmm bagi cik bunga kureeng, cik bunga masak lagi sedap heee (tak caya tanya suami).... Cuma, murah..kenapa murah?..sebab cik bunga ada amik 3 jenis ikan, ikan siakap, ikan merah dan satu lagi ikan, kerang skilo, tomyam 4, sayur campur 2 pinggan besar, sotong goreng tepung 4 ekor saiz besar 3 jari tengah cik bunga air jus ada 2, air laici...dan air2 lain....makan 8 orang, cuma rm118. Cuba kalau pat senibong ke mana ke...mau dekat rm200.
Pat pasar payang tu cik bunga jumpa orang jual buah delima. 6 biji rm 10. Perggghhh...tak berhenti cik bunga makan buah tu sampai abes....makan sensorang ler, semua orang takmo...shedaaaap!!!
Okeh, nampak thumbs up di bawah nie....terbaeeek!! Jutaan terima kasih kepada suamiku Mr Abdul Jalil atas tajaan percutian kali ini....we all love u so much!!
uish nape lah anak dara aku nie muke cam gitu amik gambo..Ohhh cik bunga sudah a.k.a tong deram huuuu
0 comments:
Post a Comment