Sempena perayaan 1Malaysia.....
Mereka yang beraya, tetapi kita sama2 bersusah payah mengganti 3 hari cuti dan akhirnya kemanisan bercuti itu dapat dirasakan bersama....
syukur masih panjang umur dan dikurniakan rezeki.
Jom Bercutiiiii
Alert tentang cuti seminggu ini, cik bunga dah awal2 suh mr suami amik cuti.
Mr Suami tak dapat cuti lelama, orang penting la katakan eheeemmmm....dapat 2 ari jek...jadi dia cuti pai ari rabu. Takpe laaa....jadik la tu...janji mesti diisi dengan percutian....
Hari sabtu kak nim pula buat kenduri, maka kena dahulukan kenduri dia barulah kami planning utk berjalan ke mana. Macam2 tempat yang keluar, dari lost world of tambun kemudian ke genting oleh aqilah, cameron oleh ayah, dan ibu nak ke pantai timur.
Perancangan singkat dan last minute pada malam ahad telah membawa kami ke cherating....
Cik bunga planningkan diri bangun kul 5.30, kemas rumah, setle basuh baju dan memaking pakaian 4 orang.
Anggaran kul 8 kena gerak...tetapiiii..delay beb, kul 9.30 baru gerak haha....tokleh on time gak...takkan nak tinggal rumah berantakan....tak syiok ler, nanti penat2 balik berjalan, masuk rumah jek boleh kena migrain.
Perjalanan mengambil masa 5 jam setengah, dengan dua kali berhenti sebab aqilah muntah teruk...masuk angin agaknya sebab pagi2 bangun dengan begitu eksaited nak berjalan. Pastu berhenti lagi makan tengahari pat endau. Kami check-in di cherating kul 3 petang.
oh cik bunga yang semakin mekar berkembang huuuu....Nyaman sungguh angin pada petang ahad itu. Terasa bahagia sangat....sehinggakan Aqilah bertanya "kenapa ibu senyuuuuum aje?" "sebab ibu gembira...."
Kami duduk di Legend Resort..
bilik agak luas, bilik air pon cantik, yang penting baru heee...sea view
view dari bilik....deruan ombak yang mengasyikkan
Seronok anak2 dan ayah dia skali berendam dalam swimming pool, ibu tengok jek la....payah nak berswimming suit yang mana sudah macam sarung nangka apabila dipakai. Baik2 nak berseronok....beronok-ronok express masuk neraka huuuu.....
aktiviti wajib. si ayah sabar melayan anak2
Dari swimming pool terus ke laut...
seronoknya jadi budak-budak....
korek jangan tak korek...haduuuuuh anak2 haku....mainlah puas2
pantai yang halus dan putih
suasana redup dengan angin yang sangat menenangkan, memberi satu perasaan yang sukar diungkapkan
Malamnya, kami keluar makan. Banyak kedai2 makan seapood sepanjang2 jalan. Harga yang ditawarkan emmm agak mahal bagi cik bunga yang mengandaikan apabila dekat dengan laut, seapood mungkin agak murah. Tetapi harganya sama seperti di pasir gudang, siakap sekilo rm50. Cik bunga amik sup cendawan, sup ekor, tomyam ayam, kailan ikan masin, telur dadar, kerang skilo, air suam, air bali dan 2 air limau panas. Ini menu budget hahaha...kos rm46. Ok la....
Banyak juga kedai menjual keropok lekor. Pat dalam kepala mungkin sedap. Dan stail di sana, apabila orang nak beli baru dia goreng, maka panas2 la katanya. Cik bunga cuba la membeli 2 hinggit, emmmm hampeh@hampas.com taw....memanglah seringgit 5 potong, tetapi potongan itu besar saiz ibu jari jek, putih melepak takde bayangan ikan pon....dia punya masiiiin...nak menangis time makan kopok tu huuuu.....menyesal tak sudah!.. emm, blacklist kedai kopok yang itu!
esoknya anak2 masih dengan agenda mandi manda. Kemudian kami check out utk ke kuala terengganu pulak. Dah, vrooooooom...next station kuala terengganu...syurga ibu menghabiskan duit gaji huuuu opsss duit ayah skali heeee
0 comments:
Post a Comment