Salam...
Hari ini saya mengambil cuti rehat khas.
Bukan kerana mengambil kesempatan menyambung cuti...tetapi mengenangkan ayah dan emak tersayang.
Sepupu ayah yang menetap di singapura telah meninggal dunia.
Ayah bertanya mahukah kami membawa beliau ziarah....Oleh kerana suami sukar mendapat cuti, saya cekalkan hati untuk membawa emak dan ayah ke sana.
Anak sulung saya menolak untuk ikut kami. Ini kerana dia ada trip ke sekolah jepun pada hari ini. Kebetulan pula hari ini dia perlu memulangkan semua buku2 teks. Saya bersetuju demi menghormati keinginan anak saya itu kerana dia juga ada hak untuk melakukan apa yang dia inginkan. Hanya adik muhd sahaja yang beria-ia mahu mengikut dari malam semalam sewaktu mendapat khabar kematian itu.
Berbekalkan en.google dan gps....saya mulakan perjalanan dengan doa yang panjang mudah2an dimudahkan urusan dan selamat semuanya. Almaklomlah....walau hubungan sepupu, namun ayah dan mereka di sana jarang bertemu dan kami belom pernah sampai ke rumah arwah. Paling2 pon saya hanya pernah driving sendiri ke changi airport kerana mengambil suami yang ke oversea. Ini betul2 kali pertama saya driving ke singapura berpandukan alamat yang diberikan menggunakan gps 100%.
Dengan izin Allah, perjalanan kami lancar. Kami sampai ke rumah yang hendak dituju dalam masa 45 minit sahaja. Sesampai di sana, jenazah tidak dibawa pulang ke rumah, terus di bawa ke masjid kawasan perkuburan islam jalan bahar. Kami kemudiannya ke sana bersama salah seorang sepupu lelaki ayah iaitu adik kepada arwah. Cik Rahmat bersama isteri dan dua orang lagi anak mereka menaiki kereta kami ke kawasan perkuburan tersebut.
Banyak perkara yang mengusik jiwa sepanjang saya berada di sana.
Di negara kita, walau tidak mampu sekalipun, berdasarkan penglihatan dan pengamatan saya ke atas masyarakat di sekeliling saya....saya lihat, mereka masih lagi mampu memiliki pakaian yang molek. Molek pada saya ialah kemas dan tidak dalam kategori lusuh dan bukan dalam kategori di kalangan kita yang sudah tidak lagi menggunakannya. Tetapi, apabila berada di masjid tersebut, saya lihat ada beberapa orang yang berpakaian yang saya kategorikan sedih utk diperkatakan. Walau seteruk mana pun kita di sini, apabila pergi ke sesuatu tempat, kita biasanya akan memilih pakaian yang molek. Tetapi, apabila melihat keadaan mereka....betul-betul mengusik hati saya. Di sini, saya amat bersyukur berada di Malaysia dan dikurniakan rezeki yang terlalu banyak. Begitu banyak rezeki yang Allah kurniakan kepada saya dan keluarga. Saya memohon kepada Allah...agar saya dikurniakan hati yang sentiasa bersyukur dan dikurniakan akhlak yang baik.
Di negara kita, sekiranya ada kematian....jenazah perlu disegerakan.
Tetapi di sana, terlalu banyak birokrasi yang perlu dilalui sehinggakan lebih 24 jam jenazah masih belum dapat disempurnakan. Perlu ada post mortem ke atas mayat. Melalui cakap2 mereka...biasanya organ yang boleh digunakan akan diambil ke atas mayat. Mereka tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Tidak bisa untuk membantah mahupun menidakkan....
Untuk melepasi hospital sahaja mengambil masa yang lama. Kesian arwah. Jika saya bandingkan dengan keadaan kita di Malaysia, bersyukurlah kita berada di negara Malaysia kerana bezanya kita dan mereka di sana terlalu jauh.. Terdetik di hati saya, bagaimana pula keadaan saya ketika nyawa saya sudah tidak berada di jasad. Saya berdoa agar keadaan kematian saya suatu hari nanti dalam keadaan yang terurus dan dipermudahkan segalanya....saya bermohon kepada Allah.
Betapa bersyukurnya saya berada di negara Malaysia. Walau kita tidak kaya tetapi kita masih mampu memiliki rumah2 teres. Walau kecil namun masih ada besarnya juga. Namun di sana, mereka menetap di rumah2 pangsa yang pada saya agak kecil dan sempit. Kesian orang Melayu kita yang berada di sana. Nasib mereka tidak seperti nasib kita di Malaysia. Nasib kita yang diperintah oleh orang sebangsa dan seagama. Renung-renungkanlah....
Bukan untuk riak mahupun takbur....tetapi di Malaysia, kita mampu memiliki paling kurang sebuah kereta. Dua kereta bagi sepasang suami isteri adalah perkara biasa. Malahan saya sendiri, mempunyai 3 kereta. Ada family car, ada working car dan ada kereta kecil kelisa sebagai kereta untuk mudah menyelit2.
Berbeza dengan keadaan mereka di sana, sulit benar untuk memiliki sebuah kenderaan yang bergelar kereta. Pelbagai syarat dan wang yang perlu dikeluarkan bagi memiliki sebuah kereta. Sedih saya melihat mereka begitu payah untuk ke lot perkuburan dengan mengira-ngira untuk menumpang siapa. Dan ada yang tiada tumpangan....sehinggakan ada sepasang suami isteri yang sudah berusia menaiki lori (duduk dibahagian hadapan seramai 3 orang).
Saya pada mulanya berdoa agar "adaaa lah kereta untuk suami isteri yang menaiki kereta saya tadi, untuk menumpang balik ke yishun" Ini kerana saya perlu berpatah balik untuk menghantar mereka baru pulang ke Johor. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 3.30pm. Saya tidak mahu lewat keluar dari singapura kerana pasti jem mampat di imegresen sewaktu ramai pulang bekerja pada pukul 5. Lagipula ayah perlu driving untuk pulang ke air tawar 5 dan tidak mahu juga terperangkap dalam jamm. Tetapi apabila melihat keadaan sedemikian, saya mengubah niat kerana tidak sampai hati pada mereka. Kerana betul-betul tiada kenderaan dari situ untuk pulang ke yishun!
Alhamdulillah, perlakuan baik saya, Allah lancarkan perjalanan dari masjid perkuburan itu ke yishun yang mengambil masa yang singkat. Kami tidak singgah ke rumah yishun, hanya menurunkan mereka kerana mengejar masa. Mereka faham dengan keadaan ayah yang sudah tua.....
Allah maha besar....Allah maha besar....waktu nak pulang ke johor dari yishun, GPS saya tidak mampu searching maps!! sudah berkali-kali saya on dan off gps itu....namun satellite gagal mendapatkan kedudukan kami. Emak sudah risau....ayah masih ada tenangnya. Sudahlah perjalanan kami 100% berpandukan gps....apabila gps tidak memberikan kerjasama....ada juga cuak di dada.
Namun, saya tidak mahu menakut-nakutkan emak yang memang kuat risau. Emak sudah berzikir dengan laju dan tidak putus-putus.
Ayah bertanya "tau ke?" saya jawab "belasah ajer.....minyak penuh....insyaAllah kita akan pulang johor dengan selamat.." Saya tawakal...berdoa dalam hati juga tidak henti-henti.
Syukur ya Allah....syukur ya Allah....berdasarkan gerak hati dan ingatan yang Allah beri....kereta meluncur laju tanpa sebarang masalah sehinggalah saya berjaya keluar ke woodlands checkpoint tanpa sedikit pun terlepas simpang. Waktu sudah sampai di situ, barulah gps saya berfungsi!...astargfirullah.....apabila Allah ingin menduga....apa sahaja boleh berlaku.
Kenderaan lengang di imegresen singapura mahupun malaysia...sampai di rumah saya jam menunjukkan belum pun pukul 5..subhanallah! Syukur ya Allah...syukur ya Allah...
Pengalaman ini mengajar saya untuk lebih bersyukur atas segala nikmat yang Allah beri.....
Bersama-samalah kita renung-renungkan apa yang telah saya kongsikan ini untuk sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan...
Wallahu'alam....