Sunday, December 16, 2012

Aku Yang Baru Tahu

As salam....

Selama nie, dok bawa ke hulu ke hilir... nak tinggal, walau takla banyak mana.. tapi risau jugak nak ditinggal-tinggal....

Akhirnya tadi ku dah berjaya... Alhamdulillah... gembira sangat-sangat....

Alkisah suatu cerita hihihi... cam cerita pak pandir pulak.... idok ler pak pandir mahupun mak andeh... ini cerita aku yang selama nie tak tahu...

Ceritanya begini..hikhikhik...cam poyo...
Kita nie sebagai emak dan ayah.. kadang-kadang rajin menabung kan.. duit seringgit-seringgit tu.... yang sikit-sikit lama-lama jadik bukit kan....

Bila dah jadik bukit, daaaaaaah susah plak nak masukkan dalam bank sebab masa dan time yang sangat susah nak digunakan untuk beratur di bank untuk dimasukkan ke dalam akaun anak-anak... (memang amalan kami duit tabung akan dimasukkan ke akaun anak2).

Akaun anak-anak adalah akaun tabung haji.
Entah, saya memang suka dngan tbg haji sebagai akaun anak-anak... sebab bersih....
Dengan niat untuk tabung pelajaran mereka, selain insurans. Sekiranya waktu mereka nak melanjutkan pelajaran, ada wang lain.. maka wang di situ boleh digunakan untuk naik haji. In shaa Allah. 

Bila tabung haji... kat pasir gudang nie takde bank TH.
Selama ini kalau nak berurusan, terpaksalah ke kota tinggi. Kat bank rakyat boleh juga urusan TH, tapi seeeeeelalu off line.
Saya suka ke kota kerana kakitangan di situ...emm, sesuai saya katakan kelihatan warak dan bersih-bersih mukanya.... almaklumlah, dah bergelar haji dan bekerja yang menjanjikan pahala yang besar sekiranya ikhlas dan bekerja dengan betul.
Apabila saya suakan duit pecah-pecah mahupun duit syiling yang banyak.. mereka tidak pernah mengeluh mahupun kelihatan berat untuk mengira wang tersebut walau orang yang datang ke bank waktu itu sangat ramai dan tidak putus-putus... itu yang membuatkan hati saya senang nak berurusan dengan mereka. Mudah2an Allah memudahkan urusan mereka kerana memudahkan saya. Berkat hidup mereka.

Dahulu, sebelum ada baby kecil... lajuuuuuu ku ke kota menghantar duit... samada duit tabung mahupun duit raya....
Tapi kini, Aisyah ku yang kecil itu cemana nak dibawa beratur di bank.... mau saya menangis skali nak menyelesakan dia.... nak menyusu lagi...

Jadik, bila duit ringgit-ringgit, camne nak masukkan dalam bank nie?.

Puas ku  berfikir camne nak masukkan dalam bank.....
Akhirnya ku membuat rancangan begini....
  1. Tukar duit ringgit ke duit besar...(rm50)
  2. Masukkan ke cash deposit maybank ke akaunku.
  3. Dari akaun ku transfer melalui ATM ke akaun anak2...
komplikated kan? heeeee.... Arini suamiku ada kat rumah.. maka setelah Aisyah dah mandi, susu dan tidur... ku tinggal dia di rumah untuk ku laksanakan rancanganku itu.. ye la, tak dapat syiling, ringgit2 tu perlu diusahakan juga...

Maka ku ke tesco dahulu membeli barang..... dan barang yang banyak itu ku bayar pakai duit seringgit-seringgit. Sampai kaunter tu tutup sekejap sebab kira duit seringgit ku hahahahaha.... malu tak malu la muka aku.. wat dunno ajek... ada gak orang kat kaunter sebelah tengok-tengok... pedulik hape aku (walau dalam ati malu gak hihihi)...  bukan aku takde duit, aku pakai duit singgit2 tu untuk aku gantikan dengan duit 50-50 aku.

Kemudian ke cosway membeli sedikit barang, guna singgit-singgit gak heee.

Pastu aritu ada kiosk kat tesco tu yang sering ku kunjungi sangat suka dapat duit pecah dan mereka pernah menyatakan nak sangat2 duit pecah-pecah... Maka ku ke kedai itu beli satu barang dan tukar duit.. banyak giler aku tukar hihihiiii... duit sepuluh-sepuluh, lima ringgit... hingga lah ke seringgit2.... Syukur sangat-sangat..

Kemudian ke Maybank cash deposit.. sekali tekan tekan... eh! ada aplikasi untuk cash deposit  ke TH la.... MasyaAllah, bagusnya.... kurang satu step utk ku masukkan ke akaun anak2... iaitu step ke 3.  Jadik step ke 2 terus ke akaun anak-anak...

Maka, selama ini ku tak tahu ada aplikasi untuk itu...
Selama ini cuma tahu dari akaun kita, transfer ke akaun TH melalui ATM kan...
Arini baru tahu - cash deposit maybank boleh masukkan duit ke akaun TH. 

Alhamdulillah dipermudahkan.... banyak masa dan tenaga dapat dijjimatkan melalui kemudahan ini.

Walaubagaimanapun, duit syiling tidak boleh guna cara ini, kena gi bank juga...

Okeh... akhir kalam untuk entry ini....

~ mari menabung.... tabung kita, tabung anak-anak, tabung haji, tabung kecemasan dan jangan lupa tabung percutian  :)   Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Sekian wassalam


0 comments: