Friday, September 6, 2013

Syawal dah sampai penghujung.

Assalamualaikum....

Syawal orang Malaysia paling lama...
Tak percaya?.. kawan saya pernah buat survey masa dia kat London.
Dia bertanya kepada rakan2 yang dtg dari banyak negara..
Malaysia yang paling lama, sebulan! heeeee
Malam ni ku masih terima jemputan open house.

Anyway...
Sebelum hari raya melabuhkan tirai pada pukul 12.00 mlm nanti...
Ku ringkaskan mana yang ada... berkongsi raya 2013 tahun ini...


satu Malaysia.. uncle no 1 wajib dth beraya kat umah.
Tahun ini dtg raya ke 2.


Kemudian, raya ke 3 perjalanan dimulakan sebelum subuh ke senai, untuk menaiki kapal terbang pada pukul 7.25 pagi. Air Asia mengada-ngada tukar waktu, pada asalnya masa beli kol 10. Tapi takpela, kun fa ya kun. Sampai di KK belum pukul 10. Kereta sewa jugak yang mendelaykan perjalanan, dah zuhur di kk baru kami mulakan perjalanan ke kunak.
Sampai kunak malam kol 9.
Esoknya kami beraya ke tawau rumah sepupu suami. Rumah pertama, umah kak latifah. 


Kat umah kak latifah
Gambar terpaksa di bloom kan kerana muka cik bunga cantiiiiik sesangat kuikuikui....
Ini gara-gara muka dah nampak tua hahahaha.

Kemudian dari rumah kak latifah, kami ke rumah kak mas, di sana kami menjadi tetamu bidan terjun, sebab mereka buat raya adik beradik anak2 samit.

Bawah kiri adalah gambar tuan rumah.
Ruang tamu yang ke-3 rasanya, berkeluasan macam padang bola, sangat luas.
Makan dan makan kat sini. Mereka mengadakan beberapa game untuk kanak-kanak.
Dan apa-apa lah yang mereka sangat gemar lakukan heeee.

Malam tu kami tidur kat tawau...
Kemudian, esoknya kami pulang ke kunak, dan esoknya lagi kami dah mulakan perjalanan semula ke kk.

Bergambar sebelum kami memulakan perjalanan pulang

Daaaan, jalan-jalan sementara nak ke kk tu nanti la ek...


Dah.... tu aje...

Yang kat bawah nie takde kaitan dengan minyak, sedikit pun tidak, lillah..... cuma ini yang ku cuba fahami dan ku cuba untuk tidak berhati gelap sepanjang Aidilfitri ini.

Ku hanya ingin memetik kata-kata.... Orang yang tidak bersyukur adalah orang yang tidak menghargai dan memelihara apa yang sedang dimilikinya, mensia-siakan apa yang sedang dinikmatinya. Dan janganlah kita jadi golongan yang kedua dalam kata-kata ustaz ini. 

Photo: Renung2 kan lah...



Wassalam.


0 comments: