Tuesday, June 26, 2012

Peksa Skolah Agama

 Salam...

Alhamdulillah.... syukur pada Mu ya Allah....

Aqilah menunjukkan peningkatan yang baik dalam pelajaran sekolah agama.
Selalu ku ingatkan, ilmu sekolah agama sangat penting sebab bawa hingga ke mati.....

Syukur juga guru yang mengajar pada tahun ini adalah guru yang bagus.
Berbanding sewaktu darjah satu, kakak hanya menyalin sahaja sepanjang masa.
Terima kasih ustazah.


Paling sikit bahasa arab. Emmm... camne nak tolong.... ibu pon tak reti nak tolong, sebab ibu lahir kat malaysia bukan kat tanah arab :)
Solat, qur'an dan hafazan banyak yg kena improve..
Tajwid juga.

Overall Alhamdulillah. Keep it up.

Cuma ku terfikir, jika kakak berada dalam kelas yang masuk 7.15am tu, adakah kakak berjaya dapat no 1??  Kalau ku boleh tengok peratus kelas lagi satu tu kan bagus.... dapat ku nilai prestasi anak ku dengan lebih mendalam...

Kakak dah sibuk nak hadiah, kata mak ina (babysitter adik)... sebagai perangsang.....
Tapi nak belikan apa ek? rasanya semua dah ada.... ish3....
Kakak ada terfikir nak Baby Alive.... oh cukupppplah.... satu tu aje pon dah buat ibu rimas... inikan pulak nak yang lagi advance, yg regenya 3 ratus lebih.... urmmmm.... sorry!
Basikal ke?... basikal birthday aritu dah hilang kena curik. Tapi kalau beli pon,  tak dapat nak utilize... takde masa nak main.
Takpela, nanti ibu bincang dengan ayah... hope ayah ada idea yang bernas dan boleh sponsor hehehehe.... sponsor memanjang aje ibu nie! heeeeee....

Kata-kata:

Dalam kedutan dan kerutan itu, terdapat lipatan pengorbanan....

Dalam kedutan dan kerutan wajahku........ (sila sambung sendiri)

sekian, wassalam.



Monday, June 25, 2012

Musim Keputusan Peksa

Salam fren....

Seperti biasa, kalau anak peksa.. emak yang over react....

Tapi kali ini, ku tiada perasaan....
Kali ini dengan PJJ nyer... dengan tak larat nya...

Dengan takde perasaan itu, adik muhd menjunam teruk markah peksanya...
Dengan kata dia "adik tak kisah, tak dapat seratus peratus pon takpe"
Ish3.... dengan kata2 itu, dia tak belajar langsung nak peksa....
Dan dengan kata2 itu, subjek Jawi dan Aqidah dia sangat2 la terok... dapat 60 aje.... ish3....
Kalau dulu, dah sempot bila dia dapat no 9, kali nie lagi la... no 14 ngko!!....
adeeeeeeeeeh, anak bujang ku oooooh anak bujangku.....

Cuma yang mengembirakan hatiku ialah adik muhd dah mula berminat membaca buku. Tak kisah lah, walaupun buku komik, janji dia membaca.... dia minat nak baca buku Boboi Boy... aku belikan dan sejuuuuuuk perot aku bila tengok dia membaca buku tu. Sekurang-kurangnya dia mengasah lisan dalam bacaan. Kalau kakak zaman seusia dia dulu dah membaca surat khabar... zaman adik nie, kira dah ok dah tuuuuuuuu..... sebab adik muhd nie manja terlampau.... semuanya takmo!!...

Untuk anak dara ku... si Aqilah...
Penumpuan aku berikan lebih kepada subjek matematik. Sebab dia nie suka careless.
Ujian Mac aritu, dapat 72 aje!! ish3.... semuanya cuai... bukan tak reti.. ish3....

Dan lebih latihan utk subjek mate membuatkan markah melonjak dari 72 kepada 92 utk periksa kali ini.
Kalau dulu dpt no 11, kali nie naik ke no 6. Juga no 6 dari 363 orang murid tahun 3.
Saingan kelas pertama amatlah sengit... kira bonus kalau kakak dapat no 3 teratas... rekod setakat ini hanya boleh cecah no 3 aje huhuhuhu......



Cuma yang aku dah lamaaaaaa marah dan geram, ialah kepada cikgu english si kakak.
Memula dia dah bagi markah, then lepas tu dia jumpa aku kat perhimpunan,
dia cakap "Your doter mark is not 90 ya, 89".... i ask why?... then she said "because she's ur doter, i simply deduct it" 

Kerana aku cikgu kat sini, anak aku kena tolak markah???? aku masih marah nie walau perkara ini sudah berlaku sebelum cuti lagi.
Actually dia nie baru menggantikan cikgu lelaki yang aritu.... dah 3 orang guru silih berganti mengajar english kelas anak aku..... tapi tak kisah lah... janji proses pengajaran dan pembelajaran itu tercapai objektifnya, aku terima....
Tapi cikgu yang sorang nie memang tak profesional langsung.
Siap liquid tu penandaan dan ganti semula markah.
Memang la cuma satu markah saje...
Aku tak la marah kalau dah terang2 dari awal dia bagi markah berapa pon.... ini dah bagi siap liquid, tukar markah, then cakap plak kat aku cenggitu... adeeeeeeeeh hangin, sungguh hangin....
Walau aku cikgu kat skolah nie, dia ingat aku tengok agaknya soalan2 peksa tu sebelom peksa???.... takde dalam sejarah sekolah aku, cikgu boleh tengok soalan peksa utk anak..... makin anak cikgu la makin soalan kena sorok...

Kalau aku mengajar anak aku dari segi penulisan ayat atau karangan, itu pon selalu dia tanya kat Aqilah.
"u did urself or ur mom teach??"
Hadooooooooiiiiiii sakit jiwa betol cikgu sorang nie.... apa salahnya kalau aku ajar. Kan itu salah satu proses pembelajaran. Budak tu baru umur 9 tahun. Kalau aku bagi ayat, dan dia tulis.... dah kira ok la tu...  kiranya dia belajar camne nak eja dan camne nak tulis ayat yang menarik.
Itu pun menjadi masalah ke???? sungguh aku tak puas hati. Sama juga kalau kita antar anak ke tuisyen, boleh ke dia nak pertikaikan????.  Dan tak mustahil la kalau cikgu nie memang satu sekolah tak suka!!!

Arini, baru aku dapat tengok markah keseluruhan kelas. Cikgu kelas dia mc minggu sebelum nie sebab kaki terseliuh.
Utk english kelas kakak, markah paling tinggi ialah 92. Kemudian 91 dan diikuti dengan markah kakak 89.
Kira kalau ikut purata keseluruhan markah tertinggi, kakak antara 3 yang tertinggi.
Itu aje la yang boleh menyedapkan hati aku huhuhuuuuuuuu......
Biasanya standard pemarkahan utk kelas pertama adalah tinggi, sebab cikgu2 taknak murid terbiasa membuat kesalahan dalam penulisan. Mereka diajar utk menulis dengan baik walau baru darjah 3. Itu kata cikgu2 yang mengajar kelas tu.

Bahasa Melayu memaaaaang la bisa buat copot jantung. Pernah sekali tu, markah bm dia enam puluh lebih... hadooooiiiii......

Utk Arab, markah paling tinggi ialah 89. Dan average budak2 dapat markah 80.
Kira ok la tu.... sebab aku pon tak reti arab kihkihkih.... nak ajar pon tak tau... lagi ayat dah panjang-panjang.... kalau ada gambar then vocab, boleh la jugak aku main teka-teka apa nama gambar tu dengan si kakak...  jadi pasrah aje la....

Pendidikan jasmani, kakak tak belajar langsung.
Masa hari peksa, ada ke dia tanya "PJ pon ada peksa ke ibu?"
hadoooiiiii.... sabo aje la....

Pendidikan Seni, kakak memang kurang berseni hehehehe.....

Peratus keseluruhan sedikit. Perlu tingkatkan usaha.

Apa pun, aku bersyukur..... kakak anak yang bijak. Perlu di asah lagi supaya  lebih cemerlang.
Adik pon bijak juga.... cuma tiada usaha, huhuhuuuuuuuu.......

#######################  =============  #######################

Bagi peksa sekolah agama..... amik penyata hari jumaat lepas. Dan dek kerana jumaat lepas aku dah berada di Axis Atrium.... maka ku tak dapat nak amik.
Dan arini, kakak tak skolah sebab kami bertolak balik JB pagi tadi.

Cuma dari khabar-khabar yang didengar dari murid kelas kakak.....
Kakak dapat no 1.
Jika benar... Alhamdulillah....
Tahniah anakku.....  Keep It Up!!
Esok kita tengok report card. Ibu tak sempat nak jumpa ustazah, ada sukantara esok sampai jumaat.
Nanti kakak amik bawak balik ya.... kita wat analisis keputusan.

******************************************************************

Hari ini jugak.... ada 2 speed trap. Aku antara yang kena trap!!! huuuuuuuu......
122-124 km/h kalau mengikut bacaan meter ku.
Yang sebelomnya, yang aku tak nampak adanya pak polisi bersama camera besar, aku tak tau la sebab aku bawak lebih daripada itu.... ya jauh melebihi bacaan di atas huuuuuuuuuuu......harap2 takde la speed trap sepanjang-panjang ku merempit itu.

Harap2 camera pak polisi tu rosak ler.... tak ter snap keta aku. Amiiiiiiiiiiiiiiin.

Sunday, June 24, 2012

Asam Pedas MELAKA Sejati

Perghhhhh..... tajuknya sungguh poyo...
tapi poyo nie bukan poyo main-main taw....

Ini expidisi jalan-jalan cari makan malam semalam.


Memula kami ke petaling street, mencari laici king yang sedap tuuuu.... tapi dah takde musim, yang ada anggur aje.. anggur pon anggur la... teman sebat jugak.... janji buah-buahan...

Pastu, pusing sana pusing sini, tengok2 ada tempat makan tak....
Kami pusing2 kawasan tempat tinggal kami.... kat kawasan pandan indah nie.

Tetiba terlalu ada kedai yang bertajuk

Asam Pedas
MELAKA 
(Sejati)


Masa kami lalu tu, nampak orang yang tengah makan, begitu berselera sekali. 
maka teman pon.... "berhenti la bang... cam sedap aje orang yang tengah makan tu..."

Maka kami pon berhenti la utk makan kat situ. Kedainya agak tersorok, meja makan kat dalam kedai... takde kerusi2 luar kedai.... deretan kedai tu pon, kedai2 buruk aje.... memang macam kedai2 kampung.

Nak amik gambo pon tak sedap, sebab si tukang masak, si tukang kerja... semua duk kat situ.... Nie amik gambo pon buat muka tak malu pakai hp aje....heeee.....

Step pertama - pemilihan ikan, teman pilih ikan jenahak katanya... bahagian ekor, rm15 sepotong.
Step kedua    - pilih makanan sampingan, teman pilih telur dadar dan ayam goreng.

Menu tambahan yang wajib diberi ialah ulam-ulaman beserta sebiji telur masin.
Dalam asam pedas tu dicampur bendi dan terung skali.

First time rasa kuah asam pedas tu....
Aik???? nie asam pedas ke Tom Yam maggie...
Sebijik rasa tom yam maggie... pekat pulak tu rasanya.

Tetapi, teman sebagai tekak buaya... hehehehe... menelan ape sahaja menu dan makanan... positifkan diri, dengan andaian, mayb macam ini kot asam pedas melaka hihihihi..... resipi baru.

Makan ler dengan seleranya, sebab dari pagi lom makan nasi, tengahari menu Italy... makan pizza.
Lagi pula ikan itu bila di masak dalam periuk tanah.... mendidih-didih masa dia hidangkan.... dengan kelembutan ekor tu... emmmm, sedap jugak!.

Ayam goreng, dorang bagi 3 ketul dengan potongan ala-ala sekor potong 12 la cam tu.... baru goreng, sedap, panas-panas dan lembut la opkos....

Sekali suap ok... dua kali suap...emmm ok ok gak.. tiga empat kali lima kali suap....
Ya rabbbiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii pedasssssnya!!!!!..... 
Punya pedas, teman pon tak tau dari mana pedas kuah tu. Takde lada hitam... rasanya semua biji2 lada kering tu dorang blender skali....
Macam iklan mee segera yang kari letup tu kalau tak silap.... kena ada bomba datang, siram pakai hos bomba tu nak hilangkan pedas kihkihkih....
2 gelas sirap ais teman teguk nak menghilangkan rasa pedas.....
Sampai balik pon, perot panaaaaaaas kepedasan huhuhu... baby pon golek sana golek sini.... kepedasan agaknya!

By the way... ok la, kalau nak makan nasi ala-ala kampung....
Tempat nie boleh dituju.... harga boleh la.... sebab pilih satu potong ikan saje.... rm32 dengan air twister botol kecik, satu tin air cincau, dua gelas air sirap ais. 

Untuk resipi baru... rasanya dapat resipi baru... asam pedas perisa tomyam hehehehe.....
Tiada penggunaan daun kesum mahupun bunga kantan... tiada penggunaan belacan juga.
Resipi menggunakan daun limau purut. Tiada serai.
Penggunaan wajib ialah pes tomyam ataupun kiub tomyam maggie..... 

Selamat mencuba.... kalau teman ada masa, dan cuba resipi baru nie, teman kongsi ya lain kali... :)


Wednesday, June 20, 2012

Berat Badan Sewaktu Mengandung

Salam fren....

Kalau mengikut kajian.... masa gi check up bila ntah, dah lama dah... jumpa artikel pasal kenaikan berat badan sepanjang kehamilan.... seperti di bawah....


Dalam pounds kan....
meh kita transelit kan eh....

Baby    -  3.4 kilo ke 3.9 kilogram
Breast  -  1.4 kg
Uri       -  lebih kurang sekilo
Darah dan cecair badan  -  1.8kilo ke 3.6 kilo
Air ketuban  -  0.9 kilo ke 1.36 kilo
Uterus  -  0.9 kilo ke 1.36 kilo
Lemak mengandung (hahahahaha mcm gitulah bunyinyer ya)  -  2.26 kilo ke 3.6 kilo

TOTAL berat meningkat  =  11 kilo ke 16 kilo.

Waaaaaaah.... banyak tu berat yang boleh meningkat.....

Pesal plak nak perihatin kat angka2 ini??? heeeeeeee sebab aku dah gemok laaaaaaa
Dalam sejarah ku mengandung.... ku rasa kali ini berat ku memang mengatasi berat2 sebelum ini.

Faktor yang paling utama ialah berat terakhir sebelum mengandung amat mempengaruhi.
Beratku yang terakhir adalah menghampiri berat sewaktu aku dah cukup 9 bulan mengandungkan aqilah dan muhd.... waaaaaah gemoooknya!!!!

Pewot aku pon, kali ini memang besar.... baru nak masuk 6 bulan,  tapi dah besar taw...

Kalau hamil yang terdahulu, berat aku cuma naik dalam 6 kilo dari berat asal.... tetapi kali ini??? aku tak pasti.... minggu depan gi check up... setakat nie dah naik 3 kilo hahahahaha...... aku nak pitam!!!....

Apa yang aku nak wat eh? mana boleh diet... kesian baby, takut kekurangan nutrisi. Makan pon aku tak pernah berlebih-lebihan, camne aku makan sebelom pregnant, cam itula aku makan time mengandung. Tapi rasanya semua jadi 'maternal fat stores' aje hukhukhuk...

Cuma perangai pelik masa mengandungkan muhd adalah sama iaitu 'suka makan buah-buahan'.
Tahap ketagihannya tidak seteruk masa muhd... tapi selalu nak makan yang menyegarkan, seperti buah laici tuuuuu.... tembikai ke.... juga sukakan nangka....

Emmmm, aku sungguh ngeri mengenangkan berat badan... aku takmo gemoooOOOOOK!!!!

Kalau ikut article itu, "YOU SHOULD RETURN TO YOUR PRE-PREGNANCY WEIGHT IN 4-6 MONTHS"....

Mampu ke nak kurus semula???? adeeeeeeeeeh.... susahnya jadi orang pempuan nie.... kalau lelaki apa kisah kan gemok ke kurus ke.... tapi kalau pempuan?????? huhuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

sekian wassalam.

Wednesday, June 13, 2012

Tolooonglah!!!!

Salam dari benua @ gua batu bata aku....

Aku nie terus terang cakap, cakap memang tak berlapik.... susah nak mencreate sesuatu bahasa melayu yang bombastik... apatah lagi nak menulis bahasa yang basa basi.... air liur basi aku pon tak meleleh ok!!

Kita nie orang perempuan,
kalau dah ada jantan yang tak guna, dah pernah ada sejarah dalam mencorakkan huru hara dalam diari hidup kita..... yang ko masih tolol dan ketololan itu terus menerus pulak tu.... adeeeeeeeh..... kan dah kena tolol!

ucapan maaf??... adoiiiiiii mudahnya memaafkan.... apa yang nak dekat lagi dengan orang yang sebegitu.... bak kata bidalan... buang emak buang saudara.... buang kawan.... buang anak... kerana kasih ku turutkan...
hello??????? kalau kasih tu sejati takpe ok... ini hampeh bak kain buruk yang dah berkulat tu...dahlah berkulat, hijau berlumut.... siap koyak rabak plak tu.... hukum lempar aje kat longkang.....

kalau dah sampai bankrap.... kalau dah sampai satu dunia tau.... kalau dah pernah rasa dunia gelap....masih nak continue lagi ke?????..... belajar lah dari pengalaman....

lu fikir la sendiri!!!!.....

dah lama nak menulis... cuma kesakitan hati tu semakin menyucuk-nyucuk angkara ada yang masih tak serik-serik lagi....

tak kisah la.... ko ada pHD ke... ko ada master ke.... ko ada degree ke..... tapi kalau dah tahap degil, otak tak reti nak pikir.... rasa diri hebat sangat...susah!!...

sekian, wassalam.

Monday, June 11, 2012

Anak, Hujan dan Aku

 
 Dugaan hari pertama selepas bercuti panjang.....


Dah lama bercuti.... dah puas berjalan.... dah puas mandi swimming pool....dah lupa buku segala....
Anak bujang ku meragam....

Bangun tidur :-
"ibu, nanti kejut adik ya pukul 2, adik nak tengok F1"
'F1 dah malam tadi dik.... kereta adik dapat no 4'

Pastu dia buka tv astro sport tu... kebetulan ada ulangan.
Sungguh tekun dan tawaduk dia menengok.... macam tengok live.. siap bagi sokongan lagi tu...

Sampai masa kul 11, aku suapkan dia makan, pastu lepas makan ku suruh dia mandi. Kemudian ku pon mandi.... abes ku mandi, si kakak berkata dengan agak keras "adik! ibu dah siap!".....
Lorr????? rupa2nya dia belum mandi lagi!!!!....
Ku pon bising suh mandi.... mana boleh lewat.... dahlah ku kena sampai skul sblm kul 12.
Ku dah bising pon muka dia cam tempe basi.... sebab F1 tu lom abes... mana boleh ku benarkan dia tunggu, sebab abes kul 11.45.

Jam dah menunjukkan kul 11.25. Ku jerit suruh si Siti mandikan adik.... time nie adik dan menangis sebab aku dah bagi dia tapak tangan di punggung dia angkara dia masih takmo bersiap ke skolah.... ku sibuk menyiapkan barang yang nak dibawa.
Bila ku matikan tv dan cabut plug sebab guruh dah berdentum.... adik makin tak terkawal dengan mengaruk-ngaruk..... nak tengok F11111111111111111111!!!!!!...... dia bersiap jugak dengan air mata.

Aku pon naik hangin jugak.... sebab adik dah mula berlari takmo masuk kereta.... stokin belum pakai lagi nie.... sambar aje kasut dan stokin campak dalam keta, nanti pakai dalam keta.....
Siap berkejar-kejar nak suruh masuk kereta... dapat tangkap masuk keta, siap dia bukak pintu nak terjun keluar semula.... dengan suara ku yang berdentum... dengan suara adik yang mengaruk.... 
Drama swasta!!!!......

Pertengahan jalan nak ke skolah adik, hujan selebat-lebatnya turun....
Dah nak sampai skolah, ku tazkirah lagi.... pastu adik dah mula cool down sikit sebab si ayah berjanji nak gi bawa tgk movie madagascar weekend nie melalui tipon.

Dah sampai skolah, adik cium aku..... sebab dah cool down selepas tazkirah dan perjanjian madagascar...
Masalah lain pulak.... 'hujaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan'
Pakai payung pon tiada makna.... hujan beserta angin kuat.... kuyup ku nak menghantar adik sampai masuk ke kelas.... nak masuk kembali ke keta pon ku tak pakai payung pon sebab tiada makna... kuyup!!

Selepas hantar adik, antar baju pula ke rumah babysitter adik.... mak ina.
Hujan seperti di gambar atas.... masih lebat.... hanya angin yang sudah kurang....
Ku redah masuk rumah mak ina.... sekali lagi kuyup....

Tragedi terjadi ketika ......
Ku keluar simpang dari rumah mak ina dengan ganas dan tak nampak ada kereta yang datang.....
Dengan hujan lebat, air penuh kat jalan... kereta itu hitam.... pokok-pokok besar di tepi jalan.... gelap.
Syukur kereta itu mengelak... pastu dia slow, turun tingkat dan mula marah......
ku tanya siti "kena ke??"
siti jawab "tak kena"
aku pon blah la.... dengan ganas dan laju lagi ku pecut kereta.... turunkan siti kat tepi jalan....pastu merempit ke skolah.... ku tengok kembara itam tu follow blakang aku....
"ah lantak ko la..... bukan kena pon!!"

sampai skolah hujan masih turun... 
ku lihat besi yang bahagian tayar tu tertanggal separuh.... "abes!!!"  dalam hatiku..... kena keta orang tu tadi!
sekali lagi redah hujan....kuyup lagi... ah lantak dengan ko keta.... yang penting ku punch card dulu...... 11.57!!! 

pastu ku minta izin kuar skolah, mana tau keta tu ada berhenti kat mana-mana....
ku tengok-tengok takde.....

Pastu ku masuk skolah smula. 
Ku belek-belek keta ku.... ku masukkan balik besi nipis tu.... masuk balik....
Ku pon dah down time tu.... emmm, kira aku 'hit and run' la .... risauuuuuuuuuu dah menyelubungi hati.

Tapi bila ku belek-belek lagi kereta ku depan belakang..... takde pon kemik ke calar ke.... cuma besi tu aje yang 'slanting'.... ke aku langgar air yang banyak tadi ek benda tu tanggal?? sebab air memang penuh sepanjang-panjang jalan.... cuma keta tak mati aje kat tengah-tengah air tu..... ku masukkan balik, masuk semula benda tu.....yang getah dia dah memang tanggal lama dah....

rasanya ku tak langgar la ek keta tu.....

malas ku nak fikir-fikir kan...

Bila ambil adik dari umah babysitter tadi, dia dah okkkkk..... dengan muka manja dia, dengan konon-konon comel dia tu.... siap cium pewot aku banyak-banyak kali.....
aduuuuuuuuuuhai anak oh anak.... tidak kah kamu tahu bahawa tidur malam ku tidak lena.... ayah mu nak bangun kul 1.50am sebab nak tengok bola dan F1. Dari kul 1 ku dah terjaga banyak kali.... bagai tidur-tidur ayam, pukul 3.30am ku bangun lagi sebab ayah mu nak gerak ke kL. 
Pukul 4 lebih baru mataku boleh lelap semula....adik bangun nak minum air - haus dan kencing. 
Pukul 6 lebih bangun semula....

Yang pasti AMARAN keras - Jangan ajar anak bawah umur anda menonton dan meminati F1. Sebab waktu siaran adalah mengikut waktu negara yang menganjurkan ketika itu dan mengambil masa yang lama nak menghabiskan 70 lap. 
Amat tidak sesuai sebab mereka akan mengaruk nak tengok jugak!!....
Dan isteri anda pun akan mengamuk jugak sebab dia akan lambat ke sekolah dan hampir berlaku kemalangan yang tidak dapat dibayangkan kalau terjadi kerana isteri anda bawa kereta macam F1 jugak!!!

Nasihat : marilah kita menanamkan minat belajar di sanubari anak kita sebab dia berjaya menjunam dari no 9 ke no 14 peksa hari tu huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!
Marilah kita mengajar jawi dan agama kepada anak kita sebab dia hanya dapat markah 60 sahaja matapelajaran itu.... huuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....

Seluruh pakaianku yang basah kuyup tadi mengering di badan.....
dan kini, hidungku... kepala ku sudah menunjukkan tanda-tanda selsema.....

Kadang-kadang ku terlupa yang ku ini hamil....
Tatkala badan sudah meragam, baru ku tersedar yang ku ini hamil.... 

Kalau ada baby kecik nanti tahun depan.... lagi la ku tak tau apa rupa ku ketika itu....time itu, muhd dah darjah satu, skolah kebangsaan dan skolah agama..... huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Pesanan : Sayangilah daku dan hargai lah daku dengan lebih lagi...
Sesungguhnya cabaran membesarkan anak betul-betul menguji......
Hanya dengan kasih sayang itulah yang mampu merawat jiwaku.... sob... sob....