Monday, June 25, 2012

Musim Keputusan Peksa

Salam fren....

Seperti biasa, kalau anak peksa.. emak yang over react....

Tapi kali ini, ku tiada perasaan....
Kali ini dengan PJJ nyer... dengan tak larat nya...

Dengan takde perasaan itu, adik muhd menjunam teruk markah peksanya...
Dengan kata dia "adik tak kisah, tak dapat seratus peratus pon takpe"
Ish3.... dengan kata2 itu, dia tak belajar langsung nak peksa....
Dan dengan kata2 itu, subjek Jawi dan Aqidah dia sangat2 la terok... dapat 60 aje.... ish3....
Kalau dulu, dah sempot bila dia dapat no 9, kali nie lagi la... no 14 ngko!!....
adeeeeeeeeeh, anak bujang ku oooooh anak bujangku.....

Cuma yang mengembirakan hatiku ialah adik muhd dah mula berminat membaca buku. Tak kisah lah, walaupun buku komik, janji dia membaca.... dia minat nak baca buku Boboi Boy... aku belikan dan sejuuuuuuk perot aku bila tengok dia membaca buku tu. Sekurang-kurangnya dia mengasah lisan dalam bacaan. Kalau kakak zaman seusia dia dulu dah membaca surat khabar... zaman adik nie, kira dah ok dah tuuuuuuuu..... sebab adik muhd nie manja terlampau.... semuanya takmo!!...

Untuk anak dara ku... si Aqilah...
Penumpuan aku berikan lebih kepada subjek matematik. Sebab dia nie suka careless.
Ujian Mac aritu, dapat 72 aje!! ish3.... semuanya cuai... bukan tak reti.. ish3....

Dan lebih latihan utk subjek mate membuatkan markah melonjak dari 72 kepada 92 utk periksa kali ini.
Kalau dulu dpt no 11, kali nie naik ke no 6. Juga no 6 dari 363 orang murid tahun 3.
Saingan kelas pertama amatlah sengit... kira bonus kalau kakak dapat no 3 teratas... rekod setakat ini hanya boleh cecah no 3 aje huhuhuhu......



Cuma yang aku dah lamaaaaaa marah dan geram, ialah kepada cikgu english si kakak.
Memula dia dah bagi markah, then lepas tu dia jumpa aku kat perhimpunan,
dia cakap "Your doter mark is not 90 ya, 89".... i ask why?... then she said "because she's ur doter, i simply deduct it" 

Kerana aku cikgu kat sini, anak aku kena tolak markah???? aku masih marah nie walau perkara ini sudah berlaku sebelum cuti lagi.
Actually dia nie baru menggantikan cikgu lelaki yang aritu.... dah 3 orang guru silih berganti mengajar english kelas anak aku..... tapi tak kisah lah... janji proses pengajaran dan pembelajaran itu tercapai objektifnya, aku terima....
Tapi cikgu yang sorang nie memang tak profesional langsung.
Siap liquid tu penandaan dan ganti semula markah.
Memang la cuma satu markah saje...
Aku tak la marah kalau dah terang2 dari awal dia bagi markah berapa pon.... ini dah bagi siap liquid, tukar markah, then cakap plak kat aku cenggitu... adeeeeeeeeh hangin, sungguh hangin....
Walau aku cikgu kat skolah nie, dia ingat aku tengok agaknya soalan2 peksa tu sebelom peksa???.... takde dalam sejarah sekolah aku, cikgu boleh tengok soalan peksa utk anak..... makin anak cikgu la makin soalan kena sorok...

Kalau aku mengajar anak aku dari segi penulisan ayat atau karangan, itu pon selalu dia tanya kat Aqilah.
"u did urself or ur mom teach??"
Hadooooooooiiiiiii sakit jiwa betol cikgu sorang nie.... apa salahnya kalau aku ajar. Kan itu salah satu proses pembelajaran. Budak tu baru umur 9 tahun. Kalau aku bagi ayat, dan dia tulis.... dah kira ok la tu...  kiranya dia belajar camne nak eja dan camne nak tulis ayat yang menarik.
Itu pun menjadi masalah ke???? sungguh aku tak puas hati. Sama juga kalau kita antar anak ke tuisyen, boleh ke dia nak pertikaikan????.  Dan tak mustahil la kalau cikgu nie memang satu sekolah tak suka!!!

Arini, baru aku dapat tengok markah keseluruhan kelas. Cikgu kelas dia mc minggu sebelum nie sebab kaki terseliuh.
Utk english kelas kakak, markah paling tinggi ialah 92. Kemudian 91 dan diikuti dengan markah kakak 89.
Kira kalau ikut purata keseluruhan markah tertinggi, kakak antara 3 yang tertinggi.
Itu aje la yang boleh menyedapkan hati aku huhuhuuuuuuuu......
Biasanya standard pemarkahan utk kelas pertama adalah tinggi, sebab cikgu2 taknak murid terbiasa membuat kesalahan dalam penulisan. Mereka diajar utk menulis dengan baik walau baru darjah 3. Itu kata cikgu2 yang mengajar kelas tu.

Bahasa Melayu memaaaaang la bisa buat copot jantung. Pernah sekali tu, markah bm dia enam puluh lebih... hadooooiiiii......

Utk Arab, markah paling tinggi ialah 89. Dan average budak2 dapat markah 80.
Kira ok la tu.... sebab aku pon tak reti arab kihkihkih.... nak ajar pon tak tau... lagi ayat dah panjang-panjang.... kalau ada gambar then vocab, boleh la jugak aku main teka-teka apa nama gambar tu dengan si kakak...  jadi pasrah aje la....

Pendidikan jasmani, kakak tak belajar langsung.
Masa hari peksa, ada ke dia tanya "PJ pon ada peksa ke ibu?"
hadoooiiiii.... sabo aje la....

Pendidikan Seni, kakak memang kurang berseni hehehehe.....

Peratus keseluruhan sedikit. Perlu tingkatkan usaha.

Apa pun, aku bersyukur..... kakak anak yang bijak. Perlu di asah lagi supaya  lebih cemerlang.
Adik pon bijak juga.... cuma tiada usaha, huhuhuuuuuuuu.......

#######################  =============  #######################

Bagi peksa sekolah agama..... amik penyata hari jumaat lepas. Dan dek kerana jumaat lepas aku dah berada di Axis Atrium.... maka ku tak dapat nak amik.
Dan arini, kakak tak skolah sebab kami bertolak balik JB pagi tadi.

Cuma dari khabar-khabar yang didengar dari murid kelas kakak.....
Kakak dapat no 1.
Jika benar... Alhamdulillah....
Tahniah anakku.....  Keep It Up!!
Esok kita tengok report card. Ibu tak sempat nak jumpa ustazah, ada sukantara esok sampai jumaat.
Nanti kakak amik bawak balik ya.... kita wat analisis keputusan.

******************************************************************

Hari ini jugak.... ada 2 speed trap. Aku antara yang kena trap!!! huuuuuuuu......
122-124 km/h kalau mengikut bacaan meter ku.
Yang sebelomnya, yang aku tak nampak adanya pak polisi bersama camera besar, aku tak tau la sebab aku bawak lebih daripada itu.... ya jauh melebihi bacaan di atas huuuuuuuuuuu......harap2 takde la speed trap sepanjang-panjang ku merempit itu.

Harap2 camera pak polisi tu rosak ler.... tak ter snap keta aku. Amiiiiiiiiiiiiiiin.

3 comments:

Asmida said...

Tahniah Aqillah.... jumlah markah Aqillah lebih banyak dari Afiq.... dan Aqillah dpt semua A utk 5 subjek tu.... Tahniah!....

tahniah juga buat ibu Aqillah.....

Cikgu Nana said...

Alaaaaaaahai si as nie, tak usah la banding-banding... dorang nie kecik lagi, panjang lagi perjalanan.

Alhamdulillah.... cuma yang atas pagar tu kena perbaiki lagi.
InsyaAllah.

Asmida said...

Betul tue.. bukan nak bandingkan atau apa... tapi sekadar nak anak2 nie lebih berjaya dikalangan rakan2nya.... Tak nak ler anak2 kita ni tercicir dari group dia.. tu jer...