Friday, September 16, 2011

Macammana bunga raflesia itu ibu?

Anak perempuanku pernah bertanya

"ibu..ibu, bunga raflesia tu kat sabah kan?"

"ya...kat sabah"

dia bertanya lagi "macammana bunga raflesia itu ibu?"

"emmm...macam tu la, bunga paling besar di dunia" hahahaha....jawapan sengal!

"ibu pernah tengok tak?"

"pernah..pernah, tapi masa ibu tengok tu, bunga tu dah mati....nanti ibu tunjuk gambar"

~ini gambarnya~ 
"masa ibu nak tengok nie, ibu dalam perjalanan buat fieldwork ke keningau...ibu masuk jaaaaaaaauh ke dalam hutan utk sampai ke kawasan nie...lecturer ibu sampai koyakkan bahagian lutut seluar jeans dia sebab susah nak masuk dalam hutan nie. Sampai2 je kat bunga tu, bunga tu dah mati dah....tu hitam dah...Ibu ambil jugaklah gambar...dah penat jauh berjalan ke dalam hutan.."

Aqilah bertanya lagi "nanti kita balik raya kat sabah, boleh tak kita tengok bunga raflesia tu ibu"

"ish!...jaaaaaauuuh kak.. nak masuk dalam hutan tu....setengah jam berjalan turun lereng gunung, lepastu nak naik semula tu jenuh...entah2 takde pulak bunga tu.....lepas tu kita tak melalui kawasan tu utk balik rumah nenek" jawab ibu.

Aqilah menunjukkan muka faham dan sekadar melihat gambar bunga raflesia yang sudah hitam itu...
oh, kesiannyaaaaa anakku.

begitulah sedikit kisah perbualan anak dan ibunya heeeeee.....

*************************************************************************

TETAPI....jika Allah nak memberi rezeki kepada seseorang itu, maka ada lah rezeki itu....
Rezeki Aqilah sewaktu kami dalam perjalanan ke poring....heee banyak betol singgah menyinggah....
Kami nampak iklan seperti di bawah...

banner akan dinaikkan sekiranya bunga sedang kembang

Kemudian, kami melalui dua anak sungai......

anak sungai pertama

anak sungai kedua


Kita bagi budak yang bertuah ini jalan dulu...rezeki dia tercapai impian nak tengok bunga raflesia..

dah sampai ke kawasan rumah tuan tanah

tuan tanah memberi penerangan, rm10 utk sorang dewasa...

tahniah....syukur ada rezeki kamu....

begini kawasannya...

opppps!! tak boleh sentuh nanti mati...gambo jek boleh...
tu pon tokleh pijak2 sembarangan,
takut ada putik2 bunga....mati nanti...very sensitip!

kitaran bunga....hanya 7 hari berkembang...
lepas 7 hari akan jadi cam bunga cik bunga masa memude dulu hee


Dalam perjalanan pulang....kami singgah ke anak sungai tadi....yahuuuuuuuu main air....sejuk...sejuk..sejuk...air gunung...

anak2 sangat excited!

cetek jer hee ingatkan nak kena lalu jambatan gantung kihkihkih...

nak jugaaaaaaaaaaak.....heee

Orait...dah tengok bunga raflesia.....Kata mamat yang owner tu, dia cakap la....70% org sabah tak pernah tgk bunga tu. Ye la...bunga tu tumbuh sendiri, tokleh pegang, tokleh apa2 lah....hidup di kawasan gunung....jadi  bergantung kepada rezeki...Tapi nie dah ada kawasan yang senang nak dituju....pasti mudah sesapa yang nak tgk lepas2 nie.....seronok taw!...

0 comments: