Wednesday, June 29, 2011

BeRaTnYaaaaaaa....

Bila badan terasa berat
Otak menjadi slow
Pergerakan lambat2
Semua benda jadi lembab

Dr Zaleha kata, bila kita penat & stress, kuman akan mudah menyerang badan kita,
mulalah kita rasa sakit2.....rasa cam nak demam....bla...bla....kena rehat, pemakanan.....bla...bla...
ubatnya senang jer....makan panadol...(hahaha....berjela2 dia cerita sampai setengah jam, pastu ubatnya panadol jek???)

Tadi berjumpa dengan tukang urut diraja hahaha....perasan jadi permaisuri kah??
saya gelar dia diraja sebab urutan dia kelassss....sambil membebel2 tangan tetap menjalankan tugas....tot tet tot tet mulut dia bercerita.... tapi saya kagum dengan semangat dia nie, kalaulah saya bersemangat dan tegas macam dia ek....macammana la hidup saya sekarang ini......samada makin bahagia atau dah lama dalam longkang kena sepak uhukkks.....


dalam kepala dan badan tak berapa mengizinkan....
dapat perkhabaran yang tidak menyenangkan mengenai si tukang bekam yang pernah saya dapatkan khidmatnya.....
  • telah diceraikan ketika masih dalam pantang bersalin anak no 4
  • ketika diceraikan di pejabat agama, si jantan tak guna tu tinggalkan sahaja wanita ini terkontang kanting dalam keadaan masih dalam pantang di pejabat agama, sehinggalah pegawai pej agama yang kesian antokan dia balik.... (berperikemanusiaankah itu jantan????)
  • sewaktu diceraikan juga, seposen pon takde dalam kocek wanita ini.....
  • selepas diceraikan, si jantan tak guna itu telah membawa semua peralatan membekam.... (binatang sungguh!!... sedangkan membekam adalah hasil utama si wanita ini)
  • ketika ini, wanita itu sedang disuruh berkemas2 untuk mengosongkan rumah, kerana si jantan tak guna ini akan mendiami rumah tersebut bersama isteri baru... (manaaaa lah wanita dan 4 orang insan2 kecil itu hendak membawa diri dalam masih dalam pantang yang belom habis???? kalau mengikut cerita, masa diceraikan itu, mak bapak wanita ini cuma berkemampuan rm100 sahaja untuk dihulur pada wanita itu)
moral of the story : wahai isteri2 di luar sana..... bersediakah anda sekiranya situasi ini melanda....kata orang kalau kita berjaga2 benda takkan terjadi....kalau kita lena leka, maka benda akan terjadi...
oleh itu....sentiasa bersedia dan berjaga2lah anda....supaya benda ini tidak terjadi...terutama tentang wang simpanan peribadi anda sendiri....
zaman sekarang ini, pempuan2 muda semua mengambil langkah nak cepat dan gelojoh, tamak haloba.....rampas suami orang untuk hidup senang...dengan bertindak kejam...(kaum wanita sendiri yang memusnahkan hidup kaum wanita lain....kaum lelaki suka jer, dapat pempuan getik!)


 أستغفر الله!!!

2 comments:

Asmida said...

Alamak!... cerita kat kat bawah tue menakutkan aku ler.. Maklum lah kita nie wanita..... lagi pulak 2 hari lepas boleh pulak mimpi cik hubby kawin kali ke3?... Oh tidak!... cukuplah dalam mimpi.... jauhkan dari kenyataan.... Moralnya...siapkan payung sebelum hujan!.. Jangan dah hujan baru nak beli payung kan.....

Cikgu Nana said...

hihihi....siap mimpi2 tu si as nie......

aku masih terbayang2 muka kakak tu taw....sedeyyyyy giler....rasa cam tak sanggup nak pi jumpa dia time nie....kesian!

aku nak siapkan payung besar cam rumah boleh?..hahaha..tapi camne nak saving kalau tiap2 bulan cukup2....emmm....kena budget tahap makan telur & bilis jek la hahahaha