Wednesday, December 14, 2011

Kisah Benar

Salam semua....

Dalam kegembiraan yang diharungi oleh sahabat lain.
Ada terselit segumpal perasaan di dalam hati ini.....

Segumpal perasaan itu menjerut rasa hati...berjaya menyesakkan dada.
Apabila Allah memberi peluang kepada kita utk melihat kisah benar.....dan kisah benar ini betul2 mengusik hati.

Kalau selama ini, kita hanya mendengar kisah dari sebelah pihak...tapi semalam, Allah memberi peluang kpd saya utk melihat kisah dari kedua-dua belah pihak.

Kisahnya mengenai pasangan suami isteri yang pada saya keluarga yang kurang bahagia....atau lebih tepat, memang tidak membahagiakan.....

Si isteri diceraikan tatkala masih dalam pantang 40 hari bersalin sewaktu anak ke-4.
Si suami bernikah lagi satu bersama anak dara berusia 26 thn.

Hebat bukan?....

Mari kita lihat keadaan ini :

Keadaan Si isteri
Tidak bekerja. Tiada pendapatan tetap.
Memelihara ke empat2 anak sendirian. Si kecil sekali berusia 7 bulan.
Bermula dengan menyewa rumah flat berharga rm300 setelah diusir dari kediaman sederhana mewah 2 tingkat.
Kemudian setelah didesak bekas suami, demi anak2 mereka yang kecil2 dan memerlukan ruang untuk bermain dan membesar.. si isteri memutuskan untuk bersetuju berpindah ke rumah lama mereka teres setingkat yang sebelum ini disewakan orang.
keadaan rumah? daif tanpa perabot, hanya ada 2 buah tilam. Lampu banyak yang tidak hidup dek kerana penyewa yang tidak bertanggungjawab.
Si isteri sebenarnya yang tidak tahan hidup dengan si suami.....panas baran, cemburu buta....
Terpaksa bertahan hidup sendirian walau susah yang amat.
Ada si suami ingin merujuk demi anak2...tetapi, si isteri masih berishtiharah.....
Keperluan anak2, si suami masih memberi nafkah dengan memberi barang keperluan. Namun wang tidak diberikan walau seposen pon.
Sehingga sekarang, bekas suami masih belum menemui ibu bapa pihak perempuan bagi menyerahkan kembali bekas isteri.....(sebagaimana ambil dulu minta izin, pulangkan semula perlulah melalui orang tua juga, sekurang2nya ada lafaz menyerahkan kembali sebagai hormat kepada ibu dan bapa).

Keadaan si suami
Kaya...entah kaya yang macammana...tetapi BMW 5 series ada sebiji. Naza Ria Sebiji. Dan ada belikan isteri baru Gen-2 sebiji. Rumah ada 3 biji.
Bilangan isteri ???? ada 3 sebenarnya....
Isteri yang di atas adalah isteri ke 2. (smalam baru sohih tau keadaan ini)
Isteri pertama?? taktau masih bergelar isteri atau tidak, rasanya sudah tidak. Namun keadaan isteri pertama rasanya lebih terbela kerana dia graduate US. Punya anak 5 dengan lelaki ini sebelum lelaki ini berkahwin no 2.
Total anak : 9 orang.
Lelaki ini memang panas baran!....raut wajahnya....cara percakapannya....kehendaknya.....memang BARAN. Dia memang mengaku dia baran.
Namun baran yang ada diselaputi dengan appearance iman yang tebal (hanya Allah yang tahu keimanan dia). Sudah bergelar haji ketika usia belum mencecah 40 thn.
Nafsu besar!
Bangga punya isteri banyak dan anak banyak.. dari cara dia bercerita.
Tidak memikirkan hati dan perasaan isteri... kehendak, hati sendiri, apa sahaja kata dia, dia berhak! sebab dia lelaki..... si isteri di omok-omokkan dengan dosa jika melawan walau dalam pantang baru melahirkan!.
Ada pernah Orang lelaki melihat isteri yang sarat 9 bulan mengandung anak ke 4 di sopink komplek pon, isteri di amuk kerana cemburu. Walhal, entah2 orang yg tengok tu...teringat bahagiaanya melihat perempuan mengandung dan membayangkan kelahiran bayi.
Sering mengusir isteri ketika bergaduh.

Isteri baru no 3 sudah di arah supaya resign.. dan dah hantar surat resign pon. (bagi saya, senang lelaki nie  nak kontrol sebab si isteri dah takde pendapatan sendiri).


Pendapat saya
Malang bagi siapa yg menjadi isteri kepada lelaki ini.

Seumur hidup saya, malah anak2 saya....serta keturunan saya, saya berdoa, agar Allah menjauhi diri kami sekeluarga dari berjumpa, berhampiran, malah dijauhkan dari berkaitan......manusia seumpama ini.

Sesungguhnya....lelaki ini memang tidak layak bergelar lelaki dan suami.

Hidup ini berputar seperti roda. Tatkala isteri no 2 menikahi lelaki ini, isteri pertama menderita.
Tatkala isteri no 3 menikahi lelaki ini, isteri no 2 menderita.
Mungkinkah akan ada isteri no 4??? tidak mustahil.
Melihat cara....isteri2 lelaki ini memang menderita sewaktu hidup bersama.

Dan mungkinkah akan ada balasan Allah terhadap lelaki ini atas perbuatannya????..... juga tidak mustahil. Hanya masa dan ketentuan Allah yang menentukan. Wallahualam.

THE END.

0 comments: