Sunday, August 21, 2011

Demam campak

Aduuuuuuuh....

Rupa2nya demam dengan suhu yang tinggi aritu adalah tanda cik bunga nak kena demam campak...

Bila Doktor kat specialist tu kata adik muhammad allergic ubat...kami dah konpius...tapi sebab dengo kata Dr...kami setuju yang dia allergic ubat....

Cik bunga sebagai ibu, tidur peluk dia....dukung dia......kesian, anak kan...bila dia sakit....susaaah hati ibu.

Balik rumah emak...emak terus cakap "campak nie"....pat dalam ati...takpela, dah sihat....tinggal bekas jer....

Dan dengan itu, sebenarnya cik bunga sudah dijangkiti oleh itu virus campak!

Virus demam campak sangat mudah berjangkit melalui batuk, bersin dan sentuhan, terutama pada cecair hidung atau mulut individu yang dijangkiti. Virus ini akan kekal aktif dan boleh berjangkit walaupun terapung-apung di udara atau ada di atas mana-mana permukaan selama 2 jam.
Virus ini boleh dipindahkan kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit mengalami gejala pertama atau 4 hari selepas ruam muncul. 


Penyakit ini dieram dalam badan.....

Virus demam campak mengambil masa 7 hingga 14 hari (purata 10 hingga 11 hari) untuk membiak dalam badan sebaik ia menjangkiti seseorang.

adik muhammad demam teruk mulai ahad  7 ogos, kemudian cik bunga pula demam teruk pada 18 ogos. Ini bermakna virus ini mengambil masa 12 hari untuk menunjukkan taringnya.

Memang teruk demam campak ini, kerana ia datang secara package.....

hidung berair, batuk, hidung tersumbat, mata merah, sakit otot , sensitif terhadap cahaya dan demam

cik bunga mengalami hidung berair yang teruk pada hari kedua demam yang teruk....batuk yang sangat sakit...kerana tiada kahak, kering....macam nak tertanggal anak tekak....mata merah bengkak dan berair....tekak cik bunga juga sakit sampai sekarang.


Ini proses yang lebih tepat bagaimana campak menyerang


*Tahap pengeraman sekitar 10 hingga 14 hari selepas dijangkiti di mana pesakit tidak mengalami sebarang gejala

* Tahap prodromal berlangsung selama lebih kurang lima hari. Pada saat ini, kanak-kanak mula menunjukkan gejala seperti demam selesema, hidung berair, batuk ringan, mata merah berair (konjunktivitis), photofobia (mata mudah silau kepada cahaya) dan kesukaran menelan. Tompokan kecil berwarna putih di dalam mulut (koplik’s spot) berupa garam yang ditaburkan di atas permaidani merah, lazimnya dikesan selepas dua hingga tiga hari pesakit mendapat batuk selesema. Koplik’s spot dinamakan sempena seorang pakar pediatrik di Amerika Syarikat, Henry Koplik yang pertama kali mengesan tompokan ini.

* Apabila tahap pembentukan ruam yang berasa sedikit miang bermula, demam menjadi bertambah tinggi sehingga mencapai lebih 40o C. Batuk pula semakin parah.

Sebahagian ruam muncul dalam bentuk perubahan warna (makula) manakala sebahagian lagi timbul pada permukaan kulit (papula).Tabiat ruam campak bermula dari belakang telinga, leher, muka, dada, merebak ke seluruh badan, tangan, punggung, perut dan lengan sebelum menjalar ke bahagian kaki. Keseluruhan proses ini mengambil masa antara dua hingga tiga hari, kemudiannya beransur-ansur hilang manakala suhu badan mulai menurun, demam kebah dan koplik’s spot turut lenyap. Sebab itulah, kita biasa mendengar orang tua-tua selalu berkata, sekiranya ruam sampai ke kaki, tandanya campak semakin sembuh.

* Tahap penyembuhan; ruam hilang, lapisan kulit mengelupas manakala konjunktivitis juga semakin pulih. Gejala batuk bagaimanapun mengambil masa sedikit untuk pulih.

Gejala campak, kata Dr. Azam, sekalipun nampak ringan tetapi ia boleh menyebabkan komplikasi jangkitan yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Masalahnya, virus campak boleh ditularkan daripada seseorang kepada yang lain semasa pesakit masih berada pada tahap pengeraman yang tidak menunjukkan sebarang tanda.

“Komplikasi yang paling biasa mengiringi campak ialah pneumonia, keratitis (inflamasi selaput mata) yang jika tidak dirawat boleh menjejaskan daya penglihatan, otitis media (jangkitan telinga) menyebabkan pekak dan ensefalitis (radang otak) menyebabkan sawan.


Rawatan biasa yang diberikan ialah banyakkan minum air bagi mengelakkan dehidrasi akibat panas badan, pemberian paracetamol bagi melegakan demam, antibiotik sekiranya terdapat kuman di dalam paru-paru dan vitamin A bagi mengurangkan komplikasi.





Komplikasi
Kebanyakan pesakit campak akan sembuh sepenuhnya , namun ada sesetengah yang akan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan komplikasi lain berlaku antaranya:
  • Jangkitan telinga
  • Pembesaran Nodus Limfa
  • Inflamasi otak : 1 dalam 1000 kes campak
  • Jangkitan paru paru
  • Jangkitan bronkus
  • Jangkitan peti suara
  • Cirit birit atau muntah
  • Semasa mengandung, ia boleh menyebabkan kelahiran pramatang, keguguran atau bayi lahir kekurangan berat badan.
  • Kematian amat jarang berlaku ( satu atau dua daripada 1000 kes, selalunya disebabkan oleh jangkitan paru paru atau jangkitan otak

Dalam kes ini, cik bunga mengalamai cirit birit dan muntah. Ini berlaku malam tadi lebih kurang pukul 2.45 pagi....cuma mungkin tak lalu makan, cirit birit tidak berapa teruk.....habis semua di usus dikeluarkan. pastu dah ok dah....ptg nie pon dah takde tanda2 sakit perot. 

Campak juga boleh menjangkiti pesakit untuk kali ke dua....huhuuuuuuu.....ini yang buat seraaam nie....Semoga Adik Muhammad tidak dijangkiti kali kedua....

Masa cik bunga bersin dan batuk yang teruk....Aqilah berada begitu dekat dengan cik bunga....sangat dekat...dan berada dalam lingkungan 2 jam.....Ya Allah...lindungilah anakku....Nurin Aqilah....kasihanilah dia....aqilah dah bersin2 tanda selsema. Tapi kalau ikut sejarah vaksin, aqilah dah mengambil 2 vaksin campak, masa usia setahun dan darjah 1. Semoga dia kebal ya Allah.

Waktu malam, cik bunga tidur sebilik dengan semua ahli keluarga cik bunga.....sambil tidur dengan batuk yang keras....dalam aircond....Ya Allah!....apa dah cik bunga buat...
Malam tadi saje cik bunga melarikan diri tidur di depan TV....sebab takmo menyebarkan virus...Itupun suami tak bagi cik bunga tidur luar....adakah sudah terlambat???? 
Suami cik bunga juga selalu berada dekat sewaktu cik bunga batuk....

Ya Allah selamatkanlah seluruh ahli keluargaku ya Allah.....
Tahun ini, cik bunga nak beraya kat sabah...anak2 dah excited, Janganlah ada yang sakit....

4 tahun sudah..agenda berjalan pon gagal kerana adik muhammad cirit birit yang teruk.
Semoga kali ini niat cik bunga nak berjalan2 di sabah tercapai.....amiiiiiiiiiiiiiiin......


0 comments: