Monday, August 22, 2011

Nak pulihkan kulit.....

Bila sakit begini...seluruh tumpuan, nak sihatkan badan...dan nak jaga badan....apatahlagi bila muka dah jadi lebam....sebab paling banyak campak nie keluar kat muka....bahagian dagu macam berjanggut!...belakang badan....semua2 tempat la....betul juga orang2 tua kata, kalau kena penyakit2 begini, waktu dah berusia lebih teruk dari kanak2.....

Tapi Allah itu maha adil....cik bunga period lebih awal.....kalau tidak...berpanjanganlah cik bunga tidak berpuasa kerana perlu menghabiskan ubat2an.....terutama antibiotik....

Google ke sana ke sini mencari petua2 utk demam campak nie...
Antara yang cik bunga jumpa ialah mandi dengan daun semambu...untuk menghilangkan gatal....


Daun Semambu

Ya memang dah start gatal....masa nak keluar campak tu....1001 rasa yang menyakitkan....

Bila dah keluar dan semakin keluar....panaaaaasnya rasa.....sebab tu cik bunga rasa nak duduk dalam aircond setiap masa.....patutlah adik muhammad tak banyak karenah masa campak tu keluar banyak, sebab masa tu dia kan admitted kat putri...bilik tu memang aircond dan sejuk.....

Bila dah keluar habis....harap2nya habis lah dah....lain pulak dugaannya.....gataaaaaal la pulak....malam tak dapat tidoooo....nak garu tak boleh, takut berparut....kat kepala gatal...kat lengan gatal....kat belakang gatal....semua2 lah gatal....tekan2 jek la....buat gerakan seperti mengurut...kurang jugaklah rasa gatal tu....
Niat nak tido depan tv lagi tak jadik...sebab panas dan perlukan aircond....batuk dah takde, semoga selamatlah semua ahli keluarga cik bunga dari virus ini.

Berbalik semula dengan daun semambu.....kalau selalu cik bunga cuma blenderkan beras (rendam semalaman) + kunyit + daun cermai untuk menghilangkan bekas jerawat.....Nak tumbuk tak larat daaa..blender jek....
Kali ini cik bunga + daun semambu pula.....kemudian cik bunga pakai macam masker tu....
mengikut kajian saintifik UKM, pat bawah nie cik bunga share kan....


5) Azadirachta indica Juss
Bahasa Tamil; Veppilai
Bahasa Melayu : daun semambu
Bahagian yang digunakan; Daun
Kegunaan :
Penyakit cacar, perlihatan kabur, bisul/bengkak, penyakit kusta, penyakit kulit dan luka kecil dan membasmi cacing dalam perut.
Cara penggunaan;

  1. Dimandikan dengan air yang direndam dengan daun dan kunyit. Dibaringkan di atas kain putih yang ditaburkan dengan daun di atas. Digiling daunnya bersama kunyit. Disapu pada parut-parut yang timbul.
  2. Pucuknya ditumbuk. Dititiskan jusnya pada kedua-dua belah mata pada waktu pagi selama tiga hari.
  3. Daunnya direbus. Ditampal pada tempatnya.
  4. Mamah 10 helai daun pada waktu tengahari dan minum jus perahan daun Q. saretum atau Q. basilicum (selasih) tiap-tiap pagi dan petang selama 40 hari. Ambil minyak sapi dan susu tiap-tiap hari.
  5. Rebus daunnya. Dibasuh tempat berpenyakit dengan air ini.
  6. Daunnya digiling. Diminum jusnya pada waktu pagi selama 2 hari.
  • Daun semambu adalah ubat yang paling mujarab bagi penyakit cacar. Jika kulit bijinya san Acorus calamus ( Jerangau : Bahasa Tamil; vasambu) ditumbuk menjadi serbuk dan diasapkan pada waktu malam, ia dapat mengurangkan gangguan nyamuk dengan berkesannya.
  • Daunnya mengandungi Qaercetin, nimbosterol (B-sitosterol), glumatik asid, tyrosine, aspartik asid, alorine, prolin, glumatin dan amino asid (cystine). Minyaknya didapati merencat pertumbuhan bakteria Mycobacterium pada kepekatan 12.5 mg/ml.
  • Ia juga dapat merencatkan pertumbuhan kulat finea rubrum, Trichophyton interdigitals dan coccidioes immits. Nimbidin dari kayunya didapati sangat berkesan terhadap penyakit kulit seperti eczema dan scabies.
Jadik.....semalam cik bunga gagahkan diri walau apa jua rintangan dan dugaan, dengan hati yang berdarah-darah....berjaya juga cik bunga mengumpulkan daun itu dengan menebalkan muka (yang sememangnya dah tebal dengan cacar)....Memula ke rumah babysitter nak amik homework adik muhammad....pastu tanyakan dia, kenal tak pokok tu...dia tunjukkan rumah jiran dia....tapi pokoknya tinggi dan daunnya kekuningan dah (musim panas kan)...at least cik bunga dah kenal mana satu pokok nie....pastu pusing keliling umah2 india yang lain.....dapat sikit jek....macam2 cobaan!!!....
syukur ada jiran india (lorong lain) yang pokok dia agak senang nak digapai. Tuan rumah bagi pinjam pisau utk mengerat ranting2 kecil. Dia cakap kalau sebelum pukul 6 senang, dia boleh tolong....lepas pukul 6 dah tak boleh kerat pokok. Takpelah....janji hajat cik bunga tercapai.....Alhamdulillah.

beginilah rupa pokok dia secara amnya....tak boleh nak besarkan gambo, pecah2 jadinya.....gambo ihsan google....

bila dah tau kebaikan pokok semambu ini, terasa nak tanam pula pokok nie...tapi nak tanam pat mana eh??? mana ada tempat lagi dah....huuuuu. Nanti cik bunga fikirkan cara heeee

Mudah2an....cepatlah baik demam campak cik bunga nie.....@ cacar.....dan tidak meninggalkan bekas....Amiiiiiiiiiiin.....




2 comments:

Asmida said...

kalau silap baca tajuk.. lain maksudnya.. "Nak putihkan kulit"... kih kih kih....

Aku sakit hari tu period cik bunga... tapi serupa org pose... x lalu makan minum... dah melepek tido memanjang... sama jer org pose... ko pose ke tengah sakit2 nie?... x larat x yah lah pose.... dulu laki aku nak kena campak pun x tahan kata sampai nak terkeluarlah bijik mata...mcm2lah... itu lelaki... ini kan pompuan... mesti lagi mencabar....

Buatlah apa petua dan semampu yg boleh... semoga ko cepat2 sihat dan dpt pulang ke Sabah dgn ceria.....

Cikgu Nana said...

huhuuuuu apa lah as nie...pulih jadik putih....teruk giler as muke...taktaulah camne gaya bila dah baik nanti....

ingatkan dah berhenti keluar...ini baru keluar bintik2 baru pat ruas tangan.....peha pon sama....aduuuuuh...lama rupanya penyakit nie.....

aritu aku ponteng puasa 2 hari...sbb tak tahan demam teruk aritu, pastu terus period, alhamdulillah. Nie kira tengah tak pose la nie....makan tak lalu langsung....dah ramping perot aku nie.....dah lama tak jamah nasi. smalam makan main2 jek...perut lapar, tapi selera takde. Harapkan air horlick jek utk telan ubat...ini pon dah ngelat2 makan ubat sebab demam dah reda. Tekak jek yang masih perit.

mak tak bagi masak...mungkin sebab minyak buat menumis tu akan memburukkan kesan kat muka kot...jadi aku memang tak masak langsung nie....aku rasa inilah ramadhan yang sungguh tak best...daripada takde mood nak masak, taktau nak masak apa sehinggalah tak boleh masak langsung. Sengsara perut!

Thanks as....aku pon harap trip kali nie berjaya dengan happynya...