Monday, October 17, 2011

internet mempengaruhi saya

Inilah yang saya kerjakan malam semalam.....

choco mousse brownies

Aduuuuuuh, mengikut remark dorang, kek nie teramatlah sedaaaaaap....dah tak yah gi secret resipi lagi dah....
Saya pon terpengaruh!! mudah sangat terpengaruh kan.....si edot pon buat gak kek nie...dia cakap rasa cam eskrim yg pat atas tu....(pat dalam ati...emmm pasti sedap!)

Usaha nie....beli loyang la, cari gelatin yang paling penting...kata edot pat giant ada jual halagel gelatin yang halal....dah pegi pulaaaaak giant. Beli loyang nie sampai 2 kali, kali pertama beli terbesar....pegi lagi kali ke 2 ke jusco beli yg 18cm pulak. Pencarian gelatin pat dalam botol...ingatkan cam nona ke kijang ke...tapi kedua brand nie takde halal jakim. Rupa2nya dalam kotak....

nie ha, aduuuuh jenuh, rupa2nya pat bahagian jelly dan dalam kotak.

Resipi saya ambil dari yani@myresipi.com

Bahan-bahan ( 18cm )

  • Brownies
  • 45g butter
  • 65g gula halus
  • 1 biji telur
  • 50g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • Chocolate Mousse
  • 140g coklat masakan
  • 1 sudu besar gelatin
  • 100ml air
  • 2 biji telur putih
  • 200g whipping cream
  • 40g gula halus

Cara-cara

  1. Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
  2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
  5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
  6. Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
  7. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
  8. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
  9. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
  10. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
  11. Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
  12. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.
  13. TIPS: Dari K nor : kalau guna loyang 23cm, buat 1 1/2 resipi ni utk elak dr terlalu nipis.


Okeh komen saya :

  1. Unik kek nie
  2. Agak manis bagi saya yang tak suke manis, so kalau nak wat next time kurangkan gula.
  3. Pakai whipping cream tu, saya rasa saya terlebih putar, bila terlebih putar dia dah tak creamy, dia jadi cam pecah santan plak....bau susu pun kuat di sini.
  4. Saya terkurang letak gelatin rasanya, mungkin satu sudu besar sampai bergunung kot. Bahagian mousse dia tu tidak berapa keras, kategori smooth. Bila kuar dari peti sejuk, jadi berwap pula di bahagian atas..maka tidak cantik.
  5. Brownies tu sedikit sangat, jadi di loyang dia jadi cam curve terbalik pulak....kurang cantik di situ, adunan 1 1/2 ok rasanya.
  6. selagi lom keras, jangan gatal2 tangan buka loyang tu....sememeh jadinya cam yang saya punye heeeeee.
  7. Emmm.....kalau taknak gemuk, sila elakkan kek ini huhuuuuuuuuuuuu.....

Nie gambar selepas saya repair bahagian atas kek dengan menambah koko van houten....
Selepas masuk ke bahagian freezer...kek menjadi seperti eskrim :)



Inilah akibat mudah terpengaruh.....sekian laporan saya ;)

2 comments:

Asmida said...

Yana... bg gambar whiping cream tu cam ner?... beli kat mana?.. tak pun bg klu2 berkaitan dgnnya.. mcm nak try jerk...

Cikgu Nana said...

nanti aku masukkan eh...heeee...