Monday, January 2, 2012

Bersara umur 60.

Salam fren....

Semenjak saya menandatangani surat perjanjian umur persaraan paksa/wajib pada usia 60 tahun, banyak perkara yang membuka hati dan minda saya.

Jika tanya saya kenapa saya memilih usia 60?... ada beberapa asbab yang kuat di hati saya.

  1. Jika sekarang suami yang banyak menanggung kehidupan kami, pada usia tua saya, usia suami jauh lagi tua.... 9 tahun beza usia kami. Kemungkinan pada ketika itu sedikit sebanyak, keadaan mungkin bertukar. Mungkin pada ketika itu saya pula yang banyak menanggung keluarga. Itupun kalau masih dipanjangkan usia. Saya harap, perancangan waktu muda ini, insurans yang ada dan sedikit sebanyak simpanan kami mencukupi pada ketika itu. Pencen lewat juga merupakan perancangan hidup saya.
  2. Saya tidak mahu menyusahkan anak-anak. Biarlah waktu tua kami, kami boleh menyara hidup kami sendiri tanpa memerlukan bantuan anak2. Biarlah anak-anak memulakan kehidupan mereka tanpa kami membebani mereka yang berkemungkinan pada ketika itu sudah berkeluarga.
  3. Kos sara hidup semakin meningkat, sedangkan sekarang pun terasa bahang inflasi, masa depan apatah lagi... sekiranya belum kiamat la...
  4. Saya antara golongan yang menandatangani usia pencen 58. Bermakna sekiranya pada ketika itu saya sudah surender mahu melepaskan perkhidmatan, saya boleh berbuat demikian walau saya menandatangani usia pencen wajib 60 tahun.
Semenjak menandatangani surat perjanjian itu....
Mata saya terbuka luas.... banyak contoh yang saya lihat.....
  1. Di kawasan tempat tinggal saya ini, sudah beberapa kali saya terlihat ada seorang nenek tua berbangsa cina yang sudah bongkok dua. Nenek ini akan menolak stroller baby yang sarat dengan barang-barang kitar semula yang dikumpul di kawasan kedai-kedai. Ada dua buah stroller. Nenek ini akan tolak satu dahulu kira-kira 30meter. Kemudian dia akan berpatah balik untuk mengambil yang lagi satu. Jarak antara kedai ke rumah pangsa nenek itu kira-kira 2-3 kilometer dengan mengambil kira jalan berbukit yg dilalui ketika menolak stroller sarat itu tadi. Dengan keadaan bongkok dua itu, cuba anda bayangkan bagaimana keadaannya. Setiap kali terlihat, saya berada di jalan yang bertentangan dan tidak berkesempatan utk mendekati nenek tadi. Ada sayu dan insaf di hati saya melihat keadaan nenek itu.
    Pada Jumaat lepas..... kebetulan Allah menemukan saya dengan nenek itu tadi dalam jalan yang sama. Nenek itu sedang duduk di tepi jalan melepaskan lelah, dan saya kebetulan lalu di situ selepas membuat pengesahan sekolah agama anak saya. Saya berhenti dan saya dekati nenek itu tadi.
    Melalui perbualan saya dengan nenek itu, nenek itu ada anak. Ada yang di taiwan dan ada yang di australia. Ada juga yang di malaysia. Nenek itu ada 11 orang cucu.
    Adakah anak nenek ini tidak bertanggungjawab?? tidak jawapannya.
    Ada anak nenek ini memberi wang. Tetapi nenek itu menolak kerana pada dia, anak2 dia sudah banyak komitmen mahu membayar itu dan ini. Dia tak mahu duit anak-anak dia.
    Bagaimana wajah nenek itu?? Berwajah susah?? Berkerut seribu??? Jawapannya juga tidak.
    Nenek itu berwajah ceria, gembira dengan tugasannya membawa barang-barangan kitar semula utk di jual semula setiap hari tidak kira panas atau hujan membasahi bumi.
    Apabila saya menghulur sedikit sedekah, nenek itu berterima kasih dan mendoakan saya selamat dalam perjalanan. Hati saya amat-amat tersentuh.
    Nenek yang mungkin sudah menghampiri usia 80 tahun itu harus bekerja bagi menampung kehidupan dia demi tidak mahu menyusahkan anak-anak.....
  2. Kes lain pula. Di usia yang sudah melepasi angka 70, seorang ahli saudara terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang. Kerja yang memerlukan dia bekerja 12 jam sehari. Untuk meminta cuti, dia kena mengganti cuti yang diminta itu dengan bekerja 24 jam!.
    Dia dahulunya agak mewah pada usia muda. Namun mungkin simpanan yang dilakukan tidak mencukupi utk menampung kehidupan dia selepas berhenti paksa / pencen swasta pada usia 55 tahun. Anak yang dahulunya mampu memberikan rm500 sebulan pula sudah berhenti kerja. Mahu tidak mahu, dia perlu keluar bekerja bagi menampung kehidupan dia dan isteri di usia emas.
  3. Di giant, ada tugasan yang memerlukan troli ditarik sewaktu di rail bergerak tiba dipenghujung utk naik ke kawasan parking kereta. Tugasan ini agak berat kerana perlu menarik troli yang kadangkala sarat dengan barangan mahupun kadangkala kanak-kanak yang duduk di troli itu. Tugasan ini sudah beberapa kali saya perhatikan, warga emas yang melakukannya. Sayu di hati saya.... di usia sedemikian, mereka perlu bekerja yang imbuhannya yang sedikit dengan kudrat yang semakin menyusut demi memastikan kesinambungan hidup.
  4. Sewaktu kami mengisi minyak di petro station tadi. Saya lihat ada seorang warga emas juga. Tugasnya membersihkan lantai dengan menyapu sampah... Saya lihat dalam-dalam pakcik itu. Sudah pasti dia perlu keluar bekerja utk sesuap nasi.. walau dengan gaji yang beberapa ratus itu, saya yakin jumlah itu pasti anak-anak pakcik itu tidak mampu utk berikan. Kalau mampu diberi sekalipun, kemungkinan tidak mencukupi utk menampung kehidupan pakcik itu tadi. 
Elemen-eleman yang ada di atas tadi, menguatkan lagi hati saya bahawa ada kebaikannya usia pencen dilanjutkan ke 60 tahun. Mungkin ada yang berpendapat, pencen sudah cukup. Mungkin amaun itu bagi waktu sekarang ini mencukupi. Bagi 30 tahun akan datang???? Hanya Allah yang tahu.

Sedih hati saya apabila merenung kehidupan mereka-mereka yang disebutkan tadi.

Berdoalah kita untuk usia yang panjang dengan kesihatan, kewarasan dan keberhasilan (dunia dan akhirat). Mudah-mudahan usia yang dikurniakan Allah dalam keadaan keberkatan. 

Bersyukurlah kita kerana berkhidmat sebagai penjawat awam. Berdoalah kita agar negara kita akan terus menerus aman, makmur, kaya dan perlembagaan tidak berubah. Sekiranya anda menyelusuri perlembagaan itu, antara yang termaktub ialah kuota bumiputera sebagai penjawat awam.
Tugas kita waktu ini ialah memastikan bahawa tampuk pemerintahan yang ada dan seterusnya adalah pemerintahan yang tidak mengubah isi perlembagaan. Ini kerana perlembagaan boleh diubah (bagi yang tidak faham, sila buat rujukan sedikit bagaimana perlembagaan boleh berubah).

Bekerjalah dengan penuh rasa kebertanggungjawaban dan amanah. 

Sekian, wallahualam.....

* takziah ke atas keluarga yang kehilangan akibat kemalangan yang melibatkan mpv di manjong baru-baru ini. Semoga roh yang telah pergi diampunkan Allah. Al-fatihah.

2 comments:

Mama Mirza said...

huhu.. betul².. banyak yang perlu difikirkan.. aku pon sign 60.. :)

Cikgu Nana said...

Mudah mudahan panjang umur murah rezeki dikuatkan Iman Dan diperbanyak amalan.....diberi kesihatan yang baik.....amiiiiiiiin.